RESEPI PUREE KURMA

Assalamualaikum,

Hari ini ummi Zayd nak share resepi puree kurma yang sangat mudah dan cepat tetapi banyak manfaatnya untuk sekeluarga.

Bulan puasa ini, biasalah kan ibu-ibu akan rasa penat berbanding jika tidak berpuasa. Lagi-lagi ibu menyusu dan stay at home mom. Penat sebenarnya bila kena melayan anak dan buat kerja rumah tanpa henti. Jadi, ummi konsisten mengambil minuman tenaga ESP Shaklee setiap hari waktu sahur tanpa miss.

Salah satu resepi mudah ESP adalah campur dengan milo atau kurma. Maklumlah, nak tekan blender waktu sahur tu serba salah pula takut-takut anak terjaga dan mengganggu jiran. Jadi, ummi sediakan puree kurma. Caranya sama seperti buat puree untuk anak.

Cara-caranya:
1. 10 biji kurma dibuang biji
2. Steam kurma sampai kurma lembut (boleh rendam dgn air panas)
3. Blend kurma sampai hancur
4. Simpan dalam peti
5. Campurkan 1sudu besar dengan ESP atau susu segar

RESEPI PUREE KURMA
Buang biji kurma terlebih dahulu

RESEPI PUREE KURMA
Steam kurma sampai lembut

RESEPI PUREE KURMA
Blend kurma sampai hancur

RESEPI PUREE KURMA
Simpan dalam peti
Nota tambahan: Puree kurma boleh juga dicampur dalam masakan anak sebagai pengganti gula dan dijadikan 'jem' makan dengan roti.

Semoga bermanfaat.


Fadzielah Ayub

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR

Assalamualaikum,


Hari ini ummi nak share tentang Safety Gate untuk baby ini. Sebenarnya dah lama ummi berniat untuk pasang gate ini terutama dekat bahagian dapur.

Zayd makin hari perasaan ingin tahu sangat tinggi. Nak tahu apa yang ummi buat, nak tahu apa yang ada dekat dapur.

Ummi beli safety gate ini online. Harga pun berbaloi tak sampai RM130 mengikut kelebaran ruang tempat yang nak dipasang. Sebelum beli, pastikan ukur dulu ye untuk mengelakkan zaiz yang dibeli itu adalah betul. 😉

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Safety gate yang dah siap dipasang di dapur.
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Alhamdulilah, setakat ini ummi boleh masuk dapur dengan tenang.
Safety gate ini boleh dipasang di pintu masuk, tangga rumah atau mana-mana tempat untuk menghalang bayi atau anak-anak masuk. Cara pemasangan pula sangat mudah dan cepat. Sesuai untuk rumah sewa sebab tak perlu drill lubang di dinding. Jadi, tak perlu risau takut dinding rosak. 

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Contoh pemasangan safety gate
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Bukaan pintu boleh samada ke dalam atau keluar. Sangat fleksibel
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Contoh ukuran untuk tempat pemasangan. Harga berbeza mengikut saiz dan extension yang diperlukan
Zayd suka sangat tarik laci paling atas. Tempat ummi simpan sudu garfu semua. Kemudian sepahkan sudu ok lagi, yang ummi risau takut anak tercucuk garfu.

Ini salah satu ciri mak engineer yang dah biasa selesaikan masalah, pakai sodip kayu pun boleh untuk lock laci ini. Sodip kayu ini je paling panjang yang ummi ada.

Laci kedua pula tempat simpan segala jenis saiz plastik nak wrap makanan, sayur dan ayam semua. Itu satu hal lagi bila dia sepahkan, pening nak simpan balik plastik ikut saiz. Laci ketiga pula Zayd tak boleh tarik sebab berat. Tempat harta karun ummi simpan segala jenis tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, tepung kek semua bagai. 😄

Bertabahlah mak-mak sekalian bila bekerja di dapur bila anak turut sama masuk dapur. Alhamdulilah, lepas pasang safety gate ini, keselamatan anak pun lebih terjamin.

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Nampak tak gigih Zayd cuba tarik sodip tu? haha


BASUH BERAK ADALAH QUALITY TIME BERSAMA ANAK

Bila suami mesej tanya isteri buat apa, isteri jawab:

"Baru basuh berak anak. Hari-hari dia berak. 😄"

Tak sangka suami jawab: 'Abah suka cuci berak anak. Time tu salah satu QUALITY TIME dengan anak.'

Hahaha. Tak tahu nak gelak ke tak. Jawapan yang tak pernah ummi terfikir abah akan jawab sedemikian. What??? Quality time??!

Bila difikirkan balik, tak ramai suami yang suka jaga anak, dalam ertikata lain contohnya basuh berak anak, mandikan anak, bagi anak makan dan sebagainya. Selalu baca luahan isteri, bab main dengan anak, suami ok. Tapi bila anak berak, anak nak mandi, anak nak makan, diserahkan pada maknya sahaja.

'Nak makan? pergi dekat ibu ye?'
'Ibu basuhkan berak dulu ye. Nanti sambung main dengan ayah.'
'Pergi dekat ibu. Ibu mandikan dulu adik. Bila dah wangi nanti kita main sama-sama.'
Ini adalah contoh dialog biasa berlaku. Kerja isteri katanya menjaga anak.

Dan itu belum lagi termasuk 'drama' dan 'aksi' pelik anak-anak dari saat diajak untuk basuh berak sehinggalah pakai pampers. Drama kejar-mengejar, pampers tercicir, taknak pakai pampers dan sebagainya.

Jadi bila suami menjawab basuh berak anak itu adalah QUALITY TIME, buatkan ummi tersedar. Betullah, bukan senang nak dapat peluang basuh berak anak. Dapat pula peluang usik mengusik anak dan melayan 'drama' dan 'aksi' yang menghiburkan hati.

Tunggu sahaja bila anak sudah besar, mana mungkin dapat peluang QUALITY TIME  itu lagi. Anak-anak pun dah malu dengan kita. Semua nak dibuat sendiri belaka.

Semoga selepas ini ummi belajar untuk lebih menghargai QUALITY TIME dengan anak.Terima kasih abah Zayd kerana mengingatkan ummi.😊

Alhamdulilah. Ummi bersyukur sebab abah Zayd banyak membantu ummi samada kerja rumah mahupun menjaga anak apabila berada di rumah. Menjadi seorang ibu sepenuh masa (suri rumah) tiada istilah rehat ataupun 'me-time'.

Apa-apa pun, ummi bersyukur.Alhamdulilah.



DETIK MAGIK #5

Detik Magik Fadzielah Ayub
Pelajaran Alam Zayd, menolong tokki mengutip daun.

Ada orang melihat daun kering yang gugur ke bumi tanpa erti.  Ada yang melihatnya sebagai 'sampah' yang menyemakkan pandangan, ada yang melihatnya sebagai punca rezeki, ada yang melihatnya sebagai pemandangan indah sama seperti musim luruh autumn in my heart.

Begitulah berbagai pandangan manusia.

Allah s.w.t. berfirman, " Dia mengetahui apa yang di darat atau di laut. Dan tidak gugur walau sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya.” 
(Al Maidah : 59).

Abdullah Zayd bin Ahmad Zakwan
19months, April2018
Kuala Terengganu

DETIK MAGIK #4

Detik Magik Fadzielah Ayub
'Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta'


Abdullah Zayd
19months, April2018

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR

Assalamualaikum,

Hari ini nak throwback pengalaman kami jalan-jalan di Bandar Muar pada bulan September 2017. Masa ini kebetulan kami ada kenduri saudara di Segamat. Alang-alang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami singgah bermalam  satu hari di Muar.

Cukup tak kalau nak jalan-jalan Muar satu hari?

Jawapannya, cukup sangat sehari dan bermalam di Muar ni. Walaupun satu hari, tapi banyak tempat best dan menarik boleh jalan-jalan sambil cari makan yang sedap.

Kami mula perjalanan dari KL masuk Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak (Exit 235). Kalau korang dari Johor Baharu boleh ambil dari Persimpangan Pagoh (Exit 238). Tempoh perjalanan dari KL lebih kurang dalam 21/2jam sahaja.

Bandar Muar ni digelar sebagai Bandar Maharani Bandar DiRaja sejak tahun 2012. Pekan Muar terletak di persisiran Sungai Muar. Best sangat feeling angin sungai tu. Mendamaikan jiwa orang kata. 

Walaupun satu hari je, kita boleh melawat banyak tempat yang best. Lokasi pun dekat-dekat dan tidak  memakan masa yang agak lama. Macam biasa, kami suka singgah tempat makan best dan tempat bersejarah (bukan muzium ye). Jom tengok beberapa tempat yang menarik di Muar.

1. TANJUNG EMAS

Terletak dekat Muara Sungai Muar.  Dekat situ ada pelbagai kemudahan awam dan taman reakrasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga beriadah. Tanjung Emas ini adalah destinasi pertama kami awal pagi. Sempat la hirup udara yang segar dekat taman yang berdekatan dengan Jeti Tanjung Emas.

Plan asal kami memang bercadang nak naik bot dekat Jeti Tanjung Emas, tapi malangnya hari itu bot  mula beroperasi agak lewat iaitu pada jam 12 tengahari. Kami tak nak buang masa menunggu, terus melawat keretapi M.S.R (Muar Railways State) dalam taman. Zaman dulu, ada keretapi tau dekat Muar ni. Saya pun baru tahu. Dah lama tinggalkan subjek sejarah. 😁

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Jeti Tanjung Emas, Muar. Boleh naik bot menyelusuri Sungai Muar
JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Keretaapi M.S.R (Muar State Railway), Taman Tanjung Emas

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Zayd dan abah bergambar kenangan.

Bersebelah taman pula, ada Dataran  Tanjung Emas yang ada jam besar tu. Walaupun cuaca agak panas sebab matahari baru nak naik,  kami tidak lepaskan peluang ini. Seronok rasanya bila angin bertiup dari arah sungai. Tenang hati apabila memandang ke arah  air sungai yang mengalir.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Dataran Tanjung Emas

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Pemandangan Sungai Muar dari Dataran Tanjung Emas

2. MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM


Destinasi kedua kami adalah Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Masjid ni dibina pada tahun 1927 untuk menggantikan bangunan pada asalnya dari kayu yang dibina tahun 1880-an.  Pertama kali tengok, terus rasa terpukau dengan reka bentuk masjid yang menggabungkan elemen Barat ala-ala Inggeris klasik. Warna pun menarik bertema biru putih sejuk mata memandang.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Pintu masuk utama masjid

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Rekabentuk yang cantik dan menarik

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Suasana dalam masjid yang sangat tenang

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Kolah air tempat mengambil wudhuk

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Ummi dan Zayd merakam kenangan di Masjid

3. MURTABAK SINGAPURA

Kalau nak makan murtabak terbaik dekat Muar, wajib singgah di Restoran Murtabak Singapura ni. Terdapat dua jenis murtabak iaitu daging dan ayam. Kuah pula sangat menarik warna merah  dan ada timun. Pertama kali tengok kuah murtabak sebegitu. Kami berdua  decide untuk cuba Murtabak Special iaitu ada campuran daging dan ayam. Rasa dia sedap. Lebih kurang sama macam murtabak ZamZam di Singapura. Murtabak frozen juga dijual untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Bolehlah bagi mak ayah rasa pula.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Permandangan dari luar restoran Murtabak Singapura

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Saiz murtabak sangat besar dan berbaloi dengan harga

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Inilah rupa murtabak special yang kami order tu
JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Ini pula kuah murtabak. Tak pedas dan tak manis sangat. Cukup rasa je.

4. MEE BANDUNG ABU BAKAR HANIPAH

Kalau rasa nak makan mee bandung Muar yang sedap dan berbaloi, wajib singgah Kedai Makan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Dengar kata resepi mee bandung ni legend dan turun -temurun sejak tahun 1930-an lagi. Tapi, serius rasa  mee bandung Muar ori ini sedap dan berbaloi.

Selain mee bandung, boleh jugak cuba rasa satey daging dan ayam ni. Memang murah dan terbaik!

Selepas makan, kami sempat bergambar dengan tuan milik mee bandung yang sangat sporting. Terima kasih kerana sudi melayan kami  dengan mesra. Waktu operasi bermula pagi seawal pukul 10.00 pagi sehingga petang (sampai mee habis). Malam tidak dibuka.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Permandangan dari luar Kedai Makan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Joint dengan kopitiam.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Serius sedap. Kuah pekat dan secukup rasa. Cuba sekali, rasa nak makan lagi.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Bergambar dengan pakcik tuanmilik Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

5. KOPI 434 SAI KEE

Last pit stop kami sebelum bergerak balik ke KL, kami singgah Kedai Kopi 434 @ Kopi Muar. Peminat kopi memang wajib singgah di sini.  Boleh juga beli beberapa stok serbuk kopi kan?

Apa yang menarik Kopi 434 ini sudah lama bertapak dekat Muar sejak tahun 1953 lagi. Jadi kami yang sememang peminat kopi sangat berpuas hati dapat minum kopi original. Hilang terus mengantuk tengahari itu.

Lokasi kopitiam ini berdekatan dengan Stesen Bas Muar. Landmark kedai adalah bangunan berwarna kuning. 


JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Kedai Kopi 434

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Suasana dalam kopitiam. Ramai yang singgah di sini sementara menunggu bas.

JALAN-JALAN DI BANDAR MUAR
Kopi panas kegemaran ummi Zayd
Ini sahajalah beberapa tempat yang sempat kami singgah di Muar. Secara keseluruhan, kami hampir cover tempat menarik dan wajib singgah di Bandar Muar. 


DETIK MAGIK #3

Detik Magik Abdullah Zayd

Ada sebab kenapa nabi pesan, 
KALAU MARAH, LEBIH BAIK DIAM

Orang yang dalam keadaan marah ini tanpa sedar bercakap pun boleh lukakan hati orang
tanpa sedar. Bukan mulut je kena diam, tangan yang menaip dan menulis pun perlu diam.
Takut-takut terlepas kata dan tulis, bisa buat orang lain terluka.

-Self reminder-

Abdullah Zayd bin Ahmad Zakwan
19months, April2018

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsikan resepi ringkas untuk sarapan pagi atau minum petang Zayd iaitu homemade banana pancake, atau dalam bahasa melayunya lempeng pisang aje. Pisang adalah salah satu buah kegemaran Zayd terutama pisang berangan. Bahan-bahan yang diperlukan sangat simple. Jom tengok resepi ini!

Bahan-bahan:
1. 1-2 biji pisang dipotong nipis (atau dilenyek dengan sudu)
2. Tepung gandum
3. Air

Cara-cara:
1. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air.
2. Masukkan pisang serta gaul sehingga sebati.
3. Masak dalam kuali non-stick tanpa minyak atau sedikit minyak sahaja untuk cepat masak.
4. Hidangkan untuk sikecil comel anda.

Nota: Rasa banana pancake ini sangat sedap. Pastikan ibu-ibu masak lebih ye. Haha :)

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

RESEPI BANANA PANCAKE UNTUK ANAK

Last but not least, saya hidangkan banana pancake ini bersama potongan buah pisang. Alhamdulilah Zayd berselera habiskannya.

DETIK MAGIK #2

Detik Magik Fadzielah Ayub
Alhamdulilah.
Anugerah PINJAMAN ALLAH terbesar dalam hidup.
Suami, anak-anak dan keluarga tercinta.

Fadzielah Ayub