RESEPI KANGKUNG MASAK LEMAK THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Biasanya kita selalu masak sayur kangkung goreng je kan? Apa kata kali ini kita buat kangkung masak lemak pula. Kangkung ini antara sayur kegemaran kami sekeluarga juga ikutkan. Boleh dikatakan setiap minggu akan makan kangkung. 😄

Jom kita tengok resepi dan cara-cara nak buat kangkung masak lemak menggunakan thermomix.

RESEPI KANGKUNG MASAK LEMAK THERMOMIX

Bahan A:
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2cm kunyit hidup (boleh ganti serbuk kunyit sedikit atau tak letak langsung. Kuah akan jadi putih)
1 sb ikan bilis

Bahan B:
500g air
50g santan pekat

Bahan C:
1 sk garam atau secukup rasa
1 ikat kangkung tang dipotong
1 tangkai cili besar dipotong

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan blend [6sec/sp.6]
2. Masukkan bahan B dan masak [5min/98'C/sp.1]
3. Masukkan bahan C dan masak [5min/98'C/reverse,spoon]. Buka measuring cup dan letakkan spatula untuk kacau.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Nota/Tip:
Untuk masakan berkuah yang menggunakan santan, gunakan suhu 98'C untuk hasil yang cantik dan elok kerana tidak perlu sampai mendidih sehingga membuak jika menggunakan suhu 100'C (takat didih air).

Selamat mencuba~ 😊

Last step masukkan kangkung dan cili

Kangkung masak lemak by thermomix :)

Elok sangat kejadiannya. Memang puas hati hasilnya.

Simple tapi sedap. Masakan orang kampung tak pernah 
mengecewakan :D

Sedap dimakan bersama ikan goreng, telur dadar atau sambal. 😋
Tip nak goreng ikan rangup versi ganu, gaulkan serbuk kunyit dengan
cili kisar dan sedikit garam. Kemudian baru goreng.


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor