RESEPI TANGZHONG MILK BREAD THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,
 
Teringat masa tempoh PKP 1.0 pada awal tahun 2020 bila krisis demand roti Gardenia melebihi supply secara tiba-tiba. Dan pada tahun 2021 tiba-tiba harga roti pula naik? 

Jomm apa kata buat sendiri je roti. 😊

Tangzhong ni apa?
'Tangzhong is a cooked gelatinous mixture of liquid and flour. It is used to replace a portion of the flour in the traditional bread recipes. Tangzhong makes the bread softer and stay fresh longer.' (Sumber: google)- Jadi step awal tu yang kita campur tepung dan susu tu dipanggil 'Tangzhong'. Itu yang membezakan cara buat roti lain.

Sejujurnya kalau takde thermomix ini, saya pun tak tahu kewujudan tangzhong milk bread ni dan mungkin takkan buat seuumur hidup saya. Terima kasih Thermomix! 💓

Jom kita tengok resepi dan cara-caranya. Resepi ini saya ambil dari Cookidoo  ye.

RESEPI TANGZHONG MILK BREAD THERMOMIX
Bahan A:
20g tepung roti
100g susu

Bahan B:
130g susu
1 bj kuning telur
30g gula kastor
1/2 sk garam halus
10g susu tepung
290g tepung roti
1 sk yis

Bahan C:
25g butter

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Tangzhong Milk Bread' dan Start Cooking.
2. Masukkan bahan A dan masak [3min/80'C/sp.3]. Biarkan seketika 10-15mins.
3. Masukkan bahan B dan uli [Dough/4min]
4. Masukkan bahan C dan uli sekali lagi [Dough/1min]
5. Keluarkan doh dari mixing bowl dan ratakan doh guna rolling pin dan gulung. Tunggu sehingga doh naik 2x ganda (~30-45min)
6. Bahagikan kepada 3 bahagian, rata dan gulung doh. Masukkan ke dalam loaf tin dan tunggu sehingga doh naik.
7. Spray dengan air sejuk dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 25min atau sehingga masak.

Link Cookidoo:
https://cookidoo.international/search/en?query=tangzhong+milk+bread

Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan bersama homemade pandan kaya / kaya.

Selamat mencuba~😊
Fesh bread from oven
Walaupun rupa tak berapa cantik, tapi hasilnya sangat sedap!
Memang puas hati sangat dapat buat roti sendiri.
Tekstur dalam roti sangat lembut
Boleh dihidangkan dengan homemade pandan kaya
Nak lagi sedap, boleh kukus sekejap roti tu dan makan. 
Rasa sebiji macam makan roti kaya kat kedai :D


Klik sini untuk tengok resepi HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX TM6

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Post kali ini saya nak kongsikan resepi dan cara untuk buat homemade pandan kaya menggunakan thermomix. Sejujurnya ini kali pertama saya buat dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Sebenarnya tak pernah terlintas nak buat pandan kaya ni sendiri. Sebab fikir beli tu lagi senang. Alang-alang beli roti, beli terus kaya. Haaa..

Sekarang bila dah pandai buat roti, why not cuba je la kan? Lagipun resepi dari Cokidoo memang hampir 100% akan menjadi. Jom kita tengok resepi dan caranya di bawah. 😀

 RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX

Bahan A:

15-20 helai daun pandan yang dipotong pendek (~10cm)

Bahan B:
50g gula kastor
3 biji telur(~150g)

Bahan C:
180g santan (1 kotak kecil)
20-30g jus pandan yang diperah

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Homemade pandan Kaya'
2. Setkan speed 10 dan buka measuring cup. Masukkan bahan A. Kurangkan speed secara perlahan-lahan sebelum tekan selector untuk stop.
3. Tapis dan perah daun pandan menggunakan untuk dapatkan jus pandan.
4. Bilas mixing bowl dengan air dan lap kering.
5. Masukkan bahan B dan mix [30sec/sp.3]
6. Letak butterfly whisk dan masukkan bahan C. Buka measuring cup dan masak [45min/98'C/sp.1.5]
7. Keluarkan butterfly whisk dan sedia untuk dihidangkan.
8. Simpan dalam bekas kedap udara dan dalam peti.

Boleh dihidangkan dengan homemade killer toast/tangzhong milk bread. Selamat mencuba! 😊

Daun pandang yang telah siap di blend

Pandan Kaya yang dah siap :)

Simpan di dalam bekas dan balance boleh disimpan dalam peti


Sedap dimakan bersama homemade Tangzhong milk bread :)


Hasilnya memang sedap ala-ala papa rich. Cubalah okey :)



Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman pertama kali saya buat air soya sendiri. Pertama kali juga saya minum fresh and warm homemade soy milk. 

Sedap rupanya soya suam ni berbanding soya sejuk dan dalam kotak atau beli diluar. Air soya fresh memang lain rasanya. Paling tak sangka, tak susah seperti yang disangka. 

Resepi ini saya follow dari Cookidoo sahaja. Antara kelebihan homemade soya milk ni kita boleh control dan pilih bahan-bahan yang digunakan seperti menggunakan non-gmo kacang soya dan gula organik atau langsung tidak letak gula.

Jomm kita tengok resepi dan cara membuatnya.

HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX

Bahan A:
200g kacang soya

Bahan B:
Kacang soya yang direndam
600g air

Bahan C:
600g air

Bahan D:
Air soya yang ditapis
3 helai daun pandan yang disimpul

Bahan E:
60-80g gula putih secukup rasa

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Soy Milk' dan Start Cooking
2. Rendam kacang soya semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. Tapis menggunakan simmering basket dan bilas dengan air.
3. Masukkan bahan B ke dalam mixing bowl dan blend [1 min/sp.8]
4. Masukkan Bahan C dan mix lagi [10sec/sp.3].
5. Tapis air soya menggunakan penapis atau kain. Kemudian bilas mixing bowl sehingga bersih.
6. Masukkan bahan D dan masak [18min/90'C/sp.2]. Buka measuring cup dan letakkan simmering basket diatas penutup.
7. Masukkan bahan E dan mix [1min/sp.2]

Link Cookidoo:
https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r364760

Sedia untuk dihidangkan. Sedap diminum ketika suap dan juga sejuk. Selamat mencuba~ 😊

Ini kacang soya yang telah direndam. Saya buang kulit soya terlebih
dahulu sebelum blend.
Fresh and warm soy milk by thermomix
Homemade soy milk. Sedap diminum ketika suam atau sejuk
Sedia untuk dihidangkan


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI DONUT QUIN MUDAH DENGAN THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak tunjukkan cara dan resepi buat donut tanpa tunggu doh kembang dengan mudah menggunakan thermomix.

Donut ini memang kegemaran anak-anak. Bila ada thermomix memang memudahkan saya untuk buat donut dan kali pertama saya mencuba resepi ini, hasilnya memang menakjubkan. Seronok betul saya. Jom kita tengok resepi dan video cara membuatnya.😊

 RESEPI DONUT QUIN THERMOMIX

Bahan A:
200g air masak
11g yis segera
50g butter/marjerin
20g shortening (tak letak)
30g gula 
30g susu pekat
1biji telur

Bahan B:
500g tepung gandum
1/2sk garam halus

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan mix [2min/37'C/sp.2]
2. Masukkan bahan B dan uli [dough/3min]
3. Keluarkan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Saya timbang doh 40g/each. 
4. Bentukkan bulat dan boleh terus goreng tanpa rehatkan doh.
5. Untuk buat stok frozen, goreng separuh masak dan simpan dalam peti.

Selamat mencuba~😉
Kredit resepi: Puan Quin

Memang cantik betul kejadian donut ni. 

Nampak sangat gebu kan?

Paling penting, donut sangat lembut.

Lebihan tu kita simpan buat stok. Goreng seketika dan tunggu 
sejuk sebelum simpan dalam bekas dan letak dalam peti. Bila nak makan,
keluarkan dan terus goreng. Mudah sangattt aih. :)


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya.

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor