KENAPA SUSU IBU CAIR

Biasanya ada ibu yang risau bila tengok hasil susu cair dan tidak pekat. Adakah susu cair itu tak bagus dan yang  pekat tu bagus?

Mari kita sama-sama belajar untuk kenali komposisi susu ibu.😊

Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu susu kolostrum (awal kelahiran) dan susu matang yang terdiri daripada 'foremilk' dan 'hindmilk'. Kali ni sy nak share tentang susu matang.

🔸 FOREMILK
Foremilk ni adalah susu awal yang berada di hadapan breast dan keluar waktu awal-awal mula masa bayi menyusu dan pam.

Rupa foremilk LEBIH CAIR dan mengandungi banyak air. Warnanya pun akan nampak kehijauan atau kebiruan. Tahap laktosa lebih tinggi dalam foremilk penting untuk tenaga, perkembangan dan menghilangkan DAHAGA bayi.

Secara lumrahnya, anak akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, barulah makan.

Jadi, ibu jangan risau bila tengok keadaan susu cair dan tak pekat sebab itu adalah susu awal iaitu foremilk.

🔸 HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu akhir yang berada di belakang breast dan keluar selepas beberapa minit kita pam selepas foremilk habis keluar.

Warna hindmilk LEBIH PEKAT dan kekuningan berbanding foremilk. Hindmilk mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi berfungsi memberi TENAGA kepada bayi, membantu tumbesaran dan buatkan bayi rasa KENYANG.




Lagi kerap breast dikosongkan, lagi banyak hindmilk dihasilkan. Sebab tu ibu-ibu kena pam dan biarkan anak menyusu atleast 15-20 minit supaya semua susu dapat dikeluarkan.

Kalau anak minum dan pam sekejap-kejap, hasilnya adalah foremilk sahaja. Anak tidak akan dapat hindmilk dan anak akan rasa tidak kenyang dan cepat lapar. Elakkan tukar-tukar breast dalam satu masa kerana takut anak tidak dapat susu di belakang iaitu hindmilk.

Jangan biarkan breast ibu penuh atau bengkak sebab lebih banyak susu cair iaitu foremilk dihasilkan.

Tak usahlah rasa kecewa atau risau bila tengok hasil susu cair. Memang begitu Tuhan jadikan komposisi susu ibu. Kedua-dua komposisi susu ibu mempunyai fungsi yang tersendiri.

Jangan percaya sebelah breast adalah air, sebelah lagi adalah makanan. Komposisi susu kedua-dua belah breast adalah sama iaitu foremilk & hindmilk. Fokus satu breast pada satu masa untuk penyusuan lengkap.

Dah faham fungsi foremilk & hindmilk? Alhamdulilah. 😊

Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

BOLEHKAH IBU MENYUSU MINUM KOPI?

Assalamualaikum,

"Boleh ke ibu menyusu minum kopi?
Tak bahaya ke ambil kaffein?
Baby tak meragam ke kalau ibu minum kopi"

Ini antara persoalan ibu menyusu yang suka minum kopi. Nak minum, takut beri kesan pada bayi pula kan? Banyak kerisauan dan persoalan pantang larang makan dan minum dalam penyusuan. Betul ke tak boleh minum langsung kopi?

Bahan aktif dalam kopi adalah kafein dan ia boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

TAPI, ibu jangan risau kerana kuantiti yang tersalur dalan susu ibu hanyalah 0.06%-1.5% dari apa yang dikesan dalam darah ibu. Pendek kata, sikit sangat kuantiti tu dan langsung tidak akan beri kesan kepada bayi yang sihat dan normal.

KAJIAN TERHADAP PENGAMBILAN KOPI & PENYUSUAN

1. Kajian dan fakta dalam buku teks Breastfeeding and Human Lactation, (2010) mengatakan bahawa TIADA kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu minum 5 cawan kopi selama 5 hari berturut-turut. Kajian ini terpakai untuk bayi normal dan cukup bulan. Bayi pramatang mungkin menunjukkan kesan sampingan yang berbeza.

2. Ibu yang minum kopi lebih daripada 3 cawan sehari (bergantung pada kandungan kafein dalam minuman itu), zat besi dalam susu ibu mungkin akan berkurangan terutamanya pada minggu awal penyusuan. Jadi, cuba elakkanlah minum kopi masa dalam pantang.

Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) membenarkan pengambilan kafein atau kopi semasa menyusukan anak iaitu tidak lebih 300mg kafein atau lebih kurang 3 cawan kopi sehari kerana tidak mendatangkan mudarat pada bayi.
Apa-apa pun, bersederhana itu lebih baik. Seorang ibu pastinya tahu apa yang lebih baik untuk diri dan bayinya. Peka terhadap perubahan bayi sebelum buat keputusan untuk terus ambil atau hentikan sesuatu pemakanan.

Jangan terlalu pantang makan itu ini sehingga ibu tertekan dan rasa penyusuan ibu adalah menyusahkan. Melainkan memang anak betul-betul ada masalah alahan pada makanan tertentu.  Ada sesetengah ibu menyusu, kopi adalah milkbooster kerana ibu rasa gembira apabila dapat minum kopi.

Bagi ibu seperti saya yang suka minum kopi sekali sekala, saya tak risau bila ada bukti dan kajian ini. 😊


Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

BOLEHKAH IBU MENYUSU MAKAN DURIAN?

Sejak kebelakangan ni, banyak betul orang kongsikan gambar durian di facebook, instagram dan media sosial yang lain. Agaknya memang musim durian ye?

Ada beberapa orang ibu menyusu tanyakan kepada saya, Boleh ke ibu menyusu makan durian?

Tak bahaya ke untuk baby nanti?
Betul ke durian ni milkbooster?

✓ Ibu menyusu boleh makan durian dan sebenarnya tiada pantang makanan untuk ibu menyusu kecuali anak memang ada alahan atau masalah kesihatan yang memang doktor nasihatkan supaya ibu elakkan makan.

✓ Tiada kajian yang menunjukkan makan durian memberi kesan kepada susu ibu atau baby. Jika ada ibu yang cakap bila makan durian, susu ibu jadi panas dan nanti baby meragam sakit perut. Tunggu dulu! Setiap baby tidak sama. Ibu cubalah dulu dan tengok jika ada kesan pada baby sendiri.

✓ Durian adalah milkbooster jika durian adalah buah kegemaran ibu. Bila ibu dapat makan durian, hati ibu gembira dan rasa seronok. Bila emosi ibu happy dan seronok, nah! itulah milkbooster nya! 😍

Kalau ibu tak suka bau apatah lagi makan durian, tapi paksa diri juga makan durian semata-mata anggap durian ini adalah milkbooster, maka milkbooster tersebut tidak berkesan sebab ibu tak enjoy pun makan durian tu.


Enjoy your breastfeeding journey. Penyusuan ibu tidak sepatutnya membebankan ibu sehingga terpaksa patuh kepada banyak pantang larang.


Ambilah pendekatan konsep bersederhana. Nak makan durian, kubis, kari, masakan pedas ke, makanlah. Tapi jangan berlebihan dan ambil dalam kuantiti yang sederhana ya. 😉

Fakta tentang buah durian:

1. Durian boleh meningkatkan berat badan
- Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1kg mengandungi jumlah kalori 1400 kalori. Manakala seulas durian beratnya lebih kurang 40g mengandungi 59kalori.

2. Durian kaya dengan nutrien
- Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks, asid amno tryptopan (mungkin membantut tidur) tinggi potasium berbanding buah pisang.

3. Durian boleh memberi tenaga segera
- Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas boleh menjadi sumber tenaga segera.
 
4. Pesakit diabetis mesti menghadkan pengambilan durian
- Disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi (gula ringkas seperti sukros, frusktosdan dan glukosa), buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes kecuali dalam kuantiti yang sedikir.

Elakkan pengambila berlebihan. Hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan,

sumber dari facebook KKM

Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA