AKTIVITI MENYEPIT

Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi aktiviti pada hujung minggu yang lepas iaitu aktiviti menyepit dengan menggunakan penyepit.

Aktiviti ni bertujuan nak kuatkan motor skill anak dengan menggunakan jari. Ini juga sebagai latihan awal sebelum anak pandai menulis nanti.

Secara tidak langsung boleh melatih daya fokus dan kemahiran koordinasi mata anak ketika menyepit.

Sebab Zayd ni suka main air, jadi ummi letakkan lego dalam bekas yang berisi air. Tugasan diberi adalah kutip lego yang terapung menggunakan penyepit.

Ibu-ibu boleh pelbagaikan seperti bermain role play menjual buah ke atau apa-apa sahaja janji anak seronok. Contohnya anak ambil atau pegang buah kena menggunakan penyepit.

Bila anak seronok, memang mereka akan fokus. 

Penyepit tu asalnya pencuci tingkap, beli dekar Mr DIY je. Kedai eco rm2.10 pun ada jual. Lepas tu buang span dia. Selamat digunakan untuk kanak-kanak sebab plastik. Nak guna penyepit makanan pun boleh, tapi kena berhati-hati sebab besi. Hehe





Gantikan dengan getah pula
Macam ni penyepit yang Zayd guna tu. Tapi ini gambar google

#AbdullahZayd
#2y4m
#KidActivities_FA

KELEBIHAN BERMAIN BUIH UNTUK ANAK

Assalamualaikum,

Throwback aktiviti Zayd pada hujung minggu dengan bermain pistol buih sabun (bubble gun). Waktu ini ummi malas sangat nak keluar rumah. Jadi kesian juga Zayd asyik terperap je dalam rumah kan.

Disebabkan bersabun, ummi tak bagi Zayd main dalam rumah. Jadi main dekat koridor tepi rumah je. Bukan main seronok Zayd bila tengok buih banyak-banyak.

Ramai yang tak tahu, bermain buih ni sebenarnya bukan hanya untuk suka-suka, tapi sebenarnya ada kelebihan yang bagus untuk anak.

1. Menguatkan motor halus dengan memegang peniup buih dan tekan picu pistol buih yang memerlukan kekuatan otot jari dan tangan.

2. Menguatkan oral motor skill ketika anak meniup buih sabun dapat membantu menguatkan otot sekeliling mulut. Tapi kalau bermain bubble gun, tidak lah melibatkan oral motor skill.

3. Sensory processing skill ketika anak sentuh buih, anak akan dapat rasa tekstur buih yang licin dan melekit.

4. Visual tracking skill iaitu bila anak nampak banyak buih, mesti mereka akan excited untuk kejar menangkap buih tersebut. Ada buih bergerak perlahan dan laju ikut angin.

5. Kemahiran motor kasar ketika mereka mengejar buih, ada yang berlari, melompat atau pun duduk.








Sebenarnya bukan anak-anak je suka bermain buih, tapi mak-mak pun seronok juga main buih. Cuma malu nak mengaku kan? hehe 😄

Semoga bermanfaat!


BAGAIMANA AYAH, BEGITULAH ANAK


Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak berkongsi satu cerita yang ilah dapat dari salah satu buku yang ilah baca. Kisah ini betul-betul buatkan diri ini rasa malu sendiri. 

Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Dia mengadu kepada khalifah Saidinina Umar mengenainya anaknya yang derhaka.

Lalu khalifah memanggil anak yang dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya menderhaka kepada ibu bapa.

Ketika ditanya sebab dia menderhaka, anak itu mengatakan:
“Wahai Amirul Mukminin, tidakkan seorang anak mempunyai HAK yang harus ditunaikan oleh ibubapany?
“Ya.” JawabKhalifah.
“Apakah itu?” tanya anak itu lagi.
“Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan alquran kepadanya.
“Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada 3 perkara itu ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja’lan dan aku tidak pernah diajarkan membaca alquran”. Jawab anak itu lagi.

Umar al-Khattab lalu menoleh kepada ayah itu dan berkata;
“Engkau datang mengadu kederhakaan anakmu, namun ternyata engkau yang menderhaka kepadanya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah tidak berlaku baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau.”

Jadi  kesimpulan dari kisah ini, sebelum kita menunding kesalahan anak, renunglah kesalahan yang kita lakukan pada anak. Boleh jadi anak menjadi sedemikian asbab dosa kita pada mereka. 

Wallahualam.


ANAK TAK CONFIDENCE SALAH KITA?

Assalamualaikum,

Masa ilah pergi seminar pareting hari tu, Speaker tu ada cakap bab Self-Confidence.

Kenapa kebanyakkan orang Melayu takut nak duduk barisan kerusi paling depan?

Kalau bangsa lain, berebut-rebut dalam kelas nak duduk kerusi depan. Anak kita kalut takut tak dapat kerusi belakang. TAKUT kononnya.

Tengoklah balik diri kita..Datang seminar pun penuhkan kerusi belakang dulu. Barisan kerusi depan ni dibiarkan kosong.

Zassss.. macam kena tampar. Waktu tu ilah memang duduk dekat belakang.
Jangan pelik kalau anak kita macam tu.

Dari situ kita dah nampak kepimpinan kita macam mana. Kita sendiri tak confidence. Macam mana nak ajar anak confidence.

Siapa (ibu bapa) yang selalu rasa self esteem and confidence low, selalunya ada kaitan dengan history masa dia kecil atau cara dia membesar. Mungkin parent kita tak develop self-confidence kita betul-betul sehingga sebati dalam diri kita sampai tua.

Mungkin masa kecil kita pernah diejek, dibuli dan sebagainya menyebabkan kita rasa tak yakin dengan diri sendiri.

Let past be past. Jangan ulang lagi benda yang sama untuk anak kita.

Untuk ajar anak self-confidence dan berani adalah bermula dengan diri kita sendiri. Mereka akan belajar dengan mencontohi kita sebagai ibu bapa.

Salah satu azam 2019 ilah adalah untuk grow self confidence diri ilah sendiri.
Ubah ubah ubah! Anak adalah acuan kita.

Salah satu cara untuk grow self confidence adalah melakukan sesuatu berlawanan dengan not confidence. Ni contoh sahaja.
 Malu nak selfie
✔️ Practice selfie, senyum paling manis which is can describe yourself seorang yang ceria dan paling bahagia. Bagitahu dan cakap pada diri sendiri It's ok, I am the best, I can do it, I am beautiful, I am positive.



Have A Nice Day! Semoga kita menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Ameen.😊