YAKIN PADA PROSES, BUKAN HASILNYA

Assalamualaikum,

Tiba-tiba scroll feed instagram, tertarik dengan post Ustaz Harizal:

Jika kita memikirkan penghujung, memang tidak berani nak menulis apa-apa mengenai pendidikan dan keibubapaan sebab semuanya masih dalam proses. "Anak dia tu bagus sangat ke?" kalau kena jawab soalan sebegini memang tak mampu nak jawab.

Kena tunggu anak-anak dah habis sekolah, eh dah habis universiti, eh dah kerja, eh dah kahwin, eh dan beranak pinak, eh dah mati dan jadi ahli syurga.. masa itu kita pun sudah berbaring di dalam kubur dan akhirnya tiada siapa pun menulis apa-apa.

Sebab itu, kita perlu meletakkan keyakinan bukan kepada HASIL, tetapi kepada PROSES. Pastikan PROSES dipelajari, diperbaiki, dibetulkan dan ditingkatkan.

Adapun hasil, anak-anak bukan robot. Kita pun bukan robot. Ada banyak faktor yang mempengaruhi.

Ada faktor kelihatan, ada faktor tak kelihatan. Bukan sahaja kuman dan bakteria, malah setan gondol yang bersumpah mahu menyesatkan keturunan Adam itu.

Kita solat, kita betulkan cara solat, pastikan solat dengan cara yang sebaik mungkin. Akhirnya Allah terima atau kita akan masuk Syurga, kita tidak tahu. Tapi sebagai manusia, tanggungjawab kita adalah cari ilmu mengenai proses solat, kemudian doa dan tawakkal mengenai hasilnya.

Jika seluruh hidup kita begitu, mengapa dalam bab pendidikan kita obses dengan HASIL?

Masih meyakini bayangan masa hadapan yang pelajar ini jadi pekerja hebat, warganegara berguna berbekalkan keputusan peperiksaan yang kita yakini, walaupun sedar kita sedang menggunakan PROSES yang salah.

Kita sanggup terima proses yang mencacatkan kemanusiaan kanak-kanak. Mungkin kita tak endah sebab walaupun PROSES ternyata salah, ia tetap menghasilkan HASIL yang kita percaya itu. Hasil palsu yang menyedapkan hati semasa orang dewasa.

Islam mendidik kita membina kehidupan berasaskan ilmu yang benar, iaitu sesuatu yang kita boleh pelajari dan usahakan sebagai manusia. jika kita percaya sesuatu proses itu benar hanya selepas menunggu dan melihat hasilnya, mungkin pada masa itu kita sudah terlambat.

PERCAYA HANYA SELEPAS MELIHAT SESUATU, teringat Bani Israel kata ke Nabi Musa a.s. "Kami tidak percata dengan seruanmu sehinggalah kami dapat melihat TUHAN secara nyata!" Mempercayai proses, mengurangkan pentaksiran dan pemantauan.

kredit: ig @iamhasrizal, Ogos 2019
-----
Kenapa ilah tertarik dengan post ini adalah seperti kata-kata semangat yang sudah lama ilah nantikan seseorang perkatakan ini. Yes. Inilah yang ilah fikirkan selama ini namun tidak berani untuk luahkan.

Kalau ikutkan hati, ada juga bisikan supaya berhenti berkongsi di media sosial tentang keibubapaan dan early childhood education ni. Pernah juga dapat perlian dari kawan-kawan seolah-olah menuduh kita ni acah-acah bagus.

Pada masa yang sama, ramai juga kawan-kawan yang supportive dan memberi dorongan supaya teruskan perkongsian yang menarik. Mungkin ramai yang tidak tahu, antara salah satu sebab ilah memilih untuk melanjutkan pelajaran Master Early Childhood Education bukan minat semata-mata tetapi juga dari dorongan kawan-kawan yang menghargai apa yang ilah kongsikan.

Yes, ilah percaya kepada PROSES kerana kita semua sedang melalui proses sebagai ibu bapa. Kita semua sedang belajar dan dalam proses inilah ilah berkongsi. Berkongsi bukan untuk dapatkan kredit atau apa-apa. Mana yang ilah rasa bermanfaat untuk ilah diharapkan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Ilah berkongsi sebab berharap alangkah bagusnya kalau ada orang kongsikan hal yang sama kepada ilah. Kita boleh memberi, tetapi tidak boleh paksa orang untuk menerima sebab PROSES dan HASIL yang diinginkan setiap orang adalah tidak sama.

Bila baca sharing daripada Ustaz Hasrizal ini, terus rasa bersemangat dan tidak sesekali lagi terdetik untuk berputus asa untuk berkongsi selagi mana perkongsian kita itu adalah berasas, jujur dan tidak melanggar syariat.

Kalian ada pilihan untuk pilih apa yang kalian mahu baca.
Namun, kalian tidak boleh membuatkan seseorang berhenti menulis kerana kalian tidak suka baca apa yang ditulisnya.

Sharing is caring! Jangan berhenti untuk menulis dan berkongsi perkara yang bermanfaat ye. 😊😉

MENULISLAH JIKA MAHU SIHAT

Assalamuaikum,

Pernah dengar tak ayat "Biarkan wanita membebel kerana itu adalah terapi jiwa seorang wanita!".

Betul la kan? Memang tidak dinafikan juga bahawa wanita lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Bagi seorang suami, isteri membebel itu adalah biasa. Bagi seorang anak, melihat si ibu membebel itu adalah biasa. Kerana itu salah satu cara bagaimana wanita meluahkan perasaan dan menenangkan hati mereka.

Teringat pula zaman Saidina Umar Al-Khattab dimana seorang suami tidak tahan mendengar leteran isterinya ingin berjumpa dengan Saidina Umar dan mengadukan hal tersebut serta untuk meminta nasihat dari beliau. Setibanya si suami di rumah Saidina Umar, dia mendengar suara isteri Saidina Umar sedang membebel kepada beliau. Bila mendapati isteri beliau mempunyai tabiat yang sama, si suami membatalkan niatnya untuk bertemu dan hampir berpaling pulang. Tapi Saidina Umar memanggilnya dan bertanya apa tujuan si suami datang.

Si suami pun menjawab, "Tujuan aku datang adalah untuk mengadu hal isteriku yang kuat membebel, tetapi mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama. Lalu aku membatalkan niatku untuk bertemu."

Saidina Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan karenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian, menyabung nyawa melahirkan zuriatku, membesarkan anak-anakku dan tempat aku mendapatkan hajatku? Bersabarlah, kerana keadaan itu tidak lama dan pasti akan pulih sendiri."

Dari kisah ini, bercakap atau membebel adalah fitrah bagi seorang wanita. Lagi-lagi apabila makin bertambah umur, maka makin bertambahlah tanggungjawab dan bebanan emosi yang perlu difikirkan banyak perkara dalam satu masa. 😊

Dalam situasi ini pula, seperti ilah yang seorang suri rumah, jarang sekali berjumpa dengan suami namun ada masa kami sering berhubung melalui mesej whatsapp dan video call. Kawan-kawan pula jarang-jarang berhubung kerana faham setiap orang ada tanggungjawab dan komitmen lain. Tapi percayalah tidak sama rasanya apabila BERCAKAP. 

Lepas tu terjumpa pula sharing tentang "JIKA MAHU SIHAT, MENULISLAH."

Ilah rasa sesuai sangat untuk ilah dan kawan-kawan yang kurang bersosial, namun masih mahu bercakap, berkongsi dan membebel. Menulis juga boleh jadi satu terapi sama seperti membebel kan?

Teringat suatu ketika dulu saat menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ilah tak ramai kawan rapat apatah lagi waktu itu kakak yang satu-satunya teman rapat bersekolah asrama. Ilah menulis diari secara konsisten setiap hari sampailah tingkatan 3. Apabila masuk ke sekolah asrama, ilah dah stop menulis diari kerana takut dan bimbang keadaan yang tidak selamat untuk simpan diari peribadi. Hehe.

Jomm baca sharing ni. Semoga bermanfaat!

Doktor berkata, "Insya-Allah. Jika mahu sihat, menulis."
Ada beberapa kajian berkata, menulis, maka anda berbahagia.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Sekumpulan pelajar Africa-Amerika dikumpulkan untuk diiuji sebelum dan selepas mereka menulis.
Para pelajar ini memiliki estim diri rendah kerana meragui tahap kepandaian diri berbanding yang lain. Selepas itu, para pelajar diminta agar menulis atau merakam video apakah bayangan mereka mahu lalui sepanjang tempoh menjadi pelajar kolej.

Didapati apa yang mereka bayangkan dalam penulisan dan video mempengaruhi peningkatan gred mereka di kolej. Realiti baharu yang mereka bayangkan dalam teks menjadi realiti sebenar dalam kehidupan.

Tara Parker Pope dari The New York Times mengumpulkan laporan hasil kajian saintifik kesan penulisan ke atas individu. Dia mendapati, menulis membantu mengurangkan depresi. Dalam jurnal onkologi, Randomized Controlled Trial of Expressive Writing for Patients With Renal Cell Carcinoma, dilaporkan penulisan ekspresif berjaya mengurangkan simptom-simpton kanser hati.

Ada juga laporan menyebut, kedatangan pesakit ke hospital didapati menurun kesan daripada proses penyembuhan akal dan tubuh pesakit yang menulis!

Penulisan membantu kita mencipta realiti baharu ke atas diri dan orang lain.
Menulis mempengaruhi tubuh kita secara langsung.
Buku yang ditulis menjadi penyembuhan psikologi dan fisiologi dalam diam-diam.
Jika mahu mencipta realiti baharu, tulislah buku.

kredit: Zamri Mohamad (FB)

MENULISLAH JIKA MAHU SIHAT

Harap lepas ini ilah makin rajin dan konsisten untuk menulis supaya lebih sihat. 😜


LAMA TAK NAMPAK?

Assalamualaikum,

Sejujurnya memang rasa lama betul  tak aktif media sosial sampaikan ada kawan bertanya ilah ok ke? 😁

Alhamdulilah ok sahaja. Cuma 2-3 bulan ni sibuk fokus pada study dan beberapa hal lain. Kekadang sibuk juga pergi training itu dan ini untuk tambah ilmu. Tak sempat nak kongsi di media sosial. Agaknya betullah orang kata, makin umur bertambah makin kurang rasa hendak bersosial. Adakah ini tanda diri ini sudah matang? Haha.

Pejam celik dah habis 2 semester #MasterJourney_FA. Cepat je masa berlalu dalam sedar dan tidak sedar. Dalam kepala dah kena plan next step lepas habis study hujung tahun depan (2020). InsyaAllah, kalian tolong doakan ye.

Kalau ikutkan 2 hari lepas ilah ada final exam (21-22 Ogos 2019) untuk subjek Academic Writing dan Issues & Trends In Early Chidlhood Education. Habis exam, terus reward diri makan KFC. Alang-alang memang niat nak belikan untuk Zayd sebab nak celebrate ummi habis exam. Haha. Nak tunggu abah Zayd, minggu depan baru boleh celebrate.


Sejujurnya, pilihan untuk kurangkan masa di media sosial adalah yang terbaik untuk fokus kepada priority sekarang.

1. Dah tiba masanya nak kembali ambil kisah pasal kesihatan dan rajinkan diri jumpa dr after 3years. 😜

2. Nak fokus study. Bukan study untuk segulung sijil semata-mata, tapi untuk belajar, memahami dan apply pada masa yang sama. InsyaAllah nak habiskan study seperti plan.

3. Anak. Bila jauh dengan husband ni, of course masa dan tenaga banyak pada anak. Ada masa penat tapi seronok especially dalam fasa perkembangan anak sekarang.  Rugi ada ilmu kalau tak beramal.

Terima kasih buat sahabat-sahabat kenalan dari zaman sekolah dan kenalan dari media sosial yang support dan prihatin. Ada sahabat yang kenal dari IG, tapi boleh jadi kawan baik di luar pula.

InsyaAllah. Doakan urusan kita semua dipermudahkan ye. 😊

Sebenarnya banyak benda nak menulis namun pada masa yang sama nak kurangkan masa di facebook dan IG. Teringat pesan yang pernah dibaca dari somewhere (lupa dah samada di FB atau buku), sebenarnya apa yang kita baca mempengaruhi dan boleh membentuk diri kita, cara kita berfikir, tingkahlaku dan cara kita respon terhadap sesuatu.

Sekarang, ilah sangat berhati-hati jaga apa yang ilah baca. Bila umur makin meningkat, rasa makin suntuk untuk menuntut ilmu dan lalu terfikir apa kah manfaat yang boleh aku berikan pada orang lain? Adakala kita rasa tak cukup masa, tapi pada masa yang sama banyak juga kita habiskan masa untuk perkara sia-sia kan?

Mungkin lepas ni akan aktif di blog je dan sekarang pun dalam fasa untuk detox media sosial. Apa itu detox media sosial? Nanti ilah share okeh? 😉

Satu je nak cakap, KFC Tesco Selayang memang tak kedekut cheese. Haha

TIP MENGEPAM SUSU UNTUK IBU BEKERJA

Assalamualaikum,

Sambil tunggu giliran di klinik kesihatan, sempat berborak dengan seorang nurse. Baru lepas bersalin anak ke-3. Dah 3 bulan usia anak dia.

Macam-macam topik kami bualkan macam dah lama kenal. sampailah masuk bab breastfeeding.

Dia pun cerita, anak 1-2 memang tak bersungguh pun nak susukan anak ni lepas habis pantang. Bila masuk anak ke-3 ni baru bersungguh-sungguh. Dia pun meluahkan perasaan bila kerja di hospital ni, susah nak kejar jadual pam sebab kerja tak menentu.

Ilah pun share kisah dan tip macam mana seorang doktor berjaya susukan anak sehingga 2 tahun. Amazing kan?

Tip dia,  forget following a breastfeeding schedule tetapi ikut demand!

Mudah sahaja, bayangkan baby ada dengan kita. Setiap waktu lapang walaupun baru satu jam lepas pam, walaupun ada masa lapang hanya 15 minit sahaja, pam dan keluarkan sahaja susu tanpa kira hasilnya banyak atau sikit.

Selagi mana ada demand dan susu dikeluarkan, selagi itu susu akan terus terhasil dan supply ada. 😊

Tak peliklah doktor yang sibuk pun boleh maintain supply selama 2 tahun.

Kita ni duk kejar schedule. Sedangkan anak menyusu tak ikut schedule pun. Breast kita ni tak boleh bezakan susu dikeluarkan secara ekpress ataupun melalui hisapan baby. Apa yang breast buat, susu dikeluarkan akan hasilkan yang baru.

Semoga tip ni membantu ibu menyusu yang bekerja. 😉

DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Assalamualaikum.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman yang manis di pagi Jumaat. Pagi tadi ilah singgah Pasar Selayang. Lepas tu breakfast dekat food court makan kue teow goreng.

Sedang makan, tiba-tiba ada seorang makcik bersama anak perempuannya duduk sekali. Memang kebetulan meja kosong waktu itu.

Kami pun sembang. Segan pula makan tak bertegur kan. Makcik tu duduk Rawang, tapi setiap hari Jumaat suka breakfast di sini.

Agak lama kami berbual sampai habis kue teow goreng sepinggan dan teh o ais segelas. Dihujung perbualan kami, makcik tu pesan. Jangan lupa amalkan doa " Allahumma yassir wala tu'assir."

Apa pun kita buat, biar Allah yang tunjukkan jalan. Kalau rasa hati berbolak balik, ikut sahaja jalan yang Allah dah bagi. Redah je dan tawakal.

Allah.. Memang dah lama tak amalkan doa ni. Ada sebab Allah pertemukan makcik itu hari ni. Nasihat dan pesan makcik tu bagai menusuk jauh ke dalam hati. Sentap pun ada.

Bila difikirkan balik, saat kita diuji dengan kesusahan, rasa resah.. Kita mengeluh tanpa sedar. Kita rasa kita tak berdaya dan tak mampu. Berat sungguh saat ditimpakan ujian. Namun kita lupa untuk kembali kepada si Pemberi Ujian itu. 

Terima kasih untuk peringatan. Sesungguhnya Allah jua la tempat kita bergantung disaat kita diuji dan dalam kesusahan.

Beautiful reminder ♥️


Terima kasih Ya Allah.