INI RAHSIA YANG SAYA TAK PERNAH KONGSI

 Post berani mati. 😆

Saya tak pernah kongsikan cerita ini dimana-mana. Ini kali pertama saya berkongsi di instagram dan blog saya.

Bila saya berada bersama-sama kanak-kanak istimewa atau berkeperluan khas, perasaan itu lain sebab saya juga istimewa.

Sesungguhnya kekurangan diri kita bukanlah satu kelemahan atau  penghalang untuk kita capai sesuatu.

Ramai orang tidak tahu. Sebenarnya saya sendiri tak pernah bercerita pada sesiapa kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Selain rabun, saya juga ada masalah pendengaran. Sama seperti saya memerlukan alat bantuan penglihatan, saya juga memerlukan alat pndengaran untuk menjalani kehidupan yang normal terutama sosial.


Saya mula pakai alat pndengaran apabila mula masuk ke alam pekerjaan disebabkan faktor kurang keyakinan untuk bersosial secara profesional.

Audiologist pun terkejut. Macam mana awak boleh belajar dan bersosial dengan keadaan macam ni? Siap berjaya dapat ijazah dan kerja engineer lagi disebabkan masalah pendengaran saya agak teruk juga iaitu mild-severe terutama pada tahap frekuensi tinggi.

Saya tahu dan sedar kelemahan saya dan saya cari kekuatan saya. Saya bekerja kuat dan study lebih dari orang lain kerana saya bergantung sepenuhnya pada input visual dan bukannya audio. Apa cikgu mengajar, kadang-kadang tak sampai 50% saya dapat sebab masalah ini. Tapi saya tulis dan salin semuanya apa yang cikgu tulis. Saya trpaksa jadi rajin lebih dari orang lain.

Kesannya jika tidak diatasi, bukan sahaja dari segi pembelajaran, juga dari segi sosial, self-esteem, komunikasi dan sebagainya. Pernah berada dalam situasi itu.

Early intervention is a key. Tapi diri saya ni kira bernasib baik sebab mungkin salah satu faktor adalah faktor dalaman saya sendiri seorang yang agak keras kepala. Kalau nak pndai macam orang tu, usaha sampai dapat jugak. Itu motivasi dalaman kot.😂

Kenapa tak dapatkan bantuan? Pertama, saya tiada kesedaran dan tak tahu nak bercerita. Dan mungkin parents pun tak kisah sebab dari luaran nmpk normal tapi hakikatnya diri sendiri berjuang untuk jadi normal seperti org lain terutama dari segi akademik. Mngkin kesan dari demam panas ketika saya kecil.

Kena perli tu biasa 😆


Bila bersama kanak-kanak istimewa, saya percaya ada orang dan juga ibu bapa rasa malu, segan, dan menafikan kekurangan diri atau pada anak mereka. Takde apa yang nak dimalukan. Percayalah kekurangan bukan penghalang.

Post ni bukan nak aibkan diri tapi ingatan utk diri. Alhamdulilah.  AKhirnya saya dapat ganti alat baru selepas beberapa tahun. teknologi sekarang makin canggih. Tengah adapt with new toys.😄




Sekadar coretan dan nota untuk diri sendiri.
Kekurangan diri kita bukanlah tanda kita lemah, 
tetapi menjadi sumber kekuatan kita. 💓