KALAU ANAK DIAM, JANGAN TERJAH MENGEJUT

Assalamualaikum,

Pernah tak ibu-ibu perasan anak tiba-tiba diam. Pelik juga kan tadi elok je main sendiri dan kita pun tinggalkan sekejap buat kerja.

Kalau anak tiba-tiba diam, jangan terjah mengejut. Kita pun kena diam-diam intai apa yang anak tengah buat. Takut-takut kalau terjah mengejut, anak tiba-tiba lost idea apa yang dia tengah buat. Kadang-kadang anak mungkin sedang berkreatif dan memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang difikirkan.

Ummi suka jadi pemerhati bila Zayd boleh main sendiri.

Adakala, cuba letak diri kita dalam dunia mereka ketika anak bermain.

"Oooo..mesti anak tengah fikir macam mana nak buat itu ini. Mesti anak duk bayangkan itu ini".

Ehh, kita pulak yang penat jadi tukang fikir dan teka. Kadang-kadang apa yang anak sedang lakukan itu diluar jangkaan kita. 😂😂

Percayalah, dunia kanak-kanak ini sangat indah. Cuba masuk dan selami dunia mereka, kita akan nampak yang baik-baik dan indah belaka.

Hebat Allah jadikan manusia ni. Nak tengok ahli syurga di dunia, tengok kanak-kanak.

Fitrah mereka suka kan kebaikan dan kasih sayang. Allah dah jamin, kanak-kanak yang meninggal, tempatnya syurga. ❤️


Zayd sedang explore mimik muka depan cermin



6 TIP MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Assalamualaikum,

Ummi nak share beberapa tip yang mungkin bermanfaat untuk para ibu terutama ibu yang menyusu anak pertama. Biasalah, kita banyak belajar pengalaman yang bermakna dari anak pertama.

Jadi tips kali ini ummi nak share cara untuk menyusu anak terutama di tempat awam. Mula-mula dulu, ummi sebenarnya segan jugak nak menyusukan anak di tempat awam sebab MALU.

Padahal jika difikirkan balik, tiada apa yang perlu di malukan. Sampai satu tahap, ummi sanggup berhenti duduk bersila di kaki lima semata-mata nak menyusukan Zayd. Orang lalu lalang, buat tak kisah je sambil senyum dan selfie. Lepas tu update status FB. Haha.

Jom tengok 6 tip penting menyusu di tempat awam.

Pertama, betulkan niat kita. 
Menyusu sebab nak tunaikan HAK anak yang kelaparan. Tak sanggup rasanya nak biarkan anak menangis kelaparan. Lagipun, anak nak menyusu ni tiada 'timing' yang tetap.

Kedua, cari bilik khas untuk menyusu, surau atau tempat yang terselindung untuk susukan anak.
Biasanya di shopping mall banyak kemudahan ini disediakan. Namun, kalau tempat awam seperti restoran mungkin akan terbatas. Namun, itu tidak menjadi masalah untuk susukan anak.

Ketiga, jaga aurat ketika menyusu.
Guna nursing cover untuk pastikan aurat terjaga ketika menyusu. Risau takut-takut terselak kan lagi-lagi masa anak aktif. Ibu-ibu boleh juga gunakan pashmina atau tudung yang labuh untuk cover. Nak malu sebab apa? Bukan kita buat perkara tak senonoh.

Keempat, pakai baju menyusu yang selesa.
Pastikan ibu menyusu memakai baju yang  'BreastFeeding friendly' seperti ada zip di bahagian depan atau boleh selak khas untuk menyusu. Ibu akan lebih selesa untuk menyusukan anak.

Kelima, belatih cara menyusu di tempat awam di rumah.
Ibu menyusu digalakkan belatih menggunakan nursing cover, pakai baju menyusu di rumah untuk mengelakkan anak rasa tidak selesa apabila menyusu di tempat awam. Jika anak tidak biasa menyusu dalam nursing cover, boleh jadi anak akan meragam ketika menyusu kerana tidak selesa.

Keenam, minta bantuan suami.
Suami juga perlu memainkan peranan supaya ibu selesa ketika menyusukan anak. Suami boleh cover atau lindungi isteri untuk pastikan aurat isteri terjaga dan selesa,

Menyusu di tempat awam adalah hak untuk semua wanita dan ibu. Jadi, jangan sesekali rasa menyusu di tempat awam ini adalah satu kesalahan atau gangguan kepada orang lain. Ini secara tidak langsung kita boleh tunjukkan contoh menyusu anak sebenarnya tidak membebankan para ibu dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja!

Walaupun mungkin ada orang akan pandang pelik, teruskan sahaja! Ini kerana tahap kesedaran breastfeeding di Malaysia masih kurang. 

Keep calm,
Breastfeed your baby!
Anytime, anywhere.😊

Masa ini ummi duduk di kaki lima sambil susukan Zayd. Sempat lagi selfie kan?