Cooking Show Ep.8: SOMEWHERE OVER THE RAINBOW

Setiap hujung minggu team kami iaitu DynaMIX akan adakan cooking show secara PERCUMA dan TERBUKA kepada semua samada anda dah ada thermomix atau belum ada lagi. Senang kata, sesiapa je boleh join.

Jadi saya nak kongsikan hasil cooking show episod 8 kali ini untuk 4 menu yang bertemakan warna warni atau rainbow 😊

1. Rainbow Playdough
Ini best sebab kita boleh buat sendiri homemade play doh untuk anak-anak. Yang penting selamat untuk anak kecil main walaupun dalam fasa masuk mulut. Semua bahan terdiri daripada makanan termasuk pewarna makanan.
Playdough TM6

Bahan-bahan:
* 110g garam
* 250g air
* 1 tbs cream of tartar
* 250g tepung gandum
* 1 tbs minyak masak
* Pewarna makanan
* glitter - optional

Cara-cara:
1. Masukkan garam dalam MB dan mix [5sec/Sp.10]. Scrape down.
2. Tambah air dan cream of tartar, kemudian masak selama [5min/60degC/Sp.3].
3. Biarkan sejuk selama 5 minit.
4. Tambah tepung dan minyak masak dan mix untuk [50sec/Sp.4]
5. Kneading 1 minit. Sekiranya masih lembik boleh tambah tepung. Tambah 30 saat utk uli. Keluarkan dan bahagikan kepada beberapa bahagian.
6. Masukan beberapa bahagian dalam mixing bowl (MB) bersama pewarna yang disukai dan mix  [10sec/Sp.8]. (Tips: boleh titikkan setitis essential jika suka) Keluarkan.
7. Ulang proses mewarna doh sehingga abis.
8. Selamat mencuba!!

Tips:
1. Bungkus menggunakan cling wrap dan simpan dlm bekas kedap udara di dalam fridge sekiranya tidak digunakan.
2. Boleh tahan sehingga 3 bulan atau selagi tidak ada kulat yg timbul.


2. Rainbow Ice Cream
Part ni saya paling excited tau. Dah lama teringin nak buat homemade ice cream sebab Zayd suka betul makan aiskrim. Haisssh tak sabar nak try lepas ni. Buat homemade ice-cream ni jimat dan lebih sihat jika kita gunakan bahan-bahan perasa dan warna semula jadi dari buah sebenar. 😊

Check resepi di Cookidoo di bawah:


3. Rainbow Smoothie 
Manggo strawberry ni mesti teringat je dekat strawberry manggo pudding tealive. haha. feveret kot. Tapi harga tu boleh tahan mahal jugaklah. Manis pula level boleh potong kaki kalau minum selalu. Lepas ni kita buat sendiri je lebih sihat. yeay!😊

Check resepi di Cookidoo di bawah:


4. Rainbow Swissroll
Sebenarnya saya jarang sangat makan swissroll. Tapi bila tengok cooking show tadi nampak mudah dan sedap! haha. Okeh. masuk dalam list nak try nanti.😉

Check resepi di Cookidoo di bawah:




Yes. Seemua ni hanya guna thermomix je. Nampak rupa macam susah nak buat. Tapi bila tengok cara buat, senang je rupanya. 😆

Mana yang tak sempat nak join, jangan sedih. Nanti kita join lagi next cooking show setiap weekend. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan details berkenaan aktiviti atau info berkaitan thermomix ya. 😉