PENGALAMAN SEBAGAI GURU BERKEPERLUAN KHAS

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. Akhirnya cukup 2 bulan menimba pengalaman sebagai special needs teacher menggantikan salah seorang guru yang cuti bersalin bermula Oktober hingga Disember 2019 di sebuat pusat terapi atau intervensi di Selayang. Dekat je dengan rumah. Hehe. 😄

Walaupun 2 bulan bukan tempoh masa yang lama, sejujurnya terlalu banyak perkara baru yang dipelajari. LAgi-lagi ini pengalaman pertama kan?

Pengetahuan teori dan pengalaman praktikal pastinya adalah dua perkara yang berbeza. Bila ada kedua-duanya iaitu pengetahuan dan pengalaman, proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna.


Antara pengalaman yang bermakna saya dapat sepanjang 2 bulan ini:

1. Banyak belajar tentang perkembangan kanak-kanak dari sudut paed occupational therapy ataupun terapi carakerja kanak-kanak.

2. Perkaitan child development dalam early childhood education. Bila kita sebut tentang early childhood education atau pendidikan awal kanak-kanak, pastinya kita terbayangkan pendidikan anak-anak di taska ataupun tadika. Rupanya tidak, pendidikan awal kanak-kanak merangkumi menyeluruh 6 tahun pertama kehidupan mereka.

3. Inclusive education untuk kanak-kanak keperluan khas dalam pendidikan normal.  Mengikut The National Association for the Education of Young Children (NAEYC), pendidikan adalah untuk semua termasuklah kanak-kanak bekeperluan khas. Cuma, di Malaysia susah nak jumpa persekitaran  pendidikan inklusif dimana kanak-kanak keperluan khas dapat mengikuti pendidikan normal. Yang ini pun ada subjek khas yang telahpun dipelajari semasa semester pertama. Alhamdulilah, makin jelas  dan faham bila dapat pengalaman ini.

4. Selain itu, saya juga dapat mendekati secara langsung kanak-kanak keperluan khas dan lihat sendiri bagaimana intervensi awal atau EIP (early intervention program) dapat membantu mereka pada masa akan datang. Dalam pusat terapi tersebut, ada pelbagai kanak-kanak keperluan khas seperti autism dan juga speech delay.

5. Leadership, operation & management. Yang ini sangat penting. Nak bukak center, bukan kena ada modal wang ringgit semata-mata, tetapi juga kemahiran untuk menguruskan pusat pembelajaran tersebut.

Selain ini, saya berkesempatan juga lengkapkan case study untuk salah satu assignment iaitu terapi bermain pasir dalam menangani masalah sosial kanak-kanak. Orang cakap, tak salah menyelam sambil minum air kan? 😁

Kalau nak list, banyak sangat belajar sepanjang tahun 2019 ni. 2 pengalaman berbeza di playschool  iaitu di Kinderkaizen dan juga EIP center. More to come insyaAllah. Cari sebanyak mungkin pengalaman kerana dalam dunia kanak-kanak ada pelbagai.😊

Terima kasih Beyond Home Therapy Selayang. Terima kasih teacher Syima, Shasha dan OT Hana. Sayangnya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan OT Puan Maryam Jamadi sebab beliau sibuk dengan road tour seluruh Malaysia. 

Terima kasih juga pada suami sebab support cita-cita isteri tercinta. 😄

Next- fokus untuk studyweek pulak. Next weekend dah final exam oii. Haha

InsyaAllah cabaran baru akan menyusul untuk tahun 2020. Semoga Allah permudahkan. 😊




From Engineer to EC Educator :)