NASI KUKUS KURANG KANJI THERMOMIX TM7

 

Antara kelebihan masak nasi cara kukus menggunakan nasi adalah hasilnya menjadi sihat dan low GI atau kurang kanji. Dengan cara masak nasi menggunakan kaedah kukus menjadikan nasi lebih sedap, lembut, mudah dihadam dan tidak berkerak. Blade yang berpusing menyebabkan air dalam mixing bowl 'membasuh' beras dan menyebabkan kanji dari beras akan turun. Anda boleh lihat air menjadi keruh selepas masak.

Jom kita tengok satu persatu cara untuk masak nasi kukus kurang kanji ini. Cara masak nasi kukus kurang kanji TM7 sama sahaja dengan TM6.

TM7: NASI KUKUS KURANG KANJI THERMOMIX

📌Tips masak nasi guna simmering basket:
1. Maksimum berat beras adalah 350g.
2. Maksimum speed untuk simmering basket adalah Sp.4

Cara-cara:

1. Isikan beras ke dalam simmering basket dan basuh beras sehingga bersih.
3. Letakkan simmering basket ke dalam mixing bowl.
4. Isikan air ke dalam mixing bowl. Air sama paras beras (beras biasa) dan lebihkan air 1 cm untuk beras basmathi.
5. Masak nasi guna Manual Mode [18min/100'C/sp.3 or 3.5] atau Steaming Mode [18min/sp.3 or 3.5].
6. Tunggu 5 minit selepas masak. Angkat simmering basket menggunakan spatula.

Nota/Tips:
1. Jangan panik jika keluar buih ketika memasak. Anda boleh letakkan varoma dish di atas penutup untuk elakkan terpercik.
2. Biasanya saya akan transfer nasi ke dalam bekas supaya lebih tahan panas dan tidak kering jika terdedah. Anda juga boleh letak dalam thermoserver jika ada.



Lihat Full video ⤵️

Gambar step by step ⤵️
Get your thermomix today ⤵️
FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482