RESEPI UDANG KAMHEONG THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pengalama pertama saya makan dan masak sendiri udang kam heong ni. Resepi ni memang sedia ada dalam guided cooking iaitu Cookidoo. 

Ini antara kenapa saya rasa sangat berbaloi guna thermomix adalah saya dapat banyak pengalaman dan peluang untuk mecuba dan memasak sendiri pelbagai jenis masakan yang saya tak pernah rasa sebelum ini. Kalau takde thermomix ini, memang tak pernah dengar dan merasa lah udang kamheong ini. hehe.

Tapi mujurlah resepinya sedia ada dalam Cookidoo. Seriously memang sedap dan mudah sangat cara penyediannya.  Paling seronok, suami puji berkali-kali dan request lagi untuk buat udang kamheong ini.

Just follow step by step dalam Cookidoo ye. 😊

RESEPI UDANG KAMHEONG THERMOMIX TM6
Bahan A:
10g minyak masak

Bahan B:
250g udang

Bahan C:
1-2 ulas bawang putih
30g bawang merah
15g halia 
1 tangkai cili merah
10g udang kering

Bahan D:
30g minyak masak
1-2 batang serai diketuk
1sb serbuk kari
1 tangkai daun kari

Bahan E:
Udang goreng
1sb kicap 
1sk gula
1/2sk garam

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Kam Heong (Golder Fragrance) Prawns'.
2. Masukkan bahan A dan panaskan [3min/120'C/sp.1]
3. Masukkan bahan B dan masak pada suhu 'high temperature' (guided cooking only). Letakkan splash guard diatas penutup.
4. Tapis udang dan biarkan seketika.
5. Masukkan bahan C dan blend [5sec/sp.6]
6. Masukkan bahan D dan tumis [6min/120'C/sp.1]
7. Masukkan bahan E dan masak [2min/120'C/reverse,spoon]

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊

Masak udang dalam thermomix
Elok dan cantik je udang yang digoreng dalam thermomix kan?
Ini pula selepas siap tumis. Elok cantik je pecah minyak
Dah siap masak. Semudah ABC je
Sedia untuk dihidangkan



Selamat mencuba ye :)

Tonton video penuh cara memasak di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor