RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

Assalamualaikum,

Sekarang ni musim cempedak dah kembali lagi. Siapa tak suka makan buah cempedak goreng ni memang rugi sebab musimnya datang sekali sekala sahaja dalam setahun.

Selain buah durian, buah cempedak jugak mampu mengeluarkan bau yang sangat kuat sehingga mampu buatkan orang berjalan tiba-tiba terhenti sebab tak tahan dengan bau manisnya yang sedap.

“Kak, buah cempedak goreng ni berapa harga?”
“3 ringgit dapat 5 biji dik.” Balas akak manis tersebut.

Ikutkan rasa hati, memang nak sangat. Tergoda bau buah cempedak goreng. Tapi bila fikirkan balik, alang-alang nak makan, biar makan sampai puas. Baik beli buah dan balik goreng.

2 minggu lepas beli buah cempedak harga RM8/kg. Semalam beli dah turun harga jadi RM6/kg. Puas hati dapat goreng berpuluh-puluh biji makan sampai kenyang. Haha.

Jom ilah nak kongsikan resepi buah cempedak goreng yang mudah dan rangup. Takde resepi rahsia ye. Resepi mak yang bagi.

RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1. 2 senduk tepung beras
2. 1 senduk tepung gandum
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 biji telur
5. Sedikit garam halus
6. Sedikit serbuk kunyit
7. Air secukupnya

CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas dengan air secukupnya.
2. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Celupkan buah cempedak dan goreng dalam minyak panas

Tadaaaaa… dah siap! Puas hati sebab boleh makan banyak.

Nota:
1. Ingat nisbah 2:1 (tepung beras: tepung gandum).
2. Ilah letak tepung jagung nak bagi lebih crispy.
3. Pastikan buka/kopek buah cempedak dengan cara betul. Jangan belah tengah macam potong buah pulak. Jenuh nak korek satu persatu.
4. Pakai sarung tangan atau alas plastik untuk elakkan terkena getah buah. Boleh sapu minyak dekat pisau sebelum belah untuk elak getak lekat pada pisau.
5. Kalau terkena getah buah, sapu dengan minyak masak.

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP
Semoga bermanfaat! Enjoy musim buah selagi masih murah. 😄

PERLUKAH TAMBAH MINYAK DALAM MAKANAN BAYI?

Assalamualaikum,

Post sebelum ini ilah ada share beza jenis olive oil atau minyak zaitun. Hari ni nak share pula perlu atau tidak tambah minyak dalam makanan bayi? Apa guna tambah minyak dalam makanan bayi? 

Biasalah kebanyakkan first time mommies ni banyak persoalan dan tak tahu terutama bila anak dah masuk 6 bulan. Ramai yang share resepi makanan baby letak minyak. Kita pun confuse adakah selamat untuk gunakan minyak dalam makanan bayi? Jadi kali ini ilah nak share info yang telah dikongsikan oleh dietitian Fizah Sobri.


Banyak persoalan yang diajukan oleh ibu-ibu antaranya:
Perlu ke saya tambah minyak dalam bubur anak?
Minyak apa yang sesuai untuk makanan baby?
Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan? itu pun extra virgin. Tapi kalau tak mampu macam mana?
Kalau tak letak boleh ke?
Anak akan cukup zat tak?
Bahaya tak kalau tambah minyak dalam makanan anak?
dan banyak lagi tentang persoalan MINYAK dalam makanan anak. hehe

First, kita kena fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan

Apakah fungsi minyak?
Minyak adalah sebagai sumber lemak yang memberi kalori kepada yang memerlukan. 1 sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal.

Siapakah yang memerlukan lemak/minyak tersebut?
SEMUA ORANG termasuk bayi memerlukan lemak tetapi yang penting adalah KUANTITI.
Jika ambil secara berlebihan boleh menyebabkan badan senang gemuk disebabkan kalori nya yang berlebihan. Sebab itu tidak digalakkan mengambil makanan bergoreng secara berlebihan. Nak turunkan berat badan pun kena kurangkan makanan bergoreng.

Bagi baby pula, ibu boleh RUJUK BUKU PINK/BIRU baby.


❤ 6- 8 BULAN
1 sudu kecil sahaja atau bersamaan dengan beberapa titis dalam makanan 2-3 kali sehari.

❤ 9 - 11 BULAN
1 1/2 sudu kecil sahaja. Jika ibu sudah masukkan sumber lemak dari sumber lain seperti minyak semasa menumis, marjerin atau butter dalam resepi, TIDAK PERLU tambah sumber lemak yang lain.
Jika tiada, cukup sekadar beberapa titis sahaja. Yang jadi berlebihan bila minyak digunakan untuk menumis, kemudian tambah lagi titisan minyak dalam makanan.

1 TAHUN KEATAS
Sudah cukup melalui makanan yang disediakan dan tidak perlu tambah lagi sumber minyak sebab sudah mencukupi dari masakan dan lauk.

BAYI KURANG BERAT
Jika nak bantu pertambahan berat baby yang kurang berat pula perlu pertambahan kalori. Secara ASASNYA pertambahan kalori adalah sama dengan (=) pertambahan berat badan.

Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan. Faham kan? 😃

SALAH SATU cara untuk tambah berat adalah melalui pertambahan lemak, tetapi tidak semestinya minyak. Boleh tambah dalam bentuk butter, marjerin, santan, susu, keju dan macam macam lagi. Jangan ingat tambah minyak semata-mata. Hehe

Bagaimana pulak dengan jenis lemak yang nak diguna?
Apakah minyak yang sesuai?
Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Antaranya adalah:
- Minyak kelapa sawit
- Minyak sunflower
- Minyak jagung
- Minyak zaitun

dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA.

Apa yang penting dalam pertumbuhan dan  perkembangan anak yang sihat adalah memastikan makanan yang diambil itu sihat dan seimbang. Mengandungi gabungan karbohidrat, protein dan serat dalam setiap hidangan makanan anak. Kurangkan penggunaan gula, garam dan perasa tambahan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 




BEZA EXTRA VIRGIN OIL DAN PURE OLIVE OIL

Assalamualaikum,

Ramai kalangan ibu yang ada anak kecil tertanya-tanya dan masa confuse untuk gunakan olive oil atau minyak Zaitun. Nak guna yang jenis macam mana?

BEZA EXTRA VIRGIN OILDAN PURE OLIVE OIL

Apa pula beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL?

Walaupun kedua-dua ini namanya minyak zaitun. Tapi ianya tak sama fungsi dan rasa. Minyak zaitun ni ada gred-gred tertentu.

Antara extra virgin oil dan pure olive oil, yang mana lebih baik? Kalau nak tau mana yang lagi baik, kita tengok pada kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mestilah  0.8% ke bawah untuk extra virgin oil. Kalau untuk pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas.

Olive oil / pure olive oil:
Kalau nak masak (menumis, menggoreng), gunalha "pure olive oil". Pure olive oil ini pada asalnya minyak zaitun yang tidak boleh dimakan sebab bau dengan rasa yang tak sedap. Acidity pula lebih tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin.

Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rasa akan hilang. Jadi minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sedikit supaya ada aroma dengan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses dan lagi 15% virgin olive oil.

Selepas diproses, minyak ini sesuai untuk kita masak seperti menggoreng dan menumis. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural. Tak rasa pahit minyak zaitun.

Extra virgin olive oil:
Kalau yang extra virgin oil pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai untuk makan terus ataupun dressing salads (sayur-sayuran).

Minyak zaitun extra virgin tidak digalakkan untuk menggoreng atau menumis kerana khasiatnya boleh terjejas dan boleh menyebabkan hipertrigliseridemia iaitu lebihan lemak dalam darah apabila terdedah dengan suhu yang panas.

Jadi, kalau kalian nak gunakan minyak zaitun dalam masakan, beli yang jenis olive oil atau pure olive oil dan bukannya jenis extra virgin olive oil.

Tetapi jika nak gunakan minyak zaitun sebagai makanan tambahan (supplement) dalam makanan, beli yang extra virgin olive oil kerana tinggi oksida dan mengandungi banyak khasiat yang lain. Nak letakkan dalam makanan baby pun boleh. 😊

BEZA EXTRA VIRGIN OILDAN PURE OLIVE OIL

Nota:  Minyak zaitun perlu disimpan pada tempat yang kering dan gelap supaya tidak terdedah langsung pada cahaya matahari supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca yang gelap.

Jangan tertukar pulak ye jenis minyak zaitun ni ye.

Untuk baby yang underweight atau preterm, dietitian selalu suggest untuk letak minyak/mentega/butter dalam makanan untuk naikkan berat badan. Ada banyak pilihan tapi ilah pilih untuk guna minyak zaitun atau olive oil dalama makanan anak (bawah 1 tahun). Selain naikkan berat badan, penyerapan kalsium meningkat serta tinggi kandungan antioksidan.

















RESEPI AYAM UNGKEP

Assalamualaikum,

Lately tekak teringin nak makan nasi panas dengan dengan ayam ungkep yang biasa bapak masak. Allah.. Rindunya dekat bapak. Biasanya kalau bapak masak, walaupun lauk kering simple-simple pun mesti sedap. Makan pulak dengan sambal kicap pedas tu. Orang jawa memang suka makan lauk kering-kering kan? Boleh bertambah makan dengan nasi putih panas. Hehe

Bila dah berjauhan dengan keluarga dari kampung, terpaksalah belajar berdikari. Teringat mak masak, call mak mintak resepi. Teringat lauk bapak masak, call mintak resepi. Of course rasanya takkan sama sebab air tangan yang masak pun orang lain. Ok lah dari dok teringat-ingat dalam kepala macam orang mengidam pula.  Jom tengok resepi ayam ungkep ni.

Resepi Ayam Ungkep

Bahan-bahan:
1 ekor ayam siap potong
1biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
4 batang serai
1sb or less jintan manis (tumbuk)
1sb or less biji ketumbar (tumbuk)
Halia
Kunyit hidup (saya ganti serbuk kunyit)

Cara-Cara:
1. Tumbuk jintan manis dan biji ketumbar
2. Blend bawang besar, serai, halia, dan bahan tumbuk
3. Campurkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
4. Gaul dengan ayam
5. Panaskan minyak (jangan banyak sangat)
6. Masukkan ayam dalam kuali
7. Letak air
8. Tutup kuali dan masak sehingga air kering dan empuk.
9. Kalau jenis suka pedas, boleh letak cili api

RESEPI AYAM UNGKEP
Sediakan bahan-bahan

RESEPI AYAM UNGKEP
Tumbuk jintan manis dan ketumbar

RESEPI AYAM UNGKEP
Masukkan semua ke dalam blender

RESEPI AYAM UNGKEP
Lepas masukkan serbuk kunyit (sebab tak guna kunyit hidup)

RESEPI AYAM UNGKEP
Gaulkan semuanya hingga sebati

RESEPI AYAM UNGKEP
Gaulkan dengan ayam


RESEPI AYAM UNGKEP
Masak dalam kuali dan tutup

RESEPI AYAM UNGKEP
Tadaaaa. Dah siap. Sedappp weh!

RESEPI AYAM UNGKEP

Sebenarnya banyak versi resepi ayam ungkep ni. Ada yang letak santan dan ada yang tak. Tapi versi bapak yang memang asal orang jawa tak letak santan. Katanya dulu mereka orang susah. Nak bagi lauk tahan lama, tak letak santan.

Dah siap masak, makan dengan nasi panas. Fuh, jangan salahkan lauk kalau makan bertambah.

Nota: Baru tahu 'ungkep' maksudnya 'tutup'. Nak masak memang kena tutup. 😂



BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND -PART 2

Assalamualaikum,

Bersambung balik post BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND -PART 1 sebelum ini.

Hari ke-2:-
Tempat pertama kami singgah pada hari kedua adalah Taman Rama-Rama. Zayd yang bersungguh-sungguh nak tengok rama-rama katanya dan asyik ajak sejak hari pertama lagi. Entah rama-rama dah bangun ke belom. Taman rama-rama ni pun tak jauh dari hotel kami. Start buka pada pukul 9.00 pagi. Bayaran masuk pula untuk dewasa RM7, dan kanak-kanak RM4. 


Dalam taman rama-rama ini bukan setakat ada rama-ramai je, tapi ada banyak lagi binatang lain lebih kurang seperti mini zoo. Sesuai untuk bawa anak-anak ke sini. Cuma kalau ada stroller tu tak sesuai bawak sebab jalan berbukit dan bertangga sikit.

Lepas tu kami singgah ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Kali ni berbeza sikit sebab kami berpeluang masuk ke dalam Kilang Proses Teh. Sebelum ni memang tak tahu pun boleh masuk melawat ke dalam kilang ni.

Untuk parents yang ada anak kecil dan bawa stroller, kalian tak payah susah nak ikut laluan bertangga untuk naik ke atas tu. Boleh bawa stroller dengan laluan kenderaan yang naik ke atas. Jalan bertar dan senang untuk tolak stroller anak.


Laluan ini bertangga dan susah kalau bawa stroller
Laluan alternatif untuk parents yang bawa stroller
Untuk melawat masuk ke kilang teh, tiada bayaran dikenakan tetapi perlu menunggu masa lawatan tertentu yang telah ditetapkan.


Ruang menunggu
Masa lawatan
Pintu masuk ke kilang

Opsss. Ilah tak dapat nak kongsikan gambar dalam kilang sebab kami tidak dibenarkan untuk ambil gambar mahupun rekod video. Keseluruhannya ianya adalah pengalaman yang baru untuk kami dapat tengok real process teh dari daun sampailah jadi serbuk teh tu. Cuma teh yang ada perasa seperti strawberi semua tu tidak di proses disini, tapi di kilang packaging yang lain. Sini process raw tea sahaja. hehe.

Lepas tu kami gerak ke Big Red Strawberry Farm pula. Teringin nak makan waffle. 😋


Dah siap makan lebih kurang jam 12.00 tengahari, kami terus balik ke hotel untuk rehat. Skip lunch nasi sebab perut still kenyang. Haha.

Lepas rehat di hotel, kami keluar semula lebih kurang jam 3.30 petang ke Cameron Valley. Ni tempat wajib minum air teh tarik dan makan scorne okeh! Scorne di sini lebih sedap dan lembut berbanding di tempat lain. Ni yang ilah rasa la dan abah Zayd pun setuju hal yang sama. Hehe




Zayd makan kek coklat


Sejujurnya memang best feeling layan udara sejuk dekat Cameron Highland ni sambil minum air teh yang panas. Sejuk mata memandang pokok teh menghijau. Kalau dulu nak turun bawah ni FREE je, sekarang nak turun bawah kena bayar RM3 seorang. Kami memang tak turun lah. Haha

Lepas selesai minum dekat Cameron Valley, salah satu tempat yang wajib kami singgah semata-mata nak makan aiskrim adalah KHM Strawberies & Jam. Aiskrim dia memang sedap dan rasa manis jem strawbery tu. Eh, memang feveret ilah la. Haha.



Jam pun dah menunjukkan hampir 5.30 petang, sebelum gerak balik ke hotel, kami singgah ke Pasar Malam Cameron Highland pula. Pasar malam ni wajib singgah okeh. Cuci-cuti mata, cari makanan jagung dan ubi panas syok jugak tu. Last visit kami hujung tahun 2016 pasar malam Cameron Highland terletak di Berinchang. Now dah berpindah ke kawasan baru yang lebih selesa, parking pun mudah. Tempat pasar malam dah bertukar lokasi baru dekat Jalan Golden Hill. Kawasan yang lebih selesa dan mudah untuk parking.

Waktu pasar malam hanya hujung minggu sahaja tau. Bukan setiap hari.
Hari: Jumaat-Sabtu
Masa: 5.00petang-9.00malam
Lokasi: Jalan Golden Hill



Make sure korang nak beli makanan sekalipun ubi atau jagung panas daripada peniaga muslim ye. Walaupun jagung atau ubi rebus je, tapi kita tak pasti alat yang digunakan tu suci atau tidak. hehe

Sebelum gerak balik ke hotel, kami singgah ke Medan Selera Box Port. Ada masakan panas dan beberapa pilihan kedai makan yang lain. Recommended!


Dah siap makan malam, kami balik hotel dan berehat. Boleh tahan penat juga seharian berjalan. Kami ni bertuah sebab orang tak ramai waktu itu. Seronok ke sana ke mari tanpa jem. Hehe

Hari ke-3:-
Keesokkannya  awal pagi kami checkout dah singgah Kea Farm. Beli sedikit buah tangan jagung, ubi dan buah strawberry untuk dibawa pulang. Fuhh syiokk berjalan awal pagi. Kabus tebal, bercakap pun mulut keluar asap. Haha.

Plan asal dalam perjalanan turun balik tu nak singgah Lavender Farm. MasyaAllah ramai nya orang menunggu diluar sementara waktu masuk dibuka. Kelihatan juga ada beberapa bas. Kami terus cancel. Takpelah tak singgah pun. Sebab sebelum ni dah pernah singgah.

Otw balik kami singgah ladang teh boh sekali lagi untuk breakfast. Actually unplanned plan. Lagipun waktu masih awal. Layan teh tarik dulu la. Haha


Dah siap makan, kami pun gerak balik KL. Sambungbrehat di rumah pula. Bagi laluan orang lain pula bercuti.

Kami beruntung sebab tak perlu bersesak. Dengar kata memang ramai orang naik dan bercuti di Cameron Highland pada long weekend tu. Jadi, plan your vacation very well. Jangan tukar percutian yang tenang jadi stress pula sebab sesak. hehe


Macam biasa setiap kali nak solat dan mandi, ilah cuci muka guna pencuci organik Youth. Bebas dari bahan kimia dan sesuai untuk semua jenis kulit. I love it!


Siapa kata duk puncak atas Cameroh Highland tu tak kena panas terik. Panas terik jugak lah. Jadi wajib sapu sunblock spf50 with moisturizer Youth untuk protect kulit dari pancaran sinaran UVA UVB. Umur dah bertambah ni, risiko jeragat tinggi. Hehe. Cegah sebelum terlambat.


Aaaa. boleh tahan penat jugak menaip semata-mata nak update post jalan-jalan. So ilah salute dekat blogger yang rajin update setiap kali berjalan dan makan. Haha. Takpe, practices make perfect kan?