PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 DOSE PERTAMA

 Alhamdulilah! completed my first dose.

Apa perasaannya?

Lega dan syukur. Rasa nak menitik air mata pun ada. Rasa lega dapat tunaikan tanggungjawab pada negara tercinta.

Saat kita rasa hopeless dan tak berdaya, 
Tersepit dengan  rasa ragu-ragu atau takut..
ketahuilah, ini adalah jalan terbaik yang kita boleh lakukan iaitu vaksinasi. Masih tenangkah tengok sahaja angka positif dan kematian meningkat tanpa buat apa-apa?
Ini perjuangan kita bersama.

Kalau faham maksud herd immunity, anda takkan sewenang-wenangnya  memperlekeh usaha kerajaan ini dan ahlinya.  Nak capai herd immunity, kita mesti sama-sama turun padang untuk capai  kelompok 80% herd immunity itu.

Berjaya atau tidak?

Kita tak tahu. Atleast kita mencuba dan berusaha sehabis daya upaya kita. Kemudian kita bertawakal.
Saya pernah rasa kesan akibat covid. Alhamdulilah sembuh tanpa komplikasi yang teruk. Selagi anda boleh kurangkan risiko, ambil lah vaksin. Fahami tujuan dan fungsi vaksin itu sendiri dan herd immunity.

Pengalaman saya ketika proses pemberian vaksin dan selepas setakat ini baik-baik sahaja. Saya dapat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di PWTC dan vaksin jenis Astrazeneca atau dikenali sebagai AZ. Ikutkan, saya tidak kisah pun dapat mana-mana jenis vaksin asalkan dapat vaksin covid19.

Kesan post-vaccine pula hanya sakit dan lenguh pada bahu sahaja. Saya tidak mempunyai gejalan atau simptom seperti demam dan sebagainya. Alhamdulilah. Agaknya badan pun dah imun dengan virus sebenar. 😁

Next dose kedua pula adalah selepas 9-12 minggu dari tarikh dose pertama.



Apa pun saya bersyukur kerana hampir kesemua ahli keluarga saya sudah lengkap kedua-dua dos vaksin. Insyallah, ada harapan untuk negara kita kembali pulih dan harap-harapnya tahun depan dapat rentas negeri balik kampung.  Ameen.😊

Alhamdulilah. Suami dah complete dua dose vaksin

Alhamdulilah. Mak dan ayah saya dah complete dua dose vaksin

Alhamdulilah. Mak dan ayah mertua dah complete dua dose vaksin


Kalau anda pernah rasa effect bila terkena covid19 ni, anda tak sanggup dan taknak bagi parents, anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan terkena dan lalui apa yang kami lalui.

Jadi saya tetap akan tulis tulis tulis walaupun benda yang sama banyak kali.

Jangan tolak vaksin.

Jangan percaya dakyah-dakyah tuduh ini konspirasi ke apa. Sebab apabila anda terkena, mereka yang duk menyebar dan menghasut takkan buat apa-apa pun. At the end anda yang hadap sendiri dan keluarga atau orang terdekat boleh terima kesannya juga.

Sebagai anak, bantu ibu bapa kita. Kalau mereka taknak, pujuk dengan baik-baik dan sampaikan info yang tepat.

Nak saya tolong pujukkan pun boleh. Saya akan cakap baik-baik yang saya sayang makcik pakcik semua. Kalau sembuh dan sihat pun, badan makcik pakcik semua tak sama macam dulu.

Nanti kalau masjid dah bukak, lagi sedih tak dapat nak ke masjid sebab semput, lelah atau sakit lain kesan dari long covid. Dah terkena, menyesal pun tak guna makcik pakcik. Kita tawakal je. Bukan tawakal tak buat apa-apa. Vaksin tak jamin takkan terkena. Tapi kalau terkena lepas vaksin, effect mungkin tak teruk sangat ye makcik pakcik. 🥰

haaa. nampaknya saya dah prepare skrip siap-siap untuk memujuk orang degil taknak vaksin ni. haha 😁

Klik sini untuk baca Tip Sebelum dan Selepas Vaksin

Take care everyone!

PERLU KE PESAKIT POSITIF COVID-19 TUNGGU 3 BULAN UNTUK VAKSIN?

Alhamdulilah. Pagi-pagi dah dapat mesej untuk temujanji dos pertama vaksin.
Tak perlu tunggu 3 bulan ye untuk pesakit covid yang dah sembuh. Boleh terus proceed temujanji anda kecuali anda terima rawatan convalescent plasma atau monoclonal antibodies.

Ayuh! kita tunaikan tanggungjawab kita untuk bina HERD IMMUNITY! keadaan makin kritikal sekarang.

Ada orang sengaja tolak vaksin. Sengaja tidak berdaftar. Sengaja lengah-lengahkan sebab tak nampak kepentingannya sekarang. Sengaja tak daftarkan mak ayah di kampung sebab alasan mereka tak keluar rumah. Tapi lupa, anak-anak keluar masuk melawat mereka. 

Anda selfish sebab SENGAJA tolak vaksin tanpa sebab-sebab yang melayakkan anda berada dalam kumpulan 20% yang tak boleh ambil vaksin tu. Bila cakap anti-vaksin, sentap. Bukan katanya. Habis tu apa? gunalah perkataan cantik dan sopan sekali pun, tetap sama juga.

Lepas tu banyak cakap, banyak komplen, banyak memperlekehkan usaha pelbagai pihak untuk membendung. Tapi hakikatnya anda TAK BUAT APA-APA PUN untuk membantu. Anda je yang betul. 
Geram orang yang berpelajaran tapi ada fikiran macam tu waktu begini. Tak rasa atau kena covid ni, bolehlah memperlekeh. Lepas tu nak tumpang  sekali herd immunity ini. (Kalau mereka faham apa itu herd immunity).

Saya doakan semoga hati kalian terbuka untuk sama-sama berjuang. Berusaha dan berikhtiar untuk ambil vaksin. Ambil vaksin tak jamin kebal, tapi kesannya sangat mild dan minimum. Lepas tu teruslah amalkan apa-apa pegangan atau makanan abcdef yang kalian percaya dapat elakkan terkena covid ini. Tetapi ambil lah vaksin untuk HERD IMMUNITY (harap fahamlah maksud herd immunity ini apa).
Jarang saya meluah perasaan ini.


Alhamdulilah. Rasa nak melompat bila dapat mesej ni.

Kredit: Fb Dr Hanisah

Kredit: FB Dr Hanisah

Take care everyone! Jika anda masih belum dapat temujanji untuk vaksin, harap sabar menunggu. Dengar kata, bermula Ogos nanti dah boleh walk-in.

BILA MOOD KELAUT

 Hari ni emosi tak berapa ok.

Rasa terganggu sikit.

Mungkin disebabkan banyak  baca berita negatif di medsoc. Macam-macam isu kebelakangan ini. Kisah adik bella, angka makin melonjak, sharing frontliners yang kepenatan, komplen dan marah rakyat itu ini.

Sejujurnya hati saya ni lembutlah jugak. Mudah terkesan dengan apa-apa cerita. Kalau orang share kisah gembira, saya boleh tersenyum sendiri baca seolah rasa yang sama. Cuba bayangkan kalau hal yang sedih pula? Tapi saya suka rasional tidak terbawa-bawa. Tapi ada kala, terbabas juga.
At the end saya yang penat. Boleh rasa sesak dan lemas dengan macam-macam yang berlaku kat dunia ini. Rasa nak duduk dalam dunia sendiri je.

Sebab tu saya memilih. Memilih apa yang nak baca atau nak tengok. Sibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan manfaat untuk diri. Kurangkan masa di medsoc. Kita tahu limit kita dan kita kenal cara kita respon.

Silap jugak banyak masa luang duk scroll dan baca. Itu bahaya. Tanpa sedar benda negatif tu akan terpalit pada kita. Ikutkan, dah lama saya berjaga-jaga dgn medsoc ni. Fb tu boleh dikatakan berhabuk dah. Selesa di ig je. Jangan pelik kenapa saya suka share aktiviti saya, anak-anak dan pokok-pokok. Dengan itu, saya rasa enjoy dan gembira dengan dunia saya.

Suami ni bijak. Dia boleh baca gerak geri kita. Dia tahu saya tak ok. Saya banyak diam je sejak pagi tadi. Saya tak sentuh meja kerja saya. Kalau saya tak ok, mulut saya akan berat. Sebab dalam kepala saya sibuk supaya kembali fokus. Saya akan banyak diam. Hah, faham lah suami saya. So dia offer untuk belikan lunch. Tak payah masak hari ini katanya. Ya, memang saya malas nak buat apa-apa hari ini. Dah faham sangat dengan saya. Kalau saya malas dan tak buat apa-apa rutin biasa, itu pelik dan pasti ada yang tak kena. haha

Macam biasa, makanan/minuman manis tak pernah gagal bahagiakan manusia. Balik dari kedai,  suami cakap ada tealive untuk saya.

Tersenyum. Terima kasih kerana memahami.

Kadang-kadang tak semua perlu luah dengan kata-kata.
Jangan layan lama-lama perasaan tak ok tu. InsyaAllah petang ni dah ok sikit lepas boleh ubat kencing manis ni. haha. Boba pun boba la. Haha

Please take care everyone! ❤️

Ada hari kita ok. Ada hari kita tak ok.

It's okay. Jangan nafikan apa yang kita rasa.

Cari jalan atau teman untuk berkongsi cerita.

Atleast kita rasa lega dan tak terbawa-bawa dengan emosi kita.

Jangan abaikan kesihatan fizikal dan mental.




BILA ANAK MASUK FASA MEMANJAT, MAKAN DI BAWAH JER

Bila Zharif masuk fasa memanjat, memang pantang nampak kerusi mesti nak panjat. Meja makan tu pula kadang-kadang ada pinggan mangkuk kaca dan makanan. Memang risau sangatlah. Beberapa pinggan dan gelas kaca dah jadi mangsa. Haihh. Hahaha.


So ummi dan abah decide simpan kerusi meja makan. Unless kalau ada tetamu  atau anak-anak dah tidur dan rasa nak mengopi berdua baru keluarkan kerusi tu untuk duduk.


Agak lama jugak kami praktiskan makan di bawah. Beli alas atau seperah mengkuang dekat shoppee untuk buat alas. Dah macam feel duduk kampung je. 😊


Apa yang saya boleh simpulkan kelebihan makan duduk bersila dekat bawah ni best. Senang nak control anak kecil makan. Makanan tumpah pun senang nak sapu dan mop terus atas lantai. Rasa dekat dengan anak-anak masa makan.


Masa makan boleh berborak-borak macam halaqah je. Dah boleh cari talam dan cuba pulak makan dalam talam lepas ni. haha


Just for sharing. Maybe ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar perkataan "Seperah."  Perkataan seperah dari kamus dewan bermaksud kain atau alas lapik yang digunakan untuk makan. Kalau dulu-dulu pergi kenduri, tuan rumah akan letak alas seakan macam kain batik bercorak untuk tetamu. Lepas tu hidang nasi dan lauk pauk. hehe.



#AbdullahZayd #4y10m

#AbdullahZharif #1y4m