RESEPI NASI BERIANI THERMOMIX TM6 (RICE COOKER MODE)

 
Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pula cara untuk masak nasi beriani menggunakan thermomix iaitu rice cooker mode. Basically nak masak nasi dengan thermomix ini ada 2 cara iaitu:
1. Menggunakan simmering basket dengan cara kukus. Cara ini lebih sihat kerana kurang kanji.
2. Masak nasi dalam mixing bowl menggunakan function 'rice cooker' mode. Caranya sama seperti kita memasak nasi dalam normal rice cooker.

Bagi saya, memasak nasi beriani menggunakan thermomix ini amatlah mudah kerana proses dari menumis sehinggalah masak nasi hanya dalam bowl yang sama. Jika perlu blend sekali pun, boleh dilakukan dalam bowl yang sama. Tak perlu aksesori tambahan lain seperti blender dan sebagainya. Jadi, proses nak memasak akan jadi mudah dan kurang juga perkakas yang perlu dicuci.

Ok jomm kita tengok resepi dan cara-cara masak nasi beriani thermomix.

RESEPI NASI BERIANI THERMOMIX TM6 (RICE COOKER MODE)
Bahan A:
3-4 sudu mentega/minyak sapi
1 ulas bawang besar dihiris
1 inci halia
Rempah 3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
 
Bahan B:
550g air (1.5 x 2.5 cup nasi)
1 pek pes nasi beriani brand Maggi

Bahan C:
330g (2.5cup) beras basmathi 
1-2 ketul isi ayam

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan tumis [5min/120'C/sp.1]
2. Masukkan bahan B dan panaskan air [6min/100'C/sp.1]
3. Masukkan bahan C dan kacau.
4. Pilih function 'Rice Cooker' dan tunggu sehingga nasi masak.
5. Nasi mungkin kelihatan sedikit basah dan lembik. Tunggu dan biarkan 10-15minit dalam mixing bowl.

Tip/nota: Sukatan kuantiti air adalah bergantung kepada beras yang digunakan. Contohnya beras basmathi biasanya sukatan air 1.5 x cup beras. Anda juga boleh menggunakan mana-mana pes nasi beriani atau rempah sendiri ya.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😊

Kali ini saya gunakan pes nasi beriani brand Maggi

Selepas siap menumis

Masukkan pes nasi beriani

Masukkan beras selepas air dipanaskan

Nasi yang dah siap masak akan nampak sedikit basah dan lembik. Tunggu 10-15 minit sebelum angkat

Walaupun ada blade di bahagian bawah itu, nasi tetap elok dan tak hancur

Keluarkan nasi dengan membuka mixing bowl dan blade

Paling best, tiada kerak nasi di bahagian bawah bowl

Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba :)

Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor