KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)

Assalamualaikum,

Rasa lama pula tak update blog ni kan? Alhamdulilah hari ni diberi kesempatan untuk update blog tentang Kursus Pembimbing Penyusuan 2019 yang dianjurkan oleh Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (Mbfpca) pada 26-28 Julai 2019.

Sebenarnya dah lama niat nak join kursus ni, tetapi dua kali jugaklah postpone disebabkan oleh beberapa perkara yang tak boleh nak elakkan. Bila dapat invitation kali ke-3, terus  tekad kali ni dah tak boleh bertangguh lagi walaupun hari ahada (28/7/19) tu ada kelas. Redah je la kan. 😄

Kenapa join kursus ini?

Haaa.. sepanjang kursus tu ada juga soalan ini ditanyakan pada setiap peserta. Tapi bagi ilah, ilah sendiri ada sebab-sebab yang buatkan bersungguh-sungguh untuk join kursus ini. Pengalaman menyusu sepanjang 2 tahun 9 bulan tak semuanya mudah dan manis-manis belaka lagi-lagi pengalaman anak pertama. Antara cabaran sepanjang penyusuan ilah adalah kurang sokongan daripada ahli keluarga yang mungkin tiada pengalaman atau pengetahuan tentang breastfeeding. Bagi mereka, apa nak susah-susah, bagi botol kan senang? Janji anak kenyang.

Tahun pertama diuji pula dengan mastitis atau jangkitan yang disebabkan oleh bengkak susu. Tuhan sahaja yang tahu sakit itu macam mana sampai terpaksa dirujuk ke bahagian kecemasan. Hehe.

 Bila ada orang tanya dan perlukan bantuan kita, ilah tahu pengalaman atau apa yangg kita tahu BELUM cukup untuk bantu orang lain.

Entah betul entah tidak. Atau kita yang bernasib baik sebab kita try error dan kemudiannya berkesan pada diri kita. Tapi adakah itu perkara yang sebetulnya yang perlu dilakukan?

So ilah decide untuk ambil kursus ini untuk belajar lebih mendalam pasal breastfeeding supaya boleh bantu lebih ramai ibu yang nak susukan anak.

Sejujurnya, banyak sangat belajar selama 3 hari ni. Apa yang paling penting adalah fokus kita adalah pada IBU.

Sebagai Peer Counselor (PC), tugas kami adalah untuk sampaikan, kongsikan, empower mom mengenai BF dengan info dan cara yg betul. At the end, ibu yang kena buat keputusan.

Don't be judgemental. Apa pun pilihan ibu, kami support. Tiada yang betul tiada yang salah sebab ia adalah pilihan ibu sendiri. Tugas PC adalah support ibu.

Paling penting, masa kursus ni kami belajar tentang communication skill. Bahagian ini yang paling penting bagi ilah. Kadang-kadang penggunaan ayat kita salah tanpa sedar buatkan ibu menyusu yang perlukan sokongan lagi stress. 😅

Doakan supaya perjuangan ni tak berhenti setakat ini sahaja.

Doakan kami dapat bantu lebih ramai ibu untuk susukan anak. Sekurang-kurangnya ibu dapat rasa moment menyusukan anak dan setiap anak berhak merasa susu ibu walaupun setitis. 💪💪

Jadi, tak sabar nak plan perjalanan sebagai Peer Counselor. Next step adalah untuk berdaftar sebagai ahli Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu di klinik dan hospital yang berdekatan. Doakan tau!

KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)
Bersama peserta dan trainers
KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)
Group photo

KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)
Group discussion

KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)
Demo cara duduk dan pegang baby dengan betul

KURSUS PEMBIMBING PENYUSUAN 2019 (Mbfpca)
Hai, saya adalah rakan pembimbing penyusuan anda :)