RESEPI BIHUN GORENG THERMOMIX


Biasanya pagi-pagi mak-mak ni akan termenung sekejap fikir nak masak apa. 

Sebab tu penting sediakan list atau menu  breakfast & lunch siap-siap pada hujung minggu. Bila masuk hari minggu, cepat sikit masa di dapur tolak masa fikir tu. haha

Ok hari ni saya nak share cara masak bihun goreng guna thermomix. Mudah dan cepat. Paling penting dapur kemas, tak kalut dan bihun pun sedap. Takde hancur atau pun lembik.

Ini video masakan pertama yang saya share. Sis cuba ye buat video masak-masak. Mana tahu boleh jadi macam che nom atau kerulaming ke. Haha 😂

Ok, jom kita tengok resepi bihun goreng thermomix. Sebenarnya anda boleh follow resepi sendiri dan boleh rujuk steps, tips atau setting memasak guna thermomix.

RESEPI BIHUN GORENG THERMOMIX
(By QuinnyQuen)

Bahan A:
-3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah kecil
- 10g udang kering (Optional. Saya tak letak)
- 10g ikan bilis (optional. Saya tak letak)

Cara-cara:
1. Blend kesemua bahan A [10sec/sp.6]

Bahan B:
- 350g bihun yang direndam sekejap

Bahan C:
-50g minyak masak
- 20g cili boh

Cara-cara:
2. Masukkan bahan C dan tumis. [5min/120degC/Sp.1]

Bahan D:
- 30g kicap manis
- 40g sos cili
- 40g sos tiram
- 1 sk garam
- 1 sk gula
- 500g air
- 200g hirisan ayam dan sebagainya
- Sayur keras seperti hirisan carrot atau kubis

Cara-cara:
3. Masukkan bahan D dan masak. [5 min/100degC/Reverse, spoon speed]

Bahan E:
-100g daun sawi yang dipotong
-100g taugeh
- Bihun (Bahan B) yang sudah ditapis air
- Udang (optional)

Cara-Cara:
4. Masukkan bahan E dan masak. [5min/Varoma/Reverse, spoon speed]
5. Dah siap, taburkan bawang goreng dan sedia untuk di makan.


Tip/Nota:
i. Bihun tidak perlu rendam lama kerana bihun akan di masak dengan air dalam bahan D.

Mudah sahaja kan? Selama mencuba..😉




Harap dapat beri manfaat dan bantu new atau bakal user thermomix. Tak susah pun okeh. 😉
Semoga bermanfaat! ❤️