AKTIVITI DI KAMPUNG

Assalamualaikum,

Let them get in touch with nature!

Setiap kali balik kampung, ummi lebih suka Zayd banyak bermain dengan alam walaupun selalu ada masalah kulit sensitif kena gigit nyamuk. 😂

Semalam aktiviti main air tepi jalan je. Yeah! nampak biasa-biasa je air hujan jernih yang bertakung, tapi tidak bagi anak kita!

Kanak-kanak akan lebih excited sebab apa yang mereka lihat dan rasa tak sama apa yang kita lihat dan rasa! Raikan keseronokkan anak dengan membiarkan anak bermain.

Pelajaran alam dapat merangsang kreativiti anak untuk explore apa yang ada di sekeliling mereka.

Mereka dapat sentuh, bau, rasa, melihat proses alam dan secara tidak langsung dapat merangsang kreativiti dan imaginasi mereka.

Tak percaya? Anak tak berhenti bercakap dengan excited sekali.

"Ummi, hujan (titisan air)"
"Ummi, ada ikan (padahal daun kecil yang bergerak)"
"Ummi, daun cabut"

Seronokkan? Dulu kita pun seronok main. Kenapa kita nak limitkan anak kita bermain dengan alam kan?😊








#AbdullahZayd
#2y4m
#KidActivities_FA