KALAU ANAK DIAM, JANGAN TERJAH MENGEJUT

Assalamualaikum,

Pernah tak ibu-ibu perasan anak tiba-tiba diam. Pelik juga kan tadi elok je main sendiri dan kita pun tinggalkan sekejap buat kerja.

Kalau anak tiba-tiba diam, jangan terjah mengejut. Kita pun kena diam-diam intai apa yang anak tengah buat. Takut-takut kalau terjah mengejut, anak tiba-tiba lost idea apa yang dia tengah buat. Kadang-kadang anak mungkin sedang berkreatif dan memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang difikirkan.

Ummi suka jadi pemerhati bila Zayd boleh main sendiri.

Adakala, cuba letak diri kita dalam dunia mereka ketika anak bermain.

"Oooo..mesti anak tengah fikir macam mana nak buat itu ini. Mesti anak duk bayangkan itu ini".

Ehh, kita pulak yang penat jadi tukang fikir dan teka. Kadang-kadang apa yang anak sedang lakukan itu diluar jangkaan kita. 😂😂

Percayalah, dunia kanak-kanak ini sangat indah. Cuba masuk dan selami dunia mereka, kita akan nampak yang baik-baik dan indah belaka.

Hebat Allah jadikan manusia ni. Nak tengok ahli syurga di dunia, tengok kanak-kanak.

Fitrah mereka suka kan kebaikan dan kasih sayang. Allah dah jamin, kanak-kanak yang meninggal, tempatnya syurga. ❤️


Zayd sedang explore mimik muka depan cermin



6 TIP MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Assalamualaikum,

Ummi nak share beberapa tip yang mungkin bermanfaat untuk para ibu terutama ibu yang menyusu anak pertama. Biasalah, kita banyak belajar pengalaman yang bermakna dari anak pertama.

Jadi tips kali ini ummi nak share cara untuk menyusu anak terutama di tempat awam. Mula-mula dulu, ummi sebenarnya segan jugak nak menyusukan anak di tempat awam sebab MALU.

Padahal jika difikirkan balik, tiada apa yang perlu di malukan. Sampai satu tahap, ummi sanggup berhenti duduk bersila di kaki lima semata-mata nak menyusukan Zayd. Orang lalu lalang, buat tak kisah je sambil senyum dan selfie. Lepas tu update status FB. Haha.

Jom tengok 6 tip penting menyusu di tempat awam.

Pertama, betulkan niat kita. 
Menyusu sebab nak tunaikan HAK anak yang kelaparan. Tak sanggup rasanya nak biarkan anak menangis kelaparan. Lagipun, anak nak menyusu ni tiada 'timing' yang tetap.

Kedua, cari bilik khas untuk menyusu, surau atau tempat yang terselindung untuk susukan anak.
Biasanya di shopping mall banyak kemudahan ini disediakan. Namun, kalau tempat awam seperti restoran mungkin akan terbatas. Namun, itu tidak menjadi masalah untuk susukan anak.

Ketiga, jaga aurat ketika menyusu.
Guna nursing cover untuk pastikan aurat terjaga ketika menyusu. Risau takut-takut terselak kan lagi-lagi masa anak aktif. Ibu-ibu boleh juga gunakan pashmina atau tudung yang labuh untuk cover. Nak malu sebab apa? Bukan kita buat perkara tak senonoh.

Keempat, pakai baju menyusu yang selesa.
Pastikan ibu menyusu memakai baju yang  'BreastFeeding friendly' seperti ada zip di bahagian depan atau boleh selak khas untuk menyusu. Ibu akan lebih selesa untuk menyusukan anak.

Kelima, belatih cara menyusu di tempat awam di rumah.
Ibu menyusu digalakkan belatih menggunakan nursing cover, pakai baju menyusu di rumah untuk mengelakkan anak rasa tidak selesa apabila menyusu di tempat awam. Jika anak tidak biasa menyusu dalam nursing cover, boleh jadi anak akan meragam ketika menyusu kerana tidak selesa.

Keenam, minta bantuan suami.
Suami juga perlu memainkan peranan supaya ibu selesa ketika menyusukan anak. Suami boleh cover atau lindungi isteri untuk pastikan aurat isteri terjaga dan selesa,

Menyusu di tempat awam adalah hak untuk semua wanita dan ibu. Jadi, jangan sesekali rasa menyusu di tempat awam ini adalah satu kesalahan atau gangguan kepada orang lain. Ini secara tidak langsung kita boleh tunjukkan contoh menyusu anak sebenarnya tidak membebankan para ibu dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja!

Walaupun mungkin ada orang akan pandang pelik, teruskan sahaja! Ini kerana tahap kesedaran breastfeeding di Malaysia masih kurang. 

Keep calm,
Breastfeed your baby!
Anytime, anywhere.😊

Masa ini ummi duduk di kaki lima sambil susukan Zayd. Sempat lagi selfie kan?

TIP PELUKAN EFEKTIF UNTUK LEMBUTKAN HATI ANAK

Assalamualaikum,

Semalam abah Zayd balik kerja awal. Alhamdulilah sempat solat maghrib di rumah berjemaah.
Lepas solat sambil tunggu isyak, ummi baru berkesempatan kongsi input yang ummi dapat masa Program Intervensi Awal Kanak-Kanak iaitu PELUKAN EFEKTIF.

Kadang-kadang kita rasa anak susah nak dengar cakap kita. Kita rasa anak tak hormat kita. Kita rasa anak degil.

Ini adalah salah satu cara untuk kita lembutkan hati anak dan bina emotionally connection antara ibu bapa dengan anak.

1. Eye level kena sama. Duduk atau berlutut supaya dapat bertentang mata dengan mata anak.
2. Peluk anak selama 8-20 saat. 10 saat sudah memadai.
3. Usap belakang anak atau bahagian belakang kepala anak untuk aktifkan rasa kasih sayang pada anak.

Ucap, peluk dan cium sekurang-kurangnya 3x sehari atau paling kurang sehari sekali.

Masa pelukan effektif ni, kita ucapkanlah kasih sayang, kata-kata positif, minta maaf dan pesan yang baik-baik pada anak. Doakan yang baik-baik untuk anak.

Jangan sesekali ungkit kesalahan anak yang anak lakukan masa pelukan.
"Zayd, ummi minta maaf kalau ummi buat salah hari ni. Terima kasih sebab banyak dengar cakap ummi hari ni. ummi doakan Zayd sihat selalu. Jangan lupa dengar cakap ummi dan abah."
InsyaAllah, anak akan rasa keikhlasan hati kita bila kita ucap dan doakan yang baik-baik padanya.

Semoga Bermanfaat. Kami pun sama-sama berusaha untuk apply secara konsisten setiap hari.

❤️❤️


APA PERLU BUAT BILA ANAK BUAT SALAH?

Nak marah ke nak senyum?

Ummi solat dekat bilik. Pelik jugak takde bunyi Zayd main.

Ummi panggil nama Abdullah Zayd. Zayd menyahut dan datang dekat ummi bawak cerek elektrik.

Ummi dah terpandang corak baru pada cerek letrik tu. Tapi ummi diam dulu.

"Ami, cantik" sambil duduk dan terus sambung melukis.



Ummi diam lagi. Berfikir dengan waras.

Ok cantik kata Zayd. Dalam fikiran anak dia sebenarnya usaha untuk mencantikkan cerek letrik ummi tu. Bagi dia tak salah.

Ummi tak jadi marah.

"waaah! cantiknya zayd lukis. Lepas ni tolong ummi lap dan basuh balik. Nak lukis, lukis dekat buku Zayd. ummi nak masak air panas nanti."

Zayd senyum-senyum je bangga ummi cakap cantik. Faham ke tidak tak tahu la ayat kedua ummi tu.

Begitulah kita sebagai parent. Sebelum bertindak ikut emosi, cuba letakkan diri kita di tempat anak dulu. Cuba untuk faham KENAPA dan APA yang mereka cuba sampaikan dan barulah kita berhak untuk menilai atau menghukum.

Tindakan kita dalam sekelip mata boleh menyebabkan keadaan berubah. Anak gembira atau berduka disebabkan respon kita.

Orang bersalah pun ada hak untuk dibicarakan dan bela diri.

Apa hak kita untuk menghukum anak tanpa bicara dahulu?

UmmiZayd,
Hari-hari belajar jadi ummi terbaik.

#AbdullahZayd
#2y2m
#JurnalUmmi_FA

PERMULAAN TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum,

Post kali ini ilah nak share perjalanan ilah yang baru dan bakal bermula 2019 nanti. Excited tak sabar nak share ni. Hehe.

2 tahun bergelar stay at home mom. Bila bergelar stay at home mom, ilah manfaatkan masa yang ada bersama dengan anak sebaik mungkin. Ilah belajar banyak pasal child development dan parenting.

Kebanyakkan apa yang ilah baca dan buat, ilah banyak share dekat IG aktiviti anak dan parenting tips.

Terharu sebab dalam diam sedikit sebanyak perkongsian ilah memberi manfaat pada orang lain. Dan itu yang buatkan ilah keep sharing setiap perkara yang ilah baca dan buat. Ramai juga yang mesej dan PM ilah bagi kata-kata positif dan semangat supaya ilah keep sharing di media sossial.




Akhirnya, ilah dah jumpa passion ilah. Yang buatkan ilah nak belajar dan buat setiap hari.
Mula-mula rasa tak yakin. Boleh ke aku buat ni?

Tapi percaya tak, kawan-kawan ilah sebenarnya yang banyak bagi semangat dan sokongan terutama dekat IG. Daripada tak kenal, boleh jadi kenal. Kami banyak berkongsi idea dan pendapat sebagai parent.

Akhirnya dengan restu suami, ilah decide untuk sambung study in Master of Early Childhood Education. Tempoh pengajian selama 2 tahun. Alhamdulilah. Allah permudahkan selepas ilah buat beberapa rujukan, bertanya pendapat dan perancangan sebelum, semasa dan selepas pengajian ini. InsyaAllah kelas bakal bermula Januari 2019 nanti.

Sejujurnya, ini bukan tindakan drastik. Tapi ilah dah sediakan perancangan untuk jangka masa panjang. Suami izinkan tanpa sedikit pun ragu-ragu. Malah, suami beri sokongan sepenuhnya. Alhamdulilah. Terima kasih suami sebab tidak pernah sesekali merendahkan permintaan ilah.

Terima kasih sahabat yang tidak pernah sesekali mengkritik malah menyokong apa yang ilah buat selama ini. Sejujurnya kalian lah yang memberi motivasi dan kekuatan kepada ilah. 😃

Wajah gembira selepas pendaftaran
Jadual semester Januari 2019


Doakan semoga ilah terus sukses dan dipermudahkan.
Doakan ilah berjaya dapat buka playschool suatu hari nanti.
Doakan ilah menjadi guru dan pendidik yang jujur dan amanah.
Doakan ilah berjaya dalam bisnes Shaklee supaya ilah dapat setup playschool dengan kemudahan yang lengkap dan selesa.


Tak salah berimpian kan?

Salah satu impian ilah suatu hari nanti
Ameen!

AKTIVITI MENGUNTAI

Assalamualaikum.

Aktiviti kali ini masih lagi bertemakan TRANSFERRING. Cuma seakan-akan aktiviti menguntai tetapi ummi gantikan manik dengan kertas berlubang supaya Zayd mudah untuk pegang.

Untuk kali pertama, jangan risau sebab memang mencabar sikit bagi anak. Takpe, bak kata orang putih, 'PRACTICE MAKES PERFECT'. Buat aktiviti ini berulang kali pun boleh.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti kemahiran motor dan secara tidak langsung boleh melatih daya tumpu serta fokus anak. 😊

Bila anak dah besar sikit, ibu-ibu boleh gantikan benang halus dan manik pula. Haaaa.. ini betul-betul lagi mencabar. Haha.

Semoga bermanfaat ye!

Bahan-bahan:
1. Kertas tebal / kertas kotak
2. Gunting
3. Pembaris
4. Penebuk lubang
5. Tali

Cara-Cara:
1. Buat garisan kotak dengan menggunakan pembaris
2. Gunting kertas tersebut
3. Tebuk lubang dengan menggunakan penebuk lubang
4. Bantu anak untuk memasukkan kertas dalam tali dengan cara menguntai

AKTIVITI MENGUNTAI

AKTIVITI MENGUNTAI

AKTIVITI MENGUNTAI

AKTIVITI MENGUNTAI

AKTIVITI MENGUNTAI

AKTIVITI MENGUNTAI

Jom tengok video Zayd pula 😉



Fadzielah Ayub
Abdullah Zayd - 21months

RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY

Assalamualaikum,

Sebelum tidur, mak-mak dah set dalam kepala esok nak masak apa. Tetapi ada kalanya, perancangan tu kelaut juga sebab tak sempat nak fikir. Bila bangun pagi keesokkannya baru kalut nak intai bahan yang ada dekat dapur dan fikir nak masak apa.

Jadi, kali ini ummi nak share salah satu menu resepi anak yang mudah dan ringkas. Bahan-bahan confirm sedia ada dekat dapur iaitu BEGEDIL UNTUK BABY versi ummi Zayd.

Alhamdulilah, Zayd pun berselera makan. Ummi berharap jugak ada yang lebih, boleh ummi makan cicah sos cili . Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-Bahan:
1. Kentang
2. Carrot (tambahan)
3. Isi Ayam
4. Daun sup/bawang
5. Serbuk bilis (Tak letak sebab habis stok)
6. Telur
7. Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Steam atau rebus kentang, carrot dan isi ayam sampai lembut
2. Lenyekkan semuanya sampai hancur.
3. Campur daun sup/bawang
4. Letakkan serbuk bilis (Tak letak)
5. Bentukkan bulat (ummi buat bulat kecil-kecil)
6. Celup telur
7. Goreng dalam minyak panas

Tadaaaa.. Dah siap! Mudah je kan? So far, Zayd memang suka. Ummi sengaja buat lebih untuk kudapan ringan bila lapar 😂😂

RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Bahan-bahan yang simple aje

RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Ummi masukkan semua dalam steamer
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Mudah dan cepat. Cuma set kan timer untuk lembutkan bahan-bahan diatas
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Lenyekkan bahan tersebut sehingga hancur
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Bentukkan bulat kecil supaya anak mudah makan
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Gambar dekat begedil ummi. Haha
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Celup telur sebelum digoreng
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Tadaaaa.. dah siap!
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Ini hasil begedil ummi untuk Zayd
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Nampak tak Zayd berselera makan. Alhamdulilahh
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Opsss... lupa nak baca doa makan. Haha

Semoga perkongsian resepi untuk anak ini bermanfaat ye.

Fadzielah Ayub

AKTIVITI PANTAI UNTUK ANAK

Assalamualaikum,

Throwback aktiviti masa cuti raya di kampung. Sebab hari raya kami ni rajin sangat buat photoshoot di pantai, Zayd memang excited la bila jumpa pasir.

Jadi, kami bawa Zayd ke pantai sekali lagi semata-mata nak tunaikan janji pada Zayd untuk main pasir. Haha.

Untuk aktivti di pantai boleh bermain bertemakan TRANSFERRING iaitu scooping sand activity.

Bila sampai dekat pantai, mata ummi sakit apabila tengok sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tak bertanggungjawab. Tempat awam, kebersihan sepatutnya tanggungjawab bersama.

Apa lagi, ummi pun kutip sampah mana yang boleh dipakai. Oklah, ada sudu dan bekas yang boleh Zayd gunakan.

Rezeki Zayd juga  dapat tengok kuda 😄

Tengoklah kusyuk betul Zayd main sampai bila diajak balik, memang nangis-nangis je. Haha.










Nota: Parent boleh bawa play sand box siap-siap dari rumah atau bawa apa-apa bekas dan sudu untuk anak bermain. 😀


TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI

Assalamualaikum,

Untuk #KidActivityChallenge1 kali ini adalah bertemakan 'TRANSFERRING'. Jadi, tak kisahlah apa jenis aktiviti pun asalkan ikut tema.

Untuk aktiviti pertama, ummi sediakan beras berwarna warni supaya lebih menarik. Aktiviti ini adalah salah satu jenis aktiviti montessori yang dapat meningkatkan keupayaan anak untuk melakukan aktiviti harian.

Contohnya, dengan aktiviti ini menggunakan sudu atau tangan, anak akan dapat makan dengan betul dan cermat. Secara tak langsung, masalah makanan tumpah, berselerak dapat diatasi. Alhamdulillah, Zayd dah makin improve bila makan.

Nak tahu cara buat beras berwarna ini? Klik link dibawah.

TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI
Lagi banyak warna, lagi menarik kan?
Bahan & Peralatan:
1. Beras berwarna
2. Bekas
3. Sudu

Cara:
1. Sediakan beras berwarna supaya lebih menarik. (Klik untuk baca cara buat beras berwarna)
2. Minta anak isikan beras dalam bekas dengan menggunakan sudu atau tangan.
3. Bantu anak jika anak kurang mampu pegang sudu dengan sempurna. Dan yang penting, practices make perfect!

Isi beras dalam bekas mengunnakan sudu
TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI

Nak tengok lagi? Jom tengok video Zayd. 😄

Fadzielah Ayub
AbdulllahZayd - 21months

DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI

Assalamualaikum,

Hari ini ummi nak share resepi homemade atau DIY coloured rice iaitu beras warna-warni. Anak-anak memang suka main beras kan?

Jadi, apa kata kali ini kita warnakan beras ala-ala macam warna rainbow untuk nampak lebih menarik! 

Jom tengok cara buat beras warna warni ini. 😄

Bahan-bahan:
1. Beras
2. Cuka makan
3. Pewarna makanan

Cara-cara:
1. Letakkan sedikit  atau satu sudu besar cuka kemudian titiskan pewarna makanan.
2. Masukkan beras dan gaul sebati.
3. Biarkan seketika sehingga beras kering.
4. Simpan dalam bekas kedap udara

Nota: Cuka digunakan untuk memastikan beras tahan lama. Kali ini ummi hanya buatkan 2 warna sahaja. Next time kena beli pewarna lain pula.

DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Bahan yang dah tersedia ada di dapur
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Letakkan cuka dan beberapa titis pewarna makanan
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Masukkan beras dan gaul sehingga sekata
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Biarkan seketika sehingga kering
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Tadaaaa... Dah siap!
Haa.. nampak tak Zayd seronok bermain?
Untuk lebih seronok dan menarik, pelbagaikan jenis warna. 😊


Klik untuk baca TRANSFERRING ACTIVITY COLOURED RICE

Fadzielah Ayub