RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN THERMOMIX

Kangkung ni antara sayur wajib masak setiap minggu. Sesuai makan dengan lauk berkuah macam kari dan sebagainya. Cara masak kangkung ni pelbagai, ni cara yang saya biasa masak tapi convert ke TM6. 😁

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN THERMOMIX

Bahan-bahan:
- 1 ulas bawang putih
- 1 bawang merah
- 1 tangkai cili kecil (lupa nak mention dalam video)
- Ikan bilis
- Belacan
- Garam
- Sos tiram
- Kangkung

Cara-cara:
1. Masukkan bawang merah, putih, cili, garam kasar, ikan bilis, belacan. Blend [4sec/sp.6]
2. Masukkan minyak & tumis. [5min/120°C/sp.1]
3. Masukkan sos tiram, kangkung dan sedikit air. Then masak. [3min/120°C/reverse, spoon]
4. Dah siap! Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ya. 


Untuk masakan sayur yang lembut seperti berdaun ni, 3minit dah memadai supaya tak overcook sampai lembik tapi masak.

Ini salah satu kelebihan thermomix dimana kita boleh masak pada suhu dan masa yang betul supaya makanan tak rosak atau overcook. 😊