
Assalamualaikum,
Kali ini saya nak kongsikan resepi sayur campur goreng menggunakan thermomix. Selalunya selain masak nasi dan lauk, wajib ada side dish seperti sayur. Nak senang, campak-campak je 2-3 jenis sayur untuk sekali masak. Kubis, carrot dan kacang buncis ini antara sayur yang wajib ada dalam peti sebab tahan lama berbanding sayur lembut yang berdaun hijau. Biasanya kalau sayur berdaun tu seperti kangkung, bayam atau sawi kena terus masak cepat-cepat untuk elakkan rosak. hehe
Jom kita resepi dan cara masak sayur campur menggunakan thermomi.
Bahan A:
10g minyak masak
1 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang merah dihiris
1 cili besar dihiris
Sedikit ikan bilis (optional)- tak letak
10g minyak masak
1 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang merah dihiris
1 cili besar dihiris
Sedikit ikan bilis (optional)- tak letak
Bahan B:
200-300g sayur campur
- Carrot
- Kubis
- Kacang buncis
1/2 sk garam halus
Sedikit sos tiram (optional) - tak letak
Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan tumis [3min/120'C/sp.1]
2. Masukkan Bahan B dan masak [4min/120'C/reverse,spoon]
Note/tip: tak perlu tambah air kerana sayur yang dibasuh dah basah.
Sayur yang dimasak dengan menggunakan thermomix biasanya rasa sedap kerana dimasak pada suhu dan masa yang betul. Sayur juga tak terlebih masak.
Selamat mencuba~ 😊
Sayur yang dimasak dengan menggunakan thermomix biasanya rasa sedap kerana dimasak pada suhu dan masa yang betul. Sayur juga tak terlebih masak.
Selamat mencuba~ 😊
Seriously sayur yang masak dengan thermomix sedap. Nampak segar je kan sebab tak overcook
carrot tu nampak je keras, tapi lembut dan macam crunchy.
ehhh tak reti nak explain rasa macam mana. haha
Mula-mula letak dulu Bahan A
Yang ni selepas siap tumis
Kemudian masukkan semua sayur ke dalam mixing bowl
Tadaaaa dah siap!
Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor