ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak berkongsi daripada perkongsian Terapi Pertuturan mengenai anak bercakap bahasa sendiri. Maksudnya anak bercakap dalam bahasa yang kita sendiri tak faham. Boleh jadi bahasa jerman, jepun, perancis, korea dan sebagainya. Tak tahulah anak cakap apa. Haha.

Ramai parents yang menghadapi masalah ini kan? Bunyi macam bercakap tapi kita tak faham apa yang anak cakap atau cuba sampaikan. Sejujurnya ilah pun pernah mengalami fasa ini masa mula-mula Zayd dah boleh sebut banyak bunyi dan perkataan. Bila dia membebel atau nak cakap laju, mula la keluar perkataan bahasa yang dia sendiri je faham. Haha.

ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?

Sebenarnya begini..

Kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang biasanya akan bercakap bahasa sendiri yang mana kita sebut sebagai 'jargon'.. ini terjadi disebabkan oleh mereka cuba meniru untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi mereka mempunyai vocab yang sedikit untuk bercakap seperti kita atau pun memori mereka masih lagi belum mampu untuk menangkap ayat panjang seperti yang kita cakap.

Ummi: "Zayd nak makan buah tak? Nak buah mangga ke buah anggur?"
Zayd: bfdfgrm ndifrs nak angkur

Haha. Ni contoh bahasa jargon Zayd kadangkala ada bunyi bahasa korea pun ada dan ummi langsung tak faham.

Anak memang akan dengar apa yang kita sebut. Tetapi mungkin ada beberapa perkataan yang mereka tidak faham dan tak mampu nak tangkap setiap perkataan yang kita sebut. Jadi, kita boleh ulang ayat dengan sebut satu persatu secara perlahan-lahan dan tidak laju terutama anak yang masih kecil atau ada masalah delay (perkembangan lewat).

Jargon ini sebenarnya normal jika berlaku pada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Tetapi jika masih ada lagi jargon selepas umur 3 tahun, perlu buat pemeriksaan. Takut-takut kalau ada masalah speech atau language delay.

Contoh Zayd #17months bercakap dalam bahasa sendiri😂

Cara untuk mengurangkan jargon:

1.  Terjemahkan kepada bahasa yang betul
Jika anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri, kita perlu terjemahkan atau perbetulkan kepada bahasa yang betul mengikut situasi tersebut. 

Sebagai contoh anak tengah memegang kereta dan sebut "hsfjedncx xcfgd..ghsjfe"

Maka, kita boleh terjemahkan dan perbetulkan mengikut situasi pada masa itu "Wah.. kereta Zayd warna kuning. Kereta boleh gerak ke depan"

2. Guna bahasa yang pendek dan mudah difahami
Anak akan lebih mudah untuk faham dan senang nak pickup bila kita gunakan bahasa yang pendek dan mudah di sebut. Gunakan ayat 1-3 perkataan pun dah cukup. Tak perlu ayat yang panjang-panjang.

3. Tingkatkan kosa kata anak
Tingkatkan kosa kata anak dengan perkenalkan perkataan baru setiap hari. Bila kosa kata atau vocab anak meningkat, barulah mereka boleh menggunakan perkataan yang betul dan buat ayat. Jadi jargon itu akan berkurang.

Oh ya. Kadang-kadang anak tengok kartun yang cakap panjang-panjang dekat TV pun boleh menyebabkan jargon jugak. Seeloknya kurangkan gadjet atau TV dan banyakkan komunikasi 2 hala dengan anak. 😊



KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH?

Assalamualaikum.

Hari ini ilah nak share perkongsian yang menarik dari facebook yang ilah baca.. Tidak pasti sumber dan penulis asal daripada siapa. Persoalan ini seringkali dihadapi oleh ibu masa kini samada suri rumah ataupun yang bekerja. Perkongsian ini turut dirasai oleh ramai ibu masa kini.

KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH? 😢😢

Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini.

'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?'

Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.

Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 - 6 tahun macamtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang-kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib dah balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar. Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan malam dah tertidur sendirinya.

Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?

Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.

Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla.

Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!

Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.

Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.

Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!

Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.

Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang 'kawin' terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.

Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.

Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.

Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.

Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!

10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.
Huhuhu. Inilah realitinya dan cabaran menjadi mak dan ibu masa kini. Apa pun, kita jangan mudah cepat melatah apa yang diperkatakan sebab mereka tidak berada di tempat kita. Dan apa yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah yang terbaik untuk keluarga kita.

Sekian,

ANAK BELAJAR MELALUI TELADAN IBU BAPANYA

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak share pengalaman ilah sendiri dengan Zayd. Kebiasaannya bila ummi atau abah nak solat, kami memang akan beritahu dan ajak Zayd ambil wudhuk dan solat sekali tanpa paksaan. Kalau dia nak main, teruskan main. Kami tak paksa. Dan biasanya hujung solat tu baru dia nak join. Pernah juga kalau dia dengar azan, automatik masuk bilik tarik sejadah kecil dia yang berwarna biru tu. Lepas tu tarik tangan ummi ajak solat sekali. Hehe

"Zayd, ummi tak boleh solat hari ni. Zayd solat sendiri boleh?"

Pernah tak alami situasi yang susah nak explain dekat anak sampai kena berpura-pura? Hehe.

Ada masa rajin nak solat tanpa di suruhpun bila dengar azan dari surau. Kadang-kadang waktu ummi cuti pun ajak ummi solat sekali. Susah anak nak faham kenapa ada masa wanita boleh solat dan tak boleh solat.

Apa yang ummi buat, pura-pura je pakai telekung dan buat pergerakkan solat untuk encourage anak solat dan tunjukkan solat itu wajib setiap hari. Anak pun seronok dapat ikut kita solat sekali.

Bila abah duduk jauh, ummi kena take over untuk mendidik dan tunjukkan contoh pada anak terutama bab solat.

InsyaAllah bila sampai tahap dah boleh faham kenapa ibu atau wanita dikecualikan solat pada masa tertentu, mereka boleh terima dengan alasan yang bukan disengajakan.

Pada tahap awal kanak-kanak, mereka lebih banyak menggunakan sensorial seperti bau, rasa sentuh termasuk penglihatan dan pendengaran untuk pembelajaran serta perkembangan mereka. Sebab itu mereka akan banyak meniru apa yang mereka lihat dan dengar.  Oleh itu, anak-anak juga belajar melalui teladan orang tua mereka.

"Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya". Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

Jom tunjukkan contoh teladan yang baik-baik untuk anak. Semoga anak-anak kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah. insyaAllah 😉

#AbdullahZayd
#2y7m

TIP PENGURUSAN DIRI AWAL KANAK-KANAK

Assalamualaikum,

Ajarkan dan terapkan rasa tanggungjawab serta kemampuan pengurusan diri seawal mungkin.

Salah satu caranya adalah dengan melakukan 'RUTIN'. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, rutin adalah kebiasaan yang dilakukan di sekolah/taska. Jadi jangan pelik kenapa anak behave je dekat sekolah kan?

Rutin ini adalah perkara atau aktiviti yang kita lakukan secara berulang dan konsisten.

Antara kelebihan rutin bagi kanak-kanak, kita dapat bantu perlakuan positive, rutin dapat membantu persediaan dari segi emosi mereka. Mereka mudah nak kawal diri dan lain-lain. Sebab tak semua kanak-kanak suka apabila ada perubahan yang mereka tak biasa atau arahan yang mereka tak biasa buat.

Kita tak boleh expect anak akan faham dan tahu apa yang perlu buat kali pertama kan?

Pembelajaran melalui rutin ni boleh membantu kanak-kanak. Bukan dari segi akademik sahaja, tapi dari segi pengurusan diri mereka juga.

Sebagai contoh, sebelum mandi kena bukak baju seluar sendiri dan MASUKKAN DALAM BAKUL sendiri. Lepas makan kena letak dalam sinki melainkan kalau tak habis. Nak masuk rumah, kena susun kasut atas rak kasut dengan elok dan banyak lagi. Ni contoh ilah praktis pada zayd. Lama-lama anak akan faham tanpa disuruh.

Bila ummi cakap nak buang sampah, Zayd nak ikut. Haha. Plastik sampah yang ringan dan sampah kering seperti kertas tu zayd punya. Sengaja buang sampah dengan kehadiran anak supaya dia ada rasa tanggungjawab dalam keluarga. Kadang-kadang, bila tong sampah penuh pun Zayd ingatkan ummi suruh buang atau ajak buang sampah. Haha.


#AbdullahZayd
#2y7m


Berakhirnya Semester Januari 2019

Assalamualaikum.

Alhamdulilah. Habis dah exam untuk untuk semester pertama ummi. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu.

Perjuangan ini mungkin kecil bagi orang lain, tapi bukan bagi ilah. This is my turning point dalam hidup ilah. Setahun belajar asasi kejuruteraan, 4 tahun  belajar ijazah kejuruteraan, 5 tahun dalam pengalaman oil and gas, tiba-tiba tukar bidang jadi educator (insyaAllah) pendidikan awal kanak-kanak?

Ada yang tak faham, ada yang ragu-ragu, mungkin ada yang memperlekeh. Tapi biarlah, ini perjalanan hidup yang kita mahu. Hehe.

Hari pertama decided nak ambil bidang ni, ilah sedar ilah kena commit betul-betul. Kena usaha lebih dari orang. Kena korbankan masa, duit dan tenaga. Ilah kena start dari bawah dan kosong! Tak sama macam orang lain yang ada basic dan pengalaman dalam bidang ni. Cabaran tu berganda daripada orang lain.

Kecil bagi orang, besar bagi ilah. Perjalanan ni bukan mudah. Dekat nak exam pun diuji anak sakit, suami jauh. Haha. Alhamdulilah, rezeki Allah permudahkan buat assignment dan jawab exam.

Apa pun dugaan, takpelah, asalkan semangat kuat dan tak putus asa. Misi dan visi makin jelas. Bila dah sampai ke penghujung ni, ianya satu motivasi bagi ilah untuk melangkah step seterusnya. Matlamatku bukan untuk berbangga dengan kelulusan yang ada, tetapi semoga  ilmu ni dapat membuka jalan untuk berbakti pada orang lain dan menjadi saham di akhirat sana.








Percayalah, being a mom & student at same time ada masa mencabar jugak. Dan kena banyak membaca, study sendiri.

Sekian, untuk catatan #MasterJourney_FA semester1.  😁

Maka, bermulalah semester break pertamaku. Yahooo! Haha.




SIMPTON, TANDA DAN PUNCA ROTAVIRUS

Assalamualaikum,
Sebelum ini ilah janji nak share simpton dan punca rotavirus ni. Lepas Zayd positif dengan rotavirus tu, terus ramai yang tanya apa punca rotavirus ni? Sejujurnya ilah pun tak pernah tahu sebelum ni sampailah anak sendiri terkena. Jom baca di bawah!

1. Apakah Itu Jangkitan Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak. Sebilangan mereka yang terkena jangkitan Rotavirus ini juga akan mengalami gejala demam panas.

Nama ‘Rota’ diguna pakai kerana rupa virus berkenaan yang kelihatan seperti roda (Rota membawa maksud roda di dalam bahasa Latin).

Apabila dijangkiti cirit-birit, kanak-kanak tersebut juga menunjukkan simptom berantai yang lain iaitu sakit perut dan muntah-muntah. Ia turut dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE). 

Apabila terkena kanak-kanak, mereka akan berasa lemah badan dan tidak bermaya akibat kekurangan air di dalam badan. Jika tidak dikawal dan dirawat awal, ia mampu menyebabkan dehidrasi yang teruk sehingga boleh membawa maut.

Jadi, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengawasi keadaan anak mereka, terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah, dan segera membawanya ke hospital jika ada menunjukkan simptom-simpton penyakit Rotavirus di atas. 

Adakah golongan dewasa kebal daripada jangkitan ini? Tidak juga. Mereka tidak terkecuali daripada terkena serangan Rotavirus namun simptomnya mungkin tidak seteruk simptom kanak-kanak. 


2. Bagaimanakah Rotavirus Boleh Berjangkit?

Baru-baru ini, terdapat tiga kawasan di pusat rekreasi air panas, taman tema air dan kolam air pancut di Kedah, Perak dan Melaka yang telah dilaporkan mengalami jangkitan virus ini

Maka, ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa Rotavirus hanya akan melanda di kawasan yang berair. Itu adalah sangkaan yang salah.

Sebenarnya, virus ini boleh merebak bukan sahaja melalui air, malah makanan.

Jangkitan bukan sahaja boleh berlaku di kawasan taman air, tetapi juga di sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Ia boleh berjangkit melalui pendedahan najis ke mulut. Sebagai contohnya, jika anak anda tersentuh barangan yang telah tercemar dan memasukkan tangannya ke dalam mulut, jangkitan Rotavirus boleh terjadi.

Ia juga turut boleh berlaku apabila anak anda termakan/terminum makanan yang tercemar. Simptom muntah-muntah yang teruk selalunya berlaku dalam masa 48 jam selepas mendapat jangkitan virus ini.

Di Malaysia, hampir 50% kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh virus Rotavirus! Ia adalah penyakit yang sangat mudah untuk berjangkit, terutamanya jika kebersihan tidak dijaga dengan baik.

3. Adakah Terdapat Rawatan Khas untuk Jangkitan Rotavirus?

Jika anda hendak tahu, sebenarnya tiada rawatan khas untuk jangkitan Rotavirus.

Oleh sebab itulah, jika ia berlaku kepada anak kecil anda, terutamanya di bawah satu tahun, adalah penting untuk anda sentiasa memberikan susu badan kepadanya

Keadaan dehidrasi (tidak cukup air) yang berpanjangan akan membawa kepada masalah komplikasi yang lain!

Menurut Kidshealth.org, antara tanda-tanda dehidrasi teruk pada bayi anda adalah:
  • Bibir atau mulut yang terlampau kering
  • Anak kurang kencing
  • Jika kencing, airnya berwarna kuning pekat
  • Badan tidak bermaya
  • Kulit sejuk dan kering
  • Tiada air mata ketika menangis
Walaupun ada vaksin bagi penyakit jangkitan Rotavirus, iaitu vaksin Rotarix dan vaksin Rotateq, ia belum dimasukkan ke dalam senarai wajib vaksin yang perlu diambil.

4. Cara Mengatasi Masalah Jangkitan Rotavirus di Kalangan Kanak-Kanak dan Bayi

Terdapat beberapa langkah yang ibu bapa boleh ambil bagi mengelakkan penularan penyakit Rotavirus. Antaranya adalah seperti berikut:

Jika anak anda mengalami simptom sakit perut dan cirit-birit, 
  • Elakkan daripada membawanya mandi di kawasan awam seperti taman rekreasi hutan lipur, kolam air panas atau taman tema air.
  • Jangan membiarkan anak kecil anda mandi di kawasan awam dengan memakai lampin pakai buang.
  • Tidak menghantar anak anda yang sakit cirit-birit atau muntah-muntah ke pusat jagaan, tadika atau sekolah.
  • Pastikan anak anda tidak memasukkan barang mainan atau tangannya ke dalam mulut.
  • Pastikan lantai dan perabot rumah anda bersih dan disinfektasi setiap hari.
  • Berikan susu badan kepada anak anda untuk meningkatkan sistem imun badan.
  • Sentiasa membasuh tangan selepas menukar lampin anak dan menggunakan tandas.
Source: FB Kementerian Kesihatan

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga di atas, anda dapat memastikan bahawa anak kecil anda jauh daripada jangkitan virus yang berbahaya ini. Kan orang-orang lama pernah cakap, mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Sebelum membawa mereka bercuti dan bermandi-manda, pastikan anda tahu tentang keadaan semasa pusat tema air tersebut.

Jika langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berkenaan (seperti contoh, menukar air setiap hari), maka, tiada masalah untuk anda membawa anak-anak mandi ke taman tema air tersebut

Jangan lupa juga untuk melihat jika ada simptom Rotavirus pada anak anda selepas bermandi-manda atau pada bila-bila masa sahaja. Jika ada, ia perlu dirawat awal!



AKTIVITI BUAT KUIH CEK MEK MOLEK

Assalamualaikum,

Last weekend kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan kenduri doa selamat pakcik sebelah bapak yang akan berangkat untuk menunaikan umrah. Rezeki kami dapat ubi keledek purple isi kuning tu. Ubi ni memang feveret ummi Zayd. Lagi sedap kalau makan ubi yang dibakar atau direbus.

Oleh sebab banyak lebihan ubi tu, ummi decide nak buat kuih cek mek molek. Lagipun cara nak buat kuih ni tak susah sangat pun. Hanya perlukan ubi yang direbus, gandum dan gula putih.

Amboiii.. seronoklah Zayd bila ummi cakap nak buah kuih. Haha. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi tu sejuk dulu. Sebelum tu, ini resepi kuih Cek Mek Molek.


RESEPI CEK MEK MOLEK
1. Ubi keledek (isi kuning)
2. Tepung Gandum
3. Gula Putih

CARA-CARA:
1. Rebus ubi sehingga empuk dan dibiarkan sejuk
2. Pastikan ubi sejuk dahulu, kemudian buang kulit ubi dan lenyekkan atau tumbuk sehingga hancur. Jika lenyek atau tumbuk masa panas, air masih ada pada ubi dan menyebabkan jadi lembik.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk. Tepung berlebihan boleh sebabkan kuih tu jadi keras.
4. Bentukkan bujur atau bulat, isikan gula putih di dalamnya.
5. Goreng sehingga masak. Kalau nak buat stok frozen, goreng separuh masak je.

Awal-awal masa nak uli ubi dan tepung tu, ok lagi lah. Bila masuk part video ke-2 tu, Zayd dah rimas sebab ubi tu melekat di tangan dia. Hahaha.😂


Video Part 1

Video Part 2
Apa kelebihan aktiviti membuat kuih ni?

Aktiviti ini dinamakan sebagai Sensory Play atau aktiviti sensorial kerana ia melibatkan penggunaan deria sentuhan. Anak akan menggunakan deria sentuhan semasa menguli kuih tu. Mula-mula anak akan sentuh tepung yang kering, ubi yang lembut dan seterusnya tekstur yang agak melekit dan melekat di tangan anak.

Jadi pendedahan aktiviti sensorial sangat bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak didedahkan aktiviti sensorial yang melibatkan sentuhan, anak akan jadi sensitif terhadap tekstur tertentu seperti rasa takut, jijik dan geli. Ini akan mengganggu perkembangan kanak-kanak tersebut bila membesar. Jangan pelik bila ada kanak-kanak umur 10 tahun geli untuk memijak pasir atau tanah. Ada kanak-kanak yang mengamuk bila pegang sesuatu yang lembik seperti acuan tepung.Banyak lagi la kesan jangka masa panjang. Hehe.

Kuih Cek Mek Molek

Tadaaa.. ni lah hasil cek mek molek yang dibuat ummi dan Zayd. Walaupun rupa tak berapa nak lawa, rasa dia memang sedap. Saiz pun kecil-kecil sesuai untuk Zayd makan. Cuma, kurangkan gula putih untuk anak-anak makan. Hehe

Semoga Bermanfaat!😊

#AbdullahZayd
#2y7m

PENGALAMAN ANAK DIJANGKITI ROTAVIRUS

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak share pengalaman Zayd kena rotavirus. Kisahnya bermula hari Jumaat 5/4/2019, Zayd terjaga awal pagi pukul 4.30am dan kejutkan ilah cakap nak muntah. Belum sempat ilah sediakan kain atau bawa ke tandas, Zayd terus keluarkan isi perut dia. Banyak sangat muntah terkeluar sebab sebelum itu Zayd dah terjaga untuk minum air. Terpaksa tukarkan baju dia dan baju ummi sekali. Nak marah pun tak boleh, kesian ada lah. Lepas tu Zayd cakap nak berak pula.

Disebabkan awal pagi, ilah just tukar sarung bantal dan alaskan kain batik sahaja. Ingatkan sekali itu sahaja, tapi muntah berterusan sampai awal pagi. Minum air, keluar air. Nasib baik pernah ada pengalaman Zayd muntah dulu akibat tersalah makan karipap pedas. Dalam hati mampu berdoa muntah dan cirit-birit Zayd tidak berpanjangan.

Keesokkannya, hari kedua ilah bawa Zayd pergi klinik untuk check kalau-kalau Zayd ada tanda terhidrasi. Selera Zayd langsung takde. Air pula makin kurang minum sebab fobia agaknya setiap kali makan atau minum, pasti keluar balik samada melalui muntah atau cirit-birit.

Alhamdulilah zayd tiada tanda terhidrasi. Doktor bagi ubat tahan muntah, cirit birit, tenaga dan untuk elakkan terhidrasi.

Macam biasa, the struggle is real. Bukan senang nak paksa Zayd makan ubat dalam keadaan begitu. Sekalipun ubat berjaya disuap, tidak lama lepas tu pasti keluar balik.

Hari ke-3, ummi dah give up. Bukan give up menjaga anak sakit, tapi hampir give up dengan pelbagai cara untuk Zayd makan dan minum. Boleh menitik air mata ummi kalau tengok keadaan Zayd yang lembik tak bertenaga. Berat pun susut 1kg, asyik melekat dengan ummi sebab nak menyusu. Akhirnya ummi bawa pergi klinik untuk minta surat rujukan atau referral letter ke hospital untuk drip air. Memang tahu klinik tak buat drip untuk kanak-kanak. Lagipun, proses drip ni bukan sekejap.
Tengok air susu pun tak lalu.Aduhaii
Walaupun berdua je dengan Zayd, ummi bawa ke Hospital Pusrawi. Senang sebab dah biasa dengan prosedur di sana. Zayd pun pernah warded di sana akibat pneumococal tahun lepas.

Alhamdulilah. Nasib baik dapat Deluxe Room iaitu bilik single. Senang dan selesa untuk kami jaga Zayd. Sekurang-kurangnya suara Zayd menangis atau merengek tidak akan ganggu pesakit lain. Maka bermulalah episod kami di hospital.

Setakat ni berpuas hati dengan servis Hospital Pusrawi. Sesuai untuk berkeluarga
Rotavirus Hospital Pusrawi
Tidur keletihan
Lepas check sample najis Zayd, Zayd positif dengan ROTAVIRUS. Ummi pun share la status dekat whatsapp, kebetulan cikgu taska Zayd reply status tersebut bertanyakan keadaan Zayd. Maka, terbukti lah bahawa Zayd dapat rotavirus ni dari taska sebab ada kanak-kanak lain positif rotavirus dan alami cirit-birit juga sebelum Zayd. Ummi redha je la. Takkan nak salahkan pihak taska sebab benda dah berlaku. Minta cikgu doakan kesihatan Zayd je la kan.

Jangan ambil mudah Rotavirus ni. Pernah ada kes kematian kanak-kanak disebabkan virus ni. Walaupun ada vaksin untuk rotavirus, tetapi ianya adalah pilihan. Kami tak ambil vaksin rotavirus ni pun disebabkan ragu-ragu dengan status halalnya (wallahualam) dan bukan sebab anti-vaksin ye.

Kalau korang nak baca detail SIMPTON ROTAVIRUS ni, boleh klik DISINI.

4 hari juga percutian kami di hospital. Terima kasih kepada doktor dan kakitangan Hospital Pusrawi yang ramah dan mesra. Tidak pernah terdengar rungutan setiap kali kami request untuk tukar cadar zayd akibat muntak dan bocor. Hehe.

Rotavirus Hospital Pusrawi
Sejuk sangat dalam hospital
Walaupun ummi terpaksa korbankan studyweek di hospital dan abah pula terpaksa ambil emergency leave 2 hari untuk teman ummi dan zayd, ianya bukanlah penghalang untuk ummi dan abah selesaikan kerja walaupun di hospital. Susah dan senang kena hadapi bersama.

Semoga moment ini akan dikenang sebahagi sebahagian dari perjalana dan kerjayaan ummi dan abah pada masa akan datang.💓
Rotavirus Hospital Pusrawi
Abah dan komitmen kerja
Rotavirus Hospital Pusrawi
Ummi tak sia-siakan masa studyweek
Rotavirus Hospital Pusrawi
Gambar percutian keluarga



Rotavirus Hospital Pusrawi
Kasih seorang abah
Sekian, pengalaman anak dijangkiti virus, warded 7-10 April 2019.

WOMEN & GIRLS IN SCIENCE 2019 CONFERENCE

Assalamualaikum,

Ilah nak share pengalaman hadir ke International Day of Women & Girls in Science 2019 Conference yang berlangsung pada 2 April 2019 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC) di Cyberjaya. Ini adalah kali petama diadakan di Malaysia.



Alhamdulilah diberi peluang untuk hadir conference ini secara percuma ditaja oleh Dr Mahani Razali. Kalau ikutkan, yuran penyertaan adalah RM200.00.  Jadi antara kupasan tajuk perbicangan semalam adalah berkaitan tentang Wanita dan Sains. Di Malaysia sendiri samada di sekolah ataupun di universiti,  wanita adalah golongan dominan yang ambil aliran sains, tetapi dimanakah mereka selepas grad dari universiti? Ada yang tidak dapat bekerja kerana faktor jantina yang tidak diterima dan ada juga yang berhenti kerana faktor keluarga (ilah la tu.hehe).  Sumbangan wanita dalam bidang professional sangat membantu perkembangan dan pertumbuhan negara. Jadi, amatlah rugi bila negara kehilangan begitu banyak sumbangan wanita dalam bidang sains.

Jadi, apa yang kerajaan boleh bantu sekarang ini adalah menyediakan lebih banyak fleksibiliti untuk wanita seperti waktu bekerja yang fleksible, kemudahan tempat jaga anak dan sebagainya. Ok. tapi ini bukan topik utama yang ilah nak share sebab apa yang buatkan ilah tertarik dengan program ini adalah mengenai STEM.


Apa itu STEM?

Stem adalah gabungan Science, Technology, Engineering & Math. Ada juga yang guna term STEAM ataupun STREAM iaitu tambahan Art & Religion.

Jadi salah satu objektif conference semalam adalah membincangkan bagaimana untuk memupuk minat generasi masa kini supaya minat Sains. Mentaliti pelajar masa kini SAINS itu adalah satu aliran atau subjek yang tidak begitu mudah. Pastinya terbayangkan pada subjek Fizik, Biologi, Kimia, Addmath dan sebagainya. Sebenarnya Sains adalah proses ataupun kejadian yang berlaku pada sekeliling kita dan tidak sepatutnya diasingkan mengikut 'subjek' yang lagi menakutkan pelajar-pelajar masa kini.


Waktu petang, ilah join Workshop yang bertajuk "Equipping Teachers for Inclusive STEM Methodologies" yang dikendalikan oleh Dr Mahani.

Kenapa STEM sangat penting dalam pendidikan? Ini kerana kita ingin memupuk minat generasi sekarang dalam bidang sains. Kita nak lahirkan generasi yang kreatif, berfikir, dan berinovasi dan bukannya generasi yang kena suap serba serbi.

Pendekatan STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah sangat penting kerana pada fasa ini, perkembangan otak kanak-kanak berkembang sangat cepat. Jadi, kita mahu menggalakkan pertumbuhan sel neuron dan berhubung.

Pertama, kena ubah mindset apa itu Sains, Sains adalah proses yang berlaku sekeliling kita iaitu gabungan daripada Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Sains bukanlah sesuatu yang susah dan takut untuk dipelajari.

Pendekatan STEM bukan hanya di sekolah, tetapi bermula dari rumah.

Bagaimana konsep pembelajaran STEM ni??

Ada 3 cara iaitu:
1. Inquiry-Based Learning
2, Project-Based Learning
3. Engineering Design Process

Bersambung..😄

Sempat tapau kopi panas untuk hilangkan mengantuk 😄