PUDING/AGAR-AGAR ROTI MARBLE THERMOMIX TM6/TM7

Post kali ini Che Lah nak kongsikan salah satu menu pencuci mulut kegemaran Che Lah iaitu puding atau agar-agar roti. Selain corak marble, anda juga boleh buat corak yang lain. Yang penting rasanya sangat sedap bila dimakan ketika sejuk.                                                                                         

TM6/TM7: PUDING/AGAR-AGAR ROTI MARBLE THERMOMIX

Bahan A:

4 keping roti potong/koyak
2 biji telur
200g susu cair
100g susu pekat manis
150g air
1 sk esen vanila

Bahan B:

450g air
80-100g gula
1 pek (10g) serbuk agar-agar

Bahan C:

Perwarna makanan
1-2 sk serbuk koko

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A dan kisar [20sec/sp.9].
  2. Masukkan bahan B dan masak [10min/100'C/sp.3].
  3. Tuang ke dalam mangkuk dan letak perwarna pilihan. Gaul sebati. Saya asingkan 3 warna.
  4. Tinggalkan sebahagian dalam mixing bowl dan letak serbuk koko. Mix [10sec/sp.9].
  5. Tuang ke dalam bekas/loyang dan lorek untuk hasilkan corak marble.
  6. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga keras.
Nota/tips:
- Pastikan tuang adunan cepat-cepat ketika panas kerana akan jadi pekat jika sejuk.
- Anda juga boleh hasilkan corak lain.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😃





Lihat Full video ⤵️

Gambar step by step ⤵️

https://www.facebook.com/share/p/1743yF4mzC/?mibextid=wwXIfr


Get your thermomix today ⤵️
FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482