
Assalamualaikum,
Kali ini saya nak kongsikan resepi kari daging menggunakan thermomix. Sangat sesuai untuk makan sebagai lauk atau kuah nasi beriani. Lauk kari ini antara lauk kegemaran suami saya. Jadi memang kerap jugaklah saya ulang buat lauk kari ini. hehe
Resepi dan cara ini boleh juga digantikan dengan ayam. Basically cara dan stepnya sama sahaja kecuali tempoh masa memasak lebih cepat berbanding daging. Jom kita tengok resepi dan cara untuk masak kari daging thermomix. 😊
RESEPI KARI DAGING THERMOMIX
Bahan A:
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1-2" halia
Bahan B:
60g minyak masak
Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 pek serbuk kari
Sedikit air
Bahan C:
1sk pes asam jawa dibancuh sedikit air
1-2 tangkai daun kari
Bahan D:
500g daging
300-400g air
Bahan E:
70-80g santan pekat (kotak)
Kentang yang dipotong
1sk garam secukup rasa
Gula/nissang (optional) secukup rasa - sy tak letak
Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan blend [10sec/sp.10]
2. Masukkan Bahan B dan tumis [10min/120'C/sp.1]
3. Buka MC dan masukkan Bahan C.
4. Masukkan Bahan D dan masak [30min/100'C/reverse, spoon]
5. Masukkan Bahan E dan masak lagi [10min/varoma/reverse,spoon].
Selamat mencuba~ 😊
Nota: Ada yang tanya dan komen, adakah daging itu perlu direbus terlebih dahulu sebelum masak?
Jawapannya, saya terus masukkan daging dalam step-4 dan masak dulu daging selama 30 minit. Kemudian baru saya masukkan santan, kentang dan masak lagi selama 10 minit dalam step-5. Total masa masak daging adalah 40 minit. Biasanya dah cukup dan daging akan lembut. Tambah masa jika perlu ya.
Nampak tak elok je pecah minyak tu lepas tumis?
Untuk mak yang busy, boleh simpan dan buat stok pes kari.
Next time nak masak, just masukkan daging, air dan santan je. Lagi jimat masa kan?
Dah siap masak. Yeay!
Bayangkan kita tak perlu nak berdiri kacau daging tu.
Kita hanya perlu masukkan bahan dan Thermomix je yang tolong masakkan.
Daging dan kentang takkan hancur walaupun ada blade di dalam bowl.
Sedia untuk dihidangkan
Bagi saya, memang sedap dan cukup rasa. Lagi best tengok suami makan bertambah
sampai jilat jari. haha
Selamat mencuba ye! :)
Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Klik sini untuk tengok RESEPI NASI BERIANI THERMOMIX (RICE COOKER MODE)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor