SELAMAT HARI RAYA 2019

Assalamualaikum.

Hari ni baru berkesempatan nak update gambar raya 2019. Alhamdulilah, tahun ini adalah tahun ke-5 kami beraya sebagai suami isteri dan tahun ke-3 bertiga. Yeay!

Sepanjang 5 tahun berkahwin, setakat ini kami masih lagi patuh ikut giliran beraya. Haaa nampak tak masing-masing taknak mengalah lagi.

Tahun 2015: Sebelah suami
Tahun 2016: Sebelah isteri
Tahun 2017: Sebelah suami
Tahun 2018: Sebelah isteri
Tahun 2019: Sebelah suami

Apa-apa pun, tujuan kita sambut hari raya adalah untuk meraikan kegembiraan, kesyukuran dan kemenangan bersama keluarga tercinta. Sejujurnya, ilah lebih suka sambutan hari raya di Terengganu sebab lebih meriah dan ramai saudara mara pada hari raya pertama.

Cuma tahun ni, paling best sambut raya sebelah suami sebab hari raya pertama tu semua ahli keluarga sebelah ayah mertua berkumpul di rumah mertua. Kami seronoklah ramai orang datang walaupun biasanya jadi tuan rumah ni memang akan penat sikit. Penat, tapi seronok.

Sebab terlalu banyak gambar raya, so ilah share beberapa keping je la untuk kenangan di sini😉

Macam-macam ragam pagi raya, Kalau dulu nak siapkan diri sendiri je, skang kena siapkan anak pula

Gambar kenangan di satu sudut rumah mertua

Ni pose wajib setiap tahun. Doakan tahun depan gambar berempat pula ye😄

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Assalamualaikum,

Cuti sekolah pun tak, balik kampung lagi lah tak. Tetapi boleh pulak teringin nak makan ayam masak merah kenduri bulan puasa ni. Ada rahsia yang buatkan lauk ni memang sedap dan lain dari biasa. Cara masak pun mudah. Jom tengok resepi dekat bawah.

Bahan-bahan:
1/2-1 ekor ayam. ilah guna 1/2 ayam
Serbuk kunyit untuk goreng ayam
2 sudu besar cili kering yang di blend
*3 biji bawang besar atau lebih
*5 biji bawang putih atau lebih
*1-2 inci halia
*1 inci belacan
4-8 batang serai diketuk
Kicap secukup rasa
2 sudu besar gula atau secukup rasa (sy guna gula melaka)
2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak. Tak perlu garing nanti isi keras.
2. Blend bahan bertanda (*).
3. Gunakan minyak goreng ayam itu dan goreng serai sampai berwarna coklat atau naik bau.
4. Masukkan cili blend dan bahan (*) yang diblend. Masak sampai garing dan terbit minyak.
5. Masukkan gula, garam dan kicap secukup rasa.
6. Masukkan ayam. Kemudian gaul sehingga sebati dan ayam masak.

Fuhh.. Memang sedap kalau makan dengan nasi putih panas atau nasi minyak. Bau pun memang buat tak tahan dah nak makan..Haha

Boleh tengok gambar step by step. Tak rugi cuba. 😋

#resepi_FA
RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Nilah rupa ayam yang telah digoreng. Tak perlu garing sangat ye

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Tumis serai sampai naik bau. Yummm

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bawang dan lada yang di blend

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Tumis semuanya sampai pecah minyak

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Letak sedikit kicap

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Letakkan ayam

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Tadaaaa dah siap!

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Selamat Mencuba!