BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND -PART 1

Assalamualaikum,

Baru berkesempatan nak update cuti-cuti rehat kami sekeluarga di Cameron Highland masa long weekend Hari Merdeka. Vacation treat by abah Zayd sempena birthday ummi katanya. Haha. Alhamdulilah terima kasih abah! Sejujurnya agak lama juga kami tak bercuti rehat disebabkan kesibukkan masing-masing.

Kenapa ilah pilih Cameron Highland walaupun ini bukan kali pertama kami bercuti di sana?

Sebab ilah nak tempat yang tenang dan damai. Jauh dari kesibukkan dan kotaraya. Nak tempat udara yang nyaman dan sejuk sambil layan minuman panas. Of course, tempat yang sesuai untuk short escape adalah Cameron Highland (walaupun teringin pergi lagi ke Tanah Aina, tapi keadaan fizikal tak mengizinkan. 😜)

Kali ini ilah tak participate planning ini. Kata hadiah kan, so ilah bagi abah Zayd plan semuanya. Ilah dan Zayd follow je. Haha. Biasanya bab planning ilah la yang buat. Jenis cerewet bab time management dan tak suka redah je tanpa plan. 😜

Perjalanan kali ni santai-santai je. Bertolak hari Khamis (29/8/19), pukul 9.30 dari rumah tapi singgah klinik dulu disebabkan abah Zayd tak puas hati dengan kondisi Zayd yang masih batuk. Ayuh bekal neb dulu sebelum gerak. Haha


Hari pertama:-
Kami sampai hotel lebih kurang jam 4.00 petang dan check in Hotel Copthorne. Rehat melepaskan penat sekejap, kemudian kami keluar lagi lepas asar. Malangnya petang tu hujan. Jadi kami decided untuk berjalan sambil cari makan malam di Cameron Square yang tidak berapa jauh dari hotel. Di situ terdapat banyak kedai makan seperti Teh Tarik Palace, Domino's Pizza, Watson, Mr Diy dan lain-lain. Sesuai sangatlah nak habiskan masa waktu hujan tu. Layankan aje abah dan Zayd main. Haha.



Lepas cuaca beransur baik, tempat wajib kami singgah adalah Smoke House. Kata abah Zayd, ini salah satu  yang ada dalam wishlist nak bermalam dekat sini. So kami singgah, feel dan visualize suatu hari nanti boleh stay berdua tanpa anak-anak di sini. 😜





Lebih kurang jam 6,45 petang kami gerak ke Tanah Rata untuk cari makan malam. Kami decide  untuk makan di kedai Nik Ikan Bakar berhampiran dengan masjid dan depan Balai Bomba. Ok la, puas hati sebab memang teringin nak makan toyam panas. Abah Zayd pulak order ikan siakap masak stim, katanya untuk Zayd sebab tak pedas. So kat sini kalian boleh pilih jenis ikan yang nak dimasak.

google je Nik Ikan Bakar okeh?
Kat sini boleh pilih ikan, kerang dan seafood yang lain
Opss. Sorry takdak gambar makanan. Kami lapar sangat terus makan. Tak dang dang nak ambil gambar. Haha

Ok itu sahaja dulu untuk sharing bercuti di Cameron Highland hari pertama. Next bersambung  pula untuk hari ke 2 dan 3 dalam post yang lain.

Klik sini untuk baca BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND -PART 2

No comments