PERLUKAH IBU RASA MALU MENYUSU DI TEMPAT AWAM?

KHAS BUAT IBU YANG RASA MALU...

Khas untuk ibu yang selalu bagi alasan rasa malu dan segan untuk menyusukan anak apabila di luar rumah atau di tempat awam sebab ada lelaki, atau pam di tempat kerja sebab ada staf lelaki, percayalah dulu saya pun ada rasa yang sama.

Malu itu fitrah manusia. Tapi biarlah malu bertempat.
Malu menyusu, kelaparan lah anak kita.

Kalau ibu ada rasa malu kerana takut orang nampak atau aurat terbuka, carilah tempat yang selamat. Paling mudah, saya akan pakai baju khas untuk menyusu dan nursing cover adalah  antara benda wajib yang akan saya bawa ke mana-mana bila keluar rumah. Letak sahaja dalam beg.

Memang tidak dapat dinafikan juga suami memainkan peranan yang penting. Suami sebagai pendamping buatkan saya rasa lebih selamat untuk menyusu di mana-mana sahaja tak kira masa. Suami saya pula tak kisah menyusu di tempat awam asalkan anak tak kelaparan. Syukur suami menyokong dan memahami. 😊

Masa saya bekerja dulu pun sebelum ada anak, permandangan staf wanita pam di meja atau workstation itu adalah permandangan biasa dan kami sedikitpun tidak rasa terganggu. Malah cuba memberi kerjasama dan sokongan jika mereka perlukan. Contohnya kedudukan meja agak sedikit jauh dari kedudukan printer, jadi kami akan tolong untuk ambilkan kertas yang telah diprint ketika mereka bekerja sambil pam susu. Ini juga merupakan salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu di tempat kerja.

Tiada yang perlu dimalukan dengan penyusuan ibu. Selagi kita menjaga pembawakan kita tanpa buka aurat dan niat menyusu kerana tanggunggjawab amanah Allah, InsyaAllah akan terpelihara dari pandangan dan fikiran jahat manusia menyusu anak ini perkara memalukan atau lucah.

Saya pernah menyusukan anak sambil berjalan.
Saya pernah berhenti jogging sekejap semata-mata nak susukan anak.
Saya pernah menyusukan anak bersimpuh atas lantai di Mall sebab tiada tempat duduk.

Suami perlulah sokong ibu ye.

Banyak lagi lah kenangan susukan anak ni. Ibu-ibu pun mesti ada jugak kan? 😀

Klik sini untuk baca 6 TIP MENYUSU DI TEMPAT AWAM.




Nak tahu jenis-jenis nursing cover yang cantik dan boleh jadi banyak pilihan ibu-ibu? Klik sini untuk baca JENIS-JENIS NURSING COVER pilihan ibu.

Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA