JOM BUAT TEH TARIK THERMOMIX


Ini antara yang paling femes dan menu pertama wajib cuba bila thermomix sampai. haha

Banyak bagi feedback rasa teh tarik tm6 sedap macam mamak punya! Fuhh.

Saya sendiri dah try dan memang repeat buat especially untuk minum pagi. Memang sedap! Balance teh tarik tu simpan dalam peti sejuk lagi sedap! Haha

Ada 2 cara ye untuk buat teh tarik ni. Samada guna serbuk teh atau boleh guna jugak uncang teh. Dalam video ini saya ganti susu cair guna susu kotak barista. Habis pulak susu cair. 😆

Boleh check resepi teh tarik thermomix dari cookidoo:

RESEPI TEH TARIK THERMOMIX from Cookidoo:
Ingredients:
4 tbsp black tea leaves or 12 black tea bags (see Tips)
1000 g water
120 g evaporated milk
150 - 230 g sweetened condensed milk (see Tips)

Preparations:
1. Place tea and water into mixing bowl and heat 7 min/90°C//speed 1. Using a fine-mesh sieve, strain into a jug (see Tips). Rinse mixing bowl.

2. Place tea, evaporated milk and condensed milk into mixing bowl and blend 10 sec/speed 8. Divide between glasses and serve hot.

Selamat mencuba ya 😊


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

Cooking Show Ep.10: 10 Menu 1 Jam


 Hooray! Weekend datang lagi!

Maksudnya apa?
Macam biasa, rancangan memasak bersama team no1 di Malaysia bersiaran kembali.
Minggu ni special skit sebab saya sendiri pun macam tak percaya.

10 MENU DALAM MASA SATU JAM JERR? WHAT?!!!

Ye.. Itu kata mereka lah. Saya pun tak sabar nak tengok. Possible ke tak?

Jomm!! siapa nak join boleh komen kat bawah. Open to all samada dah ada atau belum ada thermomix lagi.

Rugi tak join sebab pasti akan dapat belajar tip & trick memasak gaya chef dengan masa yang singkat. Best kan?

Jomm! Tekan link whatsapp saya segera. 😊


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

APA AKAN JADI KALAU KITA GAGAL?

Kenapa ada orang takut nak gagal?
Eh, ikutkan saya sendiri pun takut gagal.

APA AKAN JADI KALAU KITA GAGAL?

Kalau kita gagal sekali pun,
Kalau kita kena bermula sekali pun,
Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman dan pengajaran.
Kita dah pernah buat dan kita tahu mana silap kita.
Jika kita bermula sekali lagi,
Kali kedua takkan sama dengan kali pertama.
Jika kita bermula sekali lagi,
Kali ketiga pasti tidak akan sama dengan kali kedua.

JANGAN TAKUT.

Yang perlu kita takut adalah, 
KITA TIDAK BELAJAR DARI KEGAGALAN.


Note to self.

PENGALAMAN INTERVIEW CALON IKON PENYUSUAN SUSU IBU 2021

Alhamdulilah.

Pengalaman kali pertama interview sebagai calon ikon penyusuan. Dapat tak dapat tu lain cerita, yang paling penting saya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya sebagai ibu menyusu dan juga breastfeeding peer counselor.

Kalau nak cerita pengalaman dan perjalananan menyusu ni memang panjang. Penuh suka dan duka.

Saya pasti, semua ibu menyusu pun begitu. Boleh tersenyum dan mengalir air mata kenang kembali saat susah payah nak susukan anak ni.

Setiap orang, ada cabaran dan rezeki masing-masing. Tak perlu bersaing atau membanding-bandingkan satu sama lain.

Bila kita jadi ibu. Kita semua sama.

Semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Doakan saya dapat bantu lebih ramai lagi ibu-ibu menyusu di luar sana ya.

Kesian budak kecik ni, nangis teresak-esak dah tak jumpa ummi beberapa minit. haha.

Terima kasih Zayd sebab jagakan adik. Siap mintak upah kartun lagi tuu. adoii



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

TANAMKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI ANAK

 
Aktiviti awal pagi Ahad.

Baru nak keluarkan bendera dan gantung kat depan rumah. hehe.
Ini antara salah satu tradisi keluarga setiap tahun untuk cuba terapkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

Walaupun hanya sehelai kain 4 warna, tapi inilah kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Setiap tahun bulan Ogos, ayah saya pasti akan gantung dan pacak bendera sekeliling rumah. Rumah jadi berseri dan ceria. Lagi-lagi bila angin petang bertiup pasti semua bendera berkibaran.

Saya cuba ikut dan hidupkan tradisi ini pada keluarga kecil saya pula. Bendera ni recyle je dari tahun-tahun lepas. Habis bulan september sempena Hari Malaysia, kami akan cabut dan simpan kembali. hehe

Semoga apa pun berlaku, kita tetap berdiri teguh pertahankan tanah air tercinta.
Bila kita sudah tua tiada daya, anak-anak kita pula penyambung usaha kita.
Semoga Allah pelihara tanah air kita. ❤️

Bila gantung bendera, banyak soalan-soalan dari anak yang saya rasa adalah satu titik permulaan yang baik untuk bercerita dan explain pada anak.

Kenapa gantung bendera Malaysia?
Merdeka tu apa?
Kenapa dulu ada orang jahat duduk kat Malaysia?
Lawan tembak-tembak ke?

Open ended questions & answers yang mungkin takde kesudahan dapat membuka fikiran anak-anak dan rasa ingin tahu makna KEMERDEKAAN.

Ada banyak cara untuk kita tanamkan semangat patriotik dalam diri anak-anak. Sebagai contoh jika di sekolah ada tema kemerdekaan. Macam-macam aktiviti yang dilakukan di sekolah sempena bulan kemerdekaan. Bila sekolah ditutup, why not kita teruskan aktiviti tersebut di rumah dan jadikan satu tradisi keluarga kan?

Secara tak langsung, buatkan saya sendiri terfikir, apakah makna kemerdekaan ini pada kita? Apakah sumbangan kita pada negara? Adakan kita betul-betul pertahankan negara ini untuk anak cucu kita?
Haihh. sebak pulak tiba-tiba. Jauh pulak berfikir pagi ini. hehe

PREPARATION BILA MALAS MASAK

 Ada masa kita ni datang jugak rasa malas. Malas nak fikir masak apa, malas nak memasak.
So untuk hadap perasaan malas tu,
Kita dah perepare siap-siap menu malas tu supaya anak-anak tetap boleh makan dan tak kelaparan.
Hari ni keluarkan daging yang dah siap-siap perap.
Grill je dalam kuali, makan dengan nasi panas kosong pun ok. Rasa seakan-akan daging kicap black pepper gitu. haha.
Gini la mak-mak. Malas-malas pun, siap jugak masak ha..



Level malas saya bab memasak ni kalau boleh taknak pegang pisau. Keluar bahan je dari peti dah siap. Haha

Contohnya macam masak daging perap tadi tu. Keluar dari peti terus masak je dalam kuali. Tak perlu fikir atau buat banyak step. haha.

Bila ada anak-anak ni, bab makan memang kena jaga.  Nak taknak kena masak supaya boleh makan.
Waktu rajin atau weekend, kita preparelah apa-apa yang instant macam perap daging atau ayam siap-siap ke, masak lauk lebih kemudian frozenkan supaya memudahkan kita waktu malas atau sibuk.

Sekurang-kurangnya malas kita tu biar ada makanan.
Bukan layan malas sampai kebuluran. haha

You define your own level 'malas' tu dan preparelah ikut tahap dan kemampuan kita.
Lain orang, lain tahap dan situasi.

Ada orang level malas dia taknak masuk dapur terus.
So order je makanan sebab mudah.
Mana-mana pun ok. 😊

Ini situasi saya dan apa saya buat bila saya malas. Jangan ingat hari-hari saya masak tu sebab saya rajin sangat. haha

Eh.. kantoi pulak. 😆


BAGAIMANA UNTUK ATASI KETAKUTAN DALAM DIRI?

Dulu saya ni seorang yang pemalu.
Saya seorang introvert.
Saya tak suka jumpa ramai orang atau bersosial.
Saya ada masalah kurang yakin pada diri disebabkan rasa banyak kekurangan.
Salah satunya saya ada masalah pendengaran mild-severe sejak dari kecil yang menyebabkan saya perlukan bantuan alat pendengaran. Itupun mula pakai sejak tahun 2012 selepas saya graduate dan mula bekerja sebagai jurutera. Saya terpaksa jumpa pelbagai orang dan berkomunikasi.
Telefon saya sentiasa dalam silent mode. Saya cuba avoid any conversation. Lagi-lagi di telefon sebab saya tak dapat tengok gerak bibir orang dan menyukarkan saya untuk faham butir bicara.
Saya selalu sabotaj diri saya. Saya pandang rendah pada diri saya. Saya tak nampak apa kelebihan yang ada pada diri saya.

Kalau orang tengok saya, saya mungkin nampak biasa dan okay sahaja.
Itu secara luaran lah kan sebab saya tak pernah berkongsi. Hehe.
Tapi saya ada kongsikan post sebelum ini. (Klik sini untuk baca)

Tetapi sejak saya mengambil langkah untuk resign dan mula jadi ibu serta suri rumah sepenuh masa pada tahun 2014, slowly saya mula belajar untuk kenal dan terima diri sendiri. Saya perasan diri saya makin dan lebih baik berbanding sebelumnya. Mungkin juga bila tak jumpa orang, saya pun tak banyak fikir tentang expectation orang terutama dalam kerja contohnya.

Saya ada lebih banyak masa untuk baca buku. Saya memang suka sangat baca buku sebab bila baca buku, saya tak perlu nak jumpa orang, tak perlu bercakap dengan orang. Hanya saya dan diri saya sahaja. Bila saya baca buku, saya selalu rasa bersemangat dan rasa bertenaga. Seolah setiap patah perkataan dan pengetahuan baru yang saya dapat itu recharge diri saya. Susah untuk saya gambarkan. hehe

Saya juga ada impian. 
Saya juga ada cita-cita.
Saya nak buat dan capai apa yang saya nak.
Mungkin sedikit sebanyak nak rasa apa yang orang lain rasa atau capai.

Tetapi, disebalik impian, cita-cita dan angan-angan itu terselit perasaan TIDAK YAKIN pada diri sendiri dan TAKUT untuk mencuba.

Salah satu sebab saya suka baca buku adalah melalui bacaan dan buku saya dapat MOTIVASI,

Tapi bila nak BUAT atau BERTINDAK tu, macam-macam ada rasa.

"Aku tak pandailah."
"Aku takutlah nak buat. Kalau tak jadi macam mana?"
"Nanti apa pula orang kata. Berlagak je tu."
"Nanti kalau orang tak suka, orang tak baca, orang kecam macam mana?"

Ikutkan, banyak lagi suara-suara biawak ada dalam diri. Awal-awal lagi dah sabotaj diri. Terus putus asa dan langsung tak buat apa-apa. Akhirnya diri sendiri yang rugi.

Pernah tak anda rasa atau ada perasaan TAKUT atau KETAKUTAN pada sesuatu yang tidak wujud?
Kadang-kadang terlalu fikir benda yang belum berlaku atau over-thinking?

Yes. Saya pernah.
Saya sedar yang saya over-thinking atau terlalu banyak fikir apa orang AKAN fikir tentang kita.
Tapi makin hari, saya cuba belajar untuk lawan perasaan dan fikiran itu dan cuba untuk jadi diri sendiri.

Nak tahu tak kenapa itu boleh berlaku dan bahagian otak yang mana menyebabkan kita bertindak sedemikian tanpa kita sedar?

Ini kesan daripada Amygdala Hijack.

Dalam otak kita ini ada satu bahagian kecil yang dinamakan sebagai Amygdala. Amygdala ialah bahagian otak yang mengesan ketakutan dan bersedia untuk kecemasan) akan berlaku, di mana kita bertindak mengikut gerak hati dan bukannya kewarasan ataupun rasional.

Amygdala Hijack adalah keadaan di mana emosi kita bertindak atau respond dengan cepat apabila diri kita terancam. Sifatnya adalah untuk melindungi diri kita daripada terancam tidak kiralah apa jua keadaan termasuklah fikiran overthinking itu tadi.

Contohnya: Kita takut untuk mencuba lakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan kerana takut gagal. Amygdala Hijack akan ambil alih dan menyebabkan kita buat keputusan untuk langsung tidak cuba atau putus asa supaya dapat melindungi dan mengelakkan kita dari rasa gagal, malu atau kecewa.

Tindak balas emosi sedemikian itu luar biasa dan melampau jika dibandingkan dengan keadaan sebenar.
Ketakutan yang ada berlebih-lebihan dan tidaklah begitu teruk secara realitinya.

Lagi-lagi apabila kita tertekan, ia akan menyebabkan kita rasa resah dan takut. Bahagian otak untuk berfikir secara rasional tidak dapat berfungsi dengan baik dan kita cenderung untuk membuat keputusan mengikut emosi berbanding rasional. Pada waktu ini Amygdala Hijack berperanan untuk melindungi kita yang dirasakan terancam oleh emosi sendiri.

Lalu kita buat keputusan mengikut emosi seperti berputus asa, berhenti. atau langsung tidak mencuba. Ini biasa kan? Ya, ianya berlaku pada saya juga.

Bagaimana untuk berdepan atau mengatasi Amygdala Hijack?

Pertama, kita perlu bertenang dan buat latihan kawalan pernafasan supaya otak kembali rasional. Elakkan membuat sebarang keputusan pada waktu itu. Dr Jill Bolte Taylor dari Harvard mencadangkan tempoh 90 saat untuk kita kembali tenang dan rasional.

Antara perkongsian lain yang saya dapat daripada Dr Putri Afzan, dalam 90 saat pertama, ini yang berlaku kepada kita:
30 saat pertama: emosi sedang meninggi
30 saat kedua: emosi sedang berada pada puncak
30 saat ketiga: emosi sedang menurun

Dalam tempoh ini jika kita dapat bertahan dari cepat membuat keputusan mengikut emosi, maka selepas itu otak besar kita akan dapat ambil alih dan akhirnya kita kembali rasional.

Jangan sesekali biarkan bahagian kecil pada otak menguasai kita untuk membuat sesuatu keputusan yang memberi impak besar pada diri kita.

Bertenang selama 90 saat, berdialog dengan diri sendiri dan mulakan dengan tindakan kecil. Katakan pada diri, "Aku pasti boleh. Aku akan mencuba dahulu. Belum cuba, belum tahu. Jika orang lain boleh, pasti aku pun boleh."


Sejak saya mengetahui tentang ini, kawalan terhadap diri saya makin baik. Saya lebih tenang dan mudah untuk kembali rasional kerana saya sedar otak saya sedang di'hijack' iaitu emosi saya sedang menguasai kewarasan saya.

Pernah dengar juga FIGHT or FLIGHT RESPONSE? Ya.
Situasi ini sama cuma term atau penggunaan perkataan yang berbeza.
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lebih lagi.

Ikutkan, banyak perkara dan benda yang saya ingin menulis.
Ada kala, saya hanya catat point-point yang penting untuk saya dalam buku supaya saya tidak lupa.
Saya berdoa dan berharap diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk saya terus menulis dan berkongsi perkara yang bermanfaat dengan pembaca lain sebagaimana ianya memberi manfaat kepada diri saya.

Alangkah rugi jika apa yang saya baca dan dapat itu hanya disimpan sahaja. Belum tentu lagi saya apply. Sekurang-kurangnya jika saya tulis dan kongsikan, ianya dapat jadi rujukan untuk diri saya juga pada masa akan datang jika saya terlupa.

Semoga bermanfaat ya. 😊


JOM MASAK SOTONG MASALA THERMOMIX

Ini antara salah satu resepi wajib buat  dalam Cookidoo. Mesti okeh sebab sedap rupanya. haha. 😁

Dulu tak pernah dengar pun masakan masala. Garam masala atau masala sebenarnya adalah campuran rempah atau herba yang panas. Terkenal sebagai masakan india. Ala-ala kari pun ada skit.

'Garam Masala' - pertama kali baca ingatkan garam betul. garam yang masin tu. Tapi rupanya sejenis rempah. haha.

Dalam video ni saya gantikan garam masala tu dengan rempah kari daging. Tak letak rempah masala. Sotong pulak tersilap keluarkan plastik kepala sotong je. hahahaha. Proceed je la.

Macam biasa kadang-kadang derhaka jugak resepi guna bahan yang ada dan mesra kanak-kanak yang tak pedas.

Highly recommended. Sedap makan dengan nasi putih panas-panas. 😊

Resepi yang sama, step yang sama. Boleh adjust untuk ganti dengan ayam, daging dan lain-lain.





Untuk resepi dalam cookidoo, boleh tengok kat sini.


RESEPI MASALA SQUID
Ingredients:
300 g squid, cleaned, skin removed, score in a criss-cross pattern and cut in pieces
25 g shallots
3 garlic cloves
10 g fresh ginger
25 g cooking oil
1 stalk curry leaves
10 g chilli powder
1 tsp ground turmeric
10 g fish curry powder
10 g oyster sauce
20 g tomato sauce
½ tsp salt
1 fresh red chilli, cut in slices
1 fresh green chilli, cut in slices

Preparation:
1. Place squid in mixing bowl, making sure that they are evenly distributed in mixing bowl, place splash guard on top of mixing bowl lid and start High Temp. . Transfer to a bowl and set aside, drain off liquid.
2. Place shallots, garlic cloves and ginger in mixing bowl, chop 5 sec/speed 6. Scrape down sides of mixing bowl with spatula.
3. Add cooking oil, curry leaves, chilli powder, ground turmeric and fish curry powder, sauté 5 min/120°C/speed 2.
4. Add drained squid, oyster sauce, tomato sauce, salt, red chilli and green chilli, cook without measuring cup 3 min/120°C//speed . Transfer to a serving plate. Serve hot.

--

Selamat Mencuba!

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN THERMOMIX

Kangkung ni antara sayur wajib masak setiap minggu. Sesuai makan dengan lauk berkuah macam kari dan sebagainya. Cara masak kangkung ni pelbagai, ni cara yang saya biasa masak tapi convert ke TM6. 😁

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN THERMOMIX

Bahan-bahan:
- 1 ulas bawang putih
- 1 bawang merah
- 1 tangkai cili kecil (lupa nak mention dalam video)
- Ikan bilis
- Belacan
- Garam
- Sos tiram
- Kangkung

Cara-cara:
1. Masukkan bawang merah, putih, cili, garam kasar, ikan bilis, belacan. Blend [4sec/sp.6]
2. Masukkan minyak & tumis. [5min/120°C/sp.1]
3. Masukkan sos tiram, kangkung dan sedikit air. Then masak. [3min/120°C/reverse, spoon]
4. Dah siap! Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ya. 


Untuk masakan sayur yang lembut seperti berdaun ni, 3minit dah memadai supaya tak overcook sampai lembik tapi masak.

Ini salah satu kelebihan thermomix dimana kita boleh masak pada suhu dan masa yang betul supaya makanan tak rosak atau overcook. 😊

Cooking Show Ep.8: SOMEWHERE OVER THE RAINBOW

Setiap hujung minggu team kami iaitu DynaMIX akan adakan cooking show secara PERCUMA dan TERBUKA kepada semua samada anda dah ada thermomix atau belum ada lagi. Senang kata, sesiapa je boleh join.

Jadi saya nak kongsikan hasil cooking show episod 8 kali ini untuk 4 menu yang bertemakan warna warni atau rainbow 😊

1. Rainbow Playdough
Ini best sebab kita boleh buat sendiri homemade play doh untuk anak-anak. Yang penting selamat untuk anak kecil main walaupun dalam fasa masuk mulut. Semua bahan terdiri daripada makanan termasuk pewarna makanan.
Playdough TM6

Bahan-bahan:
* 110g garam
* 250g air
* 1 tbs cream of tartar
* 250g tepung gandum
* 1 tbs minyak masak
* Pewarna makanan
* glitter - optional

Cara-cara:
1. Masukkan garam dalam MB dan mix [5sec/Sp.10]. Scrape down.
2. Tambah air dan cream of tartar, kemudian masak selama [5min/60degC/Sp.3].
3. Biarkan sejuk selama 5 minit.
4. Tambah tepung dan minyak masak dan mix untuk [50sec/Sp.4]
5. Kneading 1 minit. Sekiranya masih lembik boleh tambah tepung. Tambah 30 saat utk uli. Keluarkan dan bahagikan kepada beberapa bahagian.
6. Masukan beberapa bahagian dalam mixing bowl (MB) bersama pewarna yang disukai dan mix  [10sec/Sp.8]. (Tips: boleh titikkan setitis essential jika suka) Keluarkan.
7. Ulang proses mewarna doh sehingga abis.
8. Selamat mencuba!!

Tips:
1. Bungkus menggunakan cling wrap dan simpan dlm bekas kedap udara di dalam fridge sekiranya tidak digunakan.
2. Boleh tahan sehingga 3 bulan atau selagi tidak ada kulat yg timbul.


2. Rainbow Ice Cream
Part ni saya paling excited tau. Dah lama teringin nak buat homemade ice cream sebab Zayd suka betul makan aiskrim. Haisssh tak sabar nak try lepas ni. Buat homemade ice-cream ni jimat dan lebih sihat jika kita gunakan bahan-bahan perasa dan warna semula jadi dari buah sebenar. 😊

Check resepi di Cookidoo di bawah:


3. Rainbow Smoothie 
Manggo strawberry ni mesti teringat je dekat strawberry manggo pudding tealive. haha. feveret kot. Tapi harga tu boleh tahan mahal jugaklah. Manis pula level boleh potong kaki kalau minum selalu. Lepas ni kita buat sendiri je lebih sihat. yeay!😊

Check resepi di Cookidoo di bawah:


4. Rainbow Swissroll
Sebenarnya saya jarang sangat makan swissroll. Tapi bila tengok cooking show tadi nampak mudah dan sedap! haha. Okeh. masuk dalam list nak try nanti.😉

Check resepi di Cookidoo di bawah:




Yes. Seemua ni hanya guna thermomix je. Nampak rupa macam susah nak buat. Tapi bila tengok cara buat, senang je rupanya. 😆

Mana yang tak sempat nak join, jangan sedih. Nanti kita join lagi next cooking show setiap weekend. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan details berkenaan aktiviti atau info berkaitan thermomix ya. 😉


PROMOSI THERMOMIX TM6-OGOS 2021

Setiap bulan, mesti ada yang ternanti-nanti promosi thermomix kan? Jom tengok apa yang best promosi bulan ini. 😊

Setiap pembelian bermula 9 Ogos 2021, anda layak untuk dapatkan:

1. EXTENDED WARRANTY selama 3 bulan dari tarikh penghantaran yang bernilai RM330!
Normal warranty hanya 2 tahun sahaja dan jika mahu extend lagi warranty perlu buat bayaran tambahan. Tapi kali ini, anda akan dapat PERCUMA 3 bulan! best kan?


2. FREE HOST GIFT THERMOMIX ROUND THERMOSERVER 2.2L
Kali ini Thermomix Malaysia offer untuk berikan thermoserver yang bernilai RM360 secara percuma sahaja. Saiznya adalah 2.2L iaitu sama dengan kapasiti mixing bowl. Jika anda masak lauk dalam mixing bowl, boleh simpan dalam thermoserver tersebut.

Apa kelebihan thermoserver ni?
Thermoserver ini diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti di mana anda boleh simpan makanan panas atau sejuk tahan lebih lama.






3. FREE COOK BOOK for fullpayment
Ini khas untuk customer yang buat belian dengan pembayaran penuh atau lumpsump.
Anda layak untuk dapatkan buku resepi masakan thermomix yang bernilai RM160 secara PERCUMA! Ada banyak sangat resepi dalam buku tersebut yang tiada dalam Cookidoo.
Anda juga boleh pilih samada untuk dapatkan Chinese Flavour atau The Malay Kitchen.
Of course, saya akan rekemen untuk pilih The Malay Kitchen. 😁 


SAYA BERMINAT NAK BELI THERMOMIX!
BAGAIMANA CARANYA?


Untuk dapatkan thermomix ini ada 3 cara pembelian yang anda boleh pilih. Harga biasa RM7188. Tapi sekarang harga promo RM6988.00 satu unit. Ada 3 cara bayaran yang anda pilih iaitu:

i. Bayaran lumpsum RM6988
Jika anda tidak suka berhutang atau tambah komitmen bulanan, boleh bayar secara lumpsum melalui cash atau kad kredit. Kelebihannya anda akan dapat FREE GIFT daripada thermomix.

ii. Bayaran kredit secara ansuran
Anda boleh buat bayaran ansuran menggunakan credit card tanpa interest atau cas tersembunyi maksimum sehingga 24 bulan (2tahun). Ada 4 pilihan installment iaitu 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Tiada bayaran deposit. Boleh rujuk jadual payment.

iii. Bayaran debit secara ansuran
Kalau tiada credit card, jangan risau sebab anda boleh juga buat bayaran dengan menggunakan debit card mana-mana bank. Bezanya adalah anda perlu buat bayaran deposit iaitu RM2989.00. Ada 3  pilihan installment iaitu 6 bulan, 12 bulan dan 18 bulan. Boleh rujuk jadual payment di atas.




CARA UNTUK UPDATE SOFTWARE THERMOMIX-TM6



Software update maksudnya apa?
Maksudnya new added interface yang lebih user friendly. Kadang-kadang ada function tambahan baru dimasukkan untuk memudahkan user.

Thermomix ni design dia sangat bijak. Manufacturer nak tambah, update atau upgrade just melalui software update je.


Macam mana cara untuk update software dalam thermomix ni?
Pertama kita kena sambungkan thermomix dengan dengan wifi dan pastikan waktu ketika kita nak update tu bukan bukan waktu tengah masak. Kemudian ikut arahan dan  tekan butang 'update' dekat skrin. 

Masa yang diambil lebih kurang 10-15 minit camtu je. 😊

Tak susah pun. Sama macam update henpon.

Jadi apa kelebihan update kali ini untuk software Version 2.6?


Now user dapat customize dan re-arrange mode yang kita kerap guna. Yang bawah boleh naik ke atas. Senang nak tekan dan cari. Mode jarang guna kita letak bawah pun takpe. Boleh susun ikut priority kita nak.


Your thermomix keeps getting better and better.

Takde bayaran apa pun untuk update software ni.

Jadi our thermomix makin bertambah baik berbanding dengan apa yang kita dapat masa mula-mula tu.

Berbaloi kan?😉

Setiap tahun akan ada beberapa kali untuk user update update latest version of thermomix software. Sebagai contoh, sebelum bermulanya sofware version 2.6 pada 10/8/2021, thermomix sudahpun update previous version seperti 2.2, 2.4, 2.5 dan terkini 2.6. 😊


Setiap pembelian thermomix dari saya, saya akan guide dan bantu sampai user dah terer guna tanpa bantuan advisor lagi. Paling best, anda juga akan dimasukkan dalam support group supaya thermomix tu tak jadi tukun.

Jadi, penting cari trusted advisor okeh? 😊

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang thermomix.

Semoga bermanfaat ya!


CARA PEMBELIAN DAN BAYARAN THERMOMIX-TM6

Macam mana untuk dapatkan thermomix ni? 

“Saya dah tak tak tahan tengok mudahnya kawan-kawan memasak guna ada thermomix ini.”

Ok. Sabar naa.. Jap saya ceritakan satu persatu.


Untuk dapatkan thermomix ini ada 3 cara pembelian yang anda boleh pilih. Harga biasa RM7188. Tapi sekarang harga promo RM6988.00 satu unit. Ada 3 cara bayaran yang anda pilih iaitu:

i. Bayaran lumpsum RM6988
Jika anda tidak suka berhutang atau tambah komitmen bulanan, boleh bayar secara lumpsum melalui cash atau kad kredit. Kelebihannya anda akan dapat FREE GIFT daripada thermomix.

ii. Bayaran kredit secara ansuran
Anda boleh buat bayaran ansuran menggunakan credit card tanpa interest atau cas tersembunyi maksimum sehingga 24 bulan (2tahun). Ada 4 pilihan installment iaitu 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Tiada bayaran deposit. Boleh rujuk jadual payment.

iii. Bayaran debit secara ansuran
Kalau tiada credit card, jangan risau sebab anda boleh juga buat bayaran dengan menggunakan debit card mana-mana bank. Bezanya adalah anda perlu buat bayaran deposit iaitu RM2989.00. Ada 3  pilihan installment iaitu 6 bulan, 12 bulan dan 18 bulan. Boleh rujuk jadual payment di atas.

Nampak macam mahal kan?

Tapi kalau dibandingkan dengan kegunaannya, harganya lebih murah berbanding penapis air yang ada di rumah anda! Kos hanya RM9.70 sehari. Itu belum lagi jimat dari segi belanja atau order makanan luar. 😊

Nak saya bantu? Jom contact saya.😉


PERBANDINGAN SAIZ THERMOMIX DENGAN PERKAKAS DAPUR


Ramai yang tertanya-tanya, saiz thermomix ni besar ke kecil? Kalau beli nak letak dekat mana? Muat ke untuk dapur saya yang sempit dan kecil?

Jangan risau! Sebab dapur saya pun jenis kecil dan tak besar.

Bila ada thermomix, saya dah simpan segala perkakas dapur seperti periuk nasi, blender dan lain-lain sebab thermomix dah ambil alih tugas semua item tu. Jadi takde masalah kalau anda ada ruang dapur yang kecil. 😊

Jomm saya tunjukkan perbezaan thermomix ni dengan perkakas dapur lain. Jadi lepas ni anda akan dapat bayangan atau gambaran nak letak kat mana thermomix ni nanti. 😉


1. Thermomix vs Pressure Cooker

Saiz thermomix dan pressure cooker Noxxa ni lebih kurang sama je. Tapi dari segi lebar nampak Noxxa lagi besar berbanding thermomix kan?😊

2. Thermomix vs Air Fryer

Saya bandingkan thermomix dengan Air Fryer Russel Taylor-AF26. Nampak saiz dan ketinggian lebih kurang sama je. Jadi bagi saya thermomix tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil sahaja. Sangat sesuai dengan ruang dapur saya yang kecil ini. 

3. Thermomix vs Breadmaker

Saya buat perbandingan thermomix dengan breadmaker jenama Breville Bakers Oven BBM100. Nampak saiz breadmaker lebih lebar dan sedikit besar berbanding thermomix. Kalau dulu nak buat roti, saya akan gunakan breadmaker dan kena tunggu selama 30 minit untuk siap uli satu doh.

Tetapi sejak ada thermomix, saya dah tak guna breadmaker lagi dan uli sahaja dalam thermomix. Masa pun lebih cepat. Sangat mudah dah dan jimatkan ruang. Yang paling penting, dapat jimat wang ringgit juga kerana tidak perlu beli separated item untuk fungsi berbeza. Tapi kalau dah beli tu, simpan je la atau hadiahkan pada saudara yang perlukan. Hehe

4. Thermomix vs Blender

Saya buat perbandingan thermomix dengan blender jenama philips. Nampak dari segi ketinggian tu sama je kan? Dan saya rasa tidak banyak beza dengan blender janama lain juga kerana saiz blender lebih kurang sama. Sekarang saya pun dah tak gunakan blender hadiah kahwin tahun 2014 ini lagi walaupun masih elok.

Untuk memasak, tak perlu lagi potong bawang. Terus masukkan je dalam thermomix, thermomix akan blend/chop, terus masukkan minyak dan masak. Paling penting, thermomix juga boleh tolong kupaskan bawang banyak-banyak. Jimat air mata tak perlu tahan pedih kupas bawang. Haha

Bukan setakat bawang, cili pun sama. Tak perlu lagi untuk potong cili atau rebus sebelum blend. All in one. Thermomix boleh potongkan untuk buang biji, kemudian rebus, blend dan masak untuk tahan lebih lama. 

Paling penting, mixing bowl ini diperbuat daripada stainless steel yang tahan karat dan bau. Walaupun digunakan untuk blend bawang atau lada, bau dan warna tidak akan melekat. Selepas itu nak buat air jus pun takde masalah. Takkan ada masalah air jus epal berbau atau rasa bawang. Haha.

5. Thermomix vs Rice Cooker


Seperti dalam gambar diatas, saiz thermomix kelihatan lebih besar berbanding rice cooker. Saiz rice cooker saya hanyalah 1L je. Memang kecil ye. Sesuai untuk keluarga saya yang kecil. Kecil periuk, kecil lah keraknya juga. Tapi bila ada family datang, baru saya akan keluarkan periuk nasi yang lebih besar. Haha 😂

Sekarang, memang saya jarang sangat guna rice cooker. Bila thermomix boleh masak nasi yang lebih sihat iaitu dengan cara kukus/steam, why not kan? Dengan thermomix, ada 2 cara yang kita boleh follow untuk masak nasi. Satu secara steam iaitu masak nasi dalam simmering basket. Cara ini lebih sihat sebab air kanji kita akan buang. Yang kedua adalah masak nasi dengan cara normal iaitu rice cooker mode. Letak beras atau masak nasi secara terus dalam mixing bowl.

6. Thermomix vs Baby Food Blender/Processor


Yang ni of course saiz baby food blender/processor jenama autumnz ni lebih kecil. Bila anda ada baby kecil, sebenarnya anda tak perlukan lagi baby food processor ni sebab thermomix pun boleh buatkan. Ada function steam iaitu varoma dan jugak blender. Dalam Cookidoo juga terdapat banyak pilihan resepi menu untuk baby.

--

Jadi, saya berharap anda dah dapat gambaran dan bayangan thermomix di dapur anda. 😊

Saiz dapur kecil, sempit dan ruang terhad?

Bukan lagi masalah kan?