TM6 TIPS: EASY STEPS TO GET THERMOMIX TM6 INTO TROLLEY BAG

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan tip macam mana cara to get thermomix TM6 into trolley bag. Disebabkan kali ini kita balik kampung bercuti lama sikit, jadi kita angkut sekali thermomix. Bolehlah masak-masak dekat kampung pula kan?

Trolley bag ini adalah salah satu premium item thermomix dan termasuk sekali dalam pakej Advisor Kit. Jadi kalau anda yang berdaftar sebagai Thermomix Advisor, confirm akan dapat sekali dengan trolley bag dan item-item lain. 

Kalau taknak daftar advisor tapi nak beli trolley bag ni sahaja boleh ke?

BOLEH. Tapi harga untuk trolley bag ni sahaja adalah RM450/unit. Tapi kalau daftar sebagai advisor perlu bayar RM480. Beza hanya RM30 tapi dapat banyak item yang lain juga.

Bila ada trolley bag ni memang mudah nak bawa ke mana-mana thermomix. Total berat TM6 bersama akseorinya tak lebih 10kg. Macam bawa anak kecil je. Hehe

Selain memudahkan untuk angkut bercuti balik kampung, duduk homestay ke, trolley bag ni juga memudahkan advisor untuk ke sana ke mari untuk cooking demo. 😄

Jom saya tunjukkan apa yang ada dalam trolley bag dan cara untuk pack thermomix ke dalam beg.

EASY STEPS TO GET THERMOMIX TM6  INTO TROLLEY BAG

1. First step tu on Thermomix anda, kemudian letakkan mixing bowl, simmering basket dan juga measuring cup dalam simmering basket. Kemudian letakkan penutup dan juga splash guard diatasnya. Splash guard ni taknak letak pun takde dan boleh letak dalam varoma dish. Tujuan saya letak sekali splash guard ini adalah untuk mengelakkan bahan asing masuk melalui lubang penutup.

2 Go to Setting->Transportation Mode-Activate. Thermomix anda akan berada dalam positition lock.
Kemudian press selector untuk shutdown. 

3. Lebihan wire atau kabel boleh tolak masuk ke dalam thermomix iaitu dibahagian belakang thermomix. Ini untuk mengelakkan wire atau kabel berselirat.

4. Angkat dengan berhati-hati dan letakkan ke dalam beg.

5. Letakkan varoma set dalam beg kecil dan letak dalam posisi sedikit menyerong di bahagian atas thermomix. Dalam varoma dish tu boleh diletakkan juga thermomat atau splash guard. 

6. Letakkan spatula dan butterfly whisk ke dalam beg kecil. Kemudian letakkan di bahagian tepi.

7. Tutup dan zip beg.

Ini bahagian dalam beg.

Letakkan varoma set dalam beg kecil

Letakkan spatula dan butterfly whisk ke dalam beg kecil

Masukkan beg kecil varoma set dan spatula

Dah Siap!

Boleh balik kampung.


Tonton video penuh cara memasak di sini :)
"Ok lah... saya berminat nak beli trolley bag ni dan daftar sebagai advisor. Boleh tahu tak caranya?"
Jom saya bantu! Contact saya ye! 😊

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor