IKON PENYUSUAN SUSU IBU 2021


Alhamdulilah. Thank you for this opportunity. Sempena Bulan Penyusuan 2021.

Sebenarnya tak expect apa-apa pun. Dapat berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai ibu menyusu dan breastfeeding peer counselor dalam interview pun sudah bermakna bagi saya. Saya percaya, ada ramai lagi yang lebih hebat berjuang dalam membantu ibu-ibu lain menyusu.

Dipendekkan, saya hanyalah seorang ibu biasa. yang pertama kali mengandung dan bersalin pada tahun 2016. Tapi saya dapat pendedahan breastfeeding awal dari ibu-ibu di office saya. Dari situ saya mula buat persediaan dengan membaca.

Disangka mudah, tapi sebenarnya penuh onak duri dengan air mata. Tapi gagahkan diri juga demi anak tercinta. Alhamdulilah anak pertama berjaya susukan sehingga 2y9m. Terima kasih pada suami saya yang banyak juga bagi sokongan.

Macam-macam ujian dan cabaran saya hadapi. Nampak mudah, tapi tak. Sakitnya, peritnya Tuhan sahaja yang tahu dan saya pasti ibu-ibu lain juga pasti memahaminya. Setiap ibu dan anak akan lalui ujian yang berbeza. Dan semua ibu yang berjuang dan berusaha untuk susukan anak adalah hebat. Rezeki dan ujian etiap orang juga berbeza.

Saya pernah alami mastitis teruk, anak prolong jaundice hampir 2bulan lamanya, menyusu anak ketika positif c0v1d, anak confuse serta reject df dan sebagainya. Setiap ujian pasti ada hikmahnya bukan?

Sokongan dari sahabat dan ibu-ibu yang banyak respon membuatkan saya bersemangat untuk bantu ibu-ibu lain yang sama macam saya.

Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar guru-guru dan mentor dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. Saya akan pikul amanah itu untuk terus bantu dan bimbing ibu lain sampai bila-bila meskipun saya tidak lagi menyusukan anak saya.

Dengan ilmu,bimbingan dan sokongan, saya percaya setiap ibu boleh menjayakan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya dalam waktu pantang dan 6 bulan pertama.

Fadzielah Ayub
Pejuang susu ibu
Ibu kepada 2 anak kandung, 5 anak susuan

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

RESEPI BURNT CHEESE CAKE KHAIRUL AMING THERMOMIX TM6 YANG MUDAH


Walaupun dalam cookidoo dah ada resepi burnt cheese cake, tapi kali ini saya buat secara manual ikut resepi khairul aming. Memang mudah sangat okeh. 😊

BURNT CHEESE CAKE THERMOMIX 
resepi Khairul Aming

Bahan-bahan:
-250g cream cheese 
-200g whipping cream 
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-1 biji kuning telur
-2 sudu besar tepung gandum
-1sk esen vanila
-Secubit garam

Cara-cara:
1-Masukkan semua bahan dalam mixing bowl. Blend [20sec/sp.6]
2-Tuang dalam loyang.
3-Bakar guna api atas bawah, dengan suhu 180°c selama 40minit. Ikut oven masing-masing.  Kemudian 5 minit api atas sahaja.
4-Rasa dah hangus permukaan kek tu, boleh turn off oven. Biar sekejap. 
Sedap bila makan sejuk yang dikeluarkan dari peti. 😊



Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor