
Kalau sebut je Nasi Tomato, mesti terbayang lauk ayam masak merah, acar timun, dan bau harum yang menggoda macam kenduri kahwin, kan? Tapi, selalunya bila nak masak sendiri, rasa macam renyah sebab banyak steps dan perkakas yang perlu guna.
Jangan risau, untuk beginner Dan new user, anda boleh masak nasi tomato ini dengan mudah hanya follow step by step resipi dalam guided cooking iaitu Cookidoo. Nak lagi senang, boleh follow tengok video yang Che Lah sediakan ini. Semuanya boleh siap dalam satu mesin — dari menumis, masak nasi Dan masak lauk semuanya hanya guna Thermomix sahaja. Jimat masa, dapur pun tak bersepah.
TM6: NASI TOMATO (TOMATO RICE) COOKIDOO THERMOMIX
Bahan A:
250g beras basmathi
Bahan B:
3 ulas bawang putih30g (3-4 ulas) bawang merah
100g bawang holland potong 4
1" halia
Bahan C:
60g minyak sapiBahan D:
100g pes/puri tomato300g tomato potong kiub
2 sk garam
Bahan E:
500g air1 btg kayu manis
2 helai daun salam (bay leaf)
Rempah 3 beradik (4 cengkih, 1 bunga lawang, 3 pelaga)
1 helai daun pandan disimpul (optional)
1-2 sb kismis (optional)
Cara-cara:
- Search di Cookidoo 'Nasi tomato (tomato rice)' https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r367832
- Timbang beras, basuh dan rendam beras seketika.
- Masukkan bahan B dan kisar [5sec/sp.6]
- Masukkan bahan C dan tumis [3min/120'C/sp.1].
- Masukkan bahan D dan kisar [5sec/sp.5]. Scrape down dan masak [5min/100'C/sp.1].
- Tuang tumisan tomato ke dalam mangkuk. Letak beras yang direndam dalam simmering basket dan mixing bowl.
- Masukkan bahan E dan tumisan tomato dalam simmering basket. Gaul sehingga sebati. Masak nasi [14min/100'C/sp.4].
- Kacau nasi supaya bahagian atas masak sekata. Masak lagi [4-8min/100'C/sp.4]. Tambah masa jika perlu atau nasi belum masak.
- Angkat simmering basket menggunakan spatula dan tuang ke dalam bekas.
Sedia untuk dihidangkan. Anda boleh hidangkan nasi tomato bersama Ayam Masak Merah Cookidoo dan acar timun. Selamat mencuba~ 😃
Lihat Full video ⤵️
Klik sini untuk Resipi Ayam Masak Merah Cookidoo
Get your thermomix today ⤵️
FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482
Thermomix Advisor
013-972 9482