UNLOCK FREE 2022 COOKIDOO 3.0 VOUCHER REWARD FROM THERMOMIX

 
Assalamualaikum,

Alhamdulilah. Dapat reward FREE 2022 Cookidoo 3.0 voucher yang bernilai RM245. This reward Thermomix bagi hanya setahun sekali je. Syukur sangat bila dapat reward ni. Ini secara tidak langsung saya dapat FREE Cookidoo subcription untuk tahun 2022.

 Alang-alang guna thermomix, why not grab reward dari HQ kan? 😊
Memang banyak kelebihan apabila kita berdaftar jadi sebagai Thermomix Advisor.

Ada yang nak tahu dan berminat untuk jadi thermomix advisor juga and to be part of our team?
Ask me now :)


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI TANGZHONG MILK BREAD THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,
 
Teringat masa tempoh PKP 1.0 pada awal tahun 2020 bila krisis demand roti Gardenia melebihi supply secara tiba-tiba. Dan pada tahun 2021 tiba-tiba harga roti pula naik? 

Jomm apa kata buat sendiri je roti. 😊

Tangzhong ni apa?
'Tangzhong is a cooked gelatinous mixture of liquid and flour. It is used to replace a portion of the flour in the traditional bread recipes. Tangzhong makes the bread softer and stay fresh longer.' (Sumber: google)- Jadi step awal tu yang kita campur tepung dan susu tu dipanggil 'Tangzhong'. Itu yang membezakan cara buat roti lain.

Sejujurnya kalau takde thermomix ini, saya pun tak tahu kewujudan tangzhong milk bread ni dan mungkin takkan buat seuumur hidup saya. Terima kasih Thermomix! 💓

Jom kita tengok resepi dan cara-caranya. Resepi ini saya ambil dari Cookidoo  ye.

RESEPI TANGZHONG MILK BREAD THERMOMIX
Bahan A:
20g tepung roti
100g susu

Bahan B:
130g susu
1 bj kuning telur
30g gula kastor
1/2 sk garam halus
10g susu tepung
290g tepung roti
1 sk yis

Bahan C:
25g butter

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Tangzhong Milk Bread' dan Start Cooking.
2. Masukkan bahan A dan masak [3min/80'C/sp.3]. Biarkan seketika 10-15mins.
3. Masukkan bahan B dan uli [Dough/4min]
4. Masukkan bahan C dan uli sekali lagi [Dough/1min]
5. Keluarkan doh dari mixing bowl dan ratakan doh guna rolling pin dan gulung. Tunggu sehingga doh naik 2x ganda (~30-45min)
6. Bahagikan kepada 3 bahagian, rata dan gulung doh. Masukkan ke dalam loaf tin dan tunggu sehingga doh naik.
7. Spray dengan air sejuk dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 25min atau sehingga masak.

Link Cookidoo:
https://cookidoo.international/search/en?query=tangzhong+milk+bread

Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan bersama homemade pandan kaya / kaya.

Selamat mencuba~😊
Fesh bread from oven
Walaupun rupa tak berapa cantik, tapi hasilnya sangat sedap!
Memang puas hati sangat dapat buat roti sendiri.
Tekstur dalam roti sangat lembut
Boleh dihidangkan dengan homemade pandan kaya
Nak lagi sedap, boleh kukus sekejap roti tu dan makan. 
Rasa sebiji macam makan roti kaya kat kedai :D


Klik sini untuk tengok resepi HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX TM6

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Post kali ini saya nak kongsikan resepi dan cara untuk buat homemade pandan kaya menggunakan thermomix. Sejujurnya ini kali pertama saya buat dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Sebenarnya tak pernah terlintas nak buat pandan kaya ni sendiri. Sebab fikir beli tu lagi senang. Alang-alang beli roti, beli terus kaya. Haaa..

Sekarang bila dah pandai buat roti, why not cuba je la kan? Lagipun resepi dari Cokidoo memang hampir 100% akan menjadi. Jom kita tengok resepi dan caranya di bawah. 😀

 RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA THERMOMIX

Bahan A:

15-20 helai daun pandan yang dipotong pendek (~10cm)

Bahan B:
50g gula kastor
3 biji telur(~150g)

Bahan C:
180g santan (1 kotak kecil)
20-30g jus pandan yang diperah

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Homemade pandan Kaya'
2. Setkan speed 10 dan buka measuring cup. Masukkan bahan A. Kurangkan speed secara perlahan-lahan sebelum tekan selector untuk stop.
3. Tapis dan perah daun pandan menggunakan untuk dapatkan jus pandan.
4. Bilas mixing bowl dengan air dan lap kering.
5. Masukkan bahan B dan mix [30sec/sp.3]
6. Letak butterfly whisk dan masukkan bahan C. Buka measuring cup dan masak [45min/98'C/sp.1.5]
7. Keluarkan butterfly whisk dan sedia untuk dihidangkan.
8. Simpan dalam bekas kedap udara dan dalam peti.

Boleh dihidangkan dengan homemade killer toast/tangzhong milk bread. Selamat mencuba! 😊

Daun pandang yang telah siap di blend

Pandan Kaya yang dah siap :)

Simpan di dalam bekas dan balance boleh disimpan dalam peti


Sedap dimakan bersama homemade Tangzhong milk bread :)


Hasilnya memang sedap ala-ala papa rich. Cubalah okey :)



Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman pertama kali saya buat air soya sendiri. Pertama kali juga saya minum fresh and warm homemade soy milk. 

Sedap rupanya soya suam ni berbanding soya sejuk dan dalam kotak atau beli diluar. Air soya fresh memang lain rasanya. Paling tak sangka, tak susah seperti yang disangka. 

Resepi ini saya follow dari Cookidoo sahaja. Antara kelebihan homemade soya milk ni kita boleh control dan pilih bahan-bahan yang digunakan seperti menggunakan non-gmo kacang soya dan gula organik atau langsung tidak letak gula.

Jomm kita tengok resepi dan cara membuatnya.

HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX

Bahan A:
200g kacang soya

Bahan B:
Kacang soya yang direndam
600g air

Bahan C:
600g air

Bahan D:
Air soya yang ditapis
3 helai daun pandan yang disimpul

Bahan E:
60-80g gula putih secukup rasa

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Soy Milk' dan Start Cooking
2. Rendam kacang soya semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. Tapis menggunakan simmering basket dan bilas dengan air.
3. Masukkan bahan B ke dalam mixing bowl dan blend [1 min/sp.8]
4. Masukkan Bahan C dan mix lagi [10sec/sp.3].
5. Tapis air soya menggunakan penapis atau kain. Kemudian bilas mixing bowl sehingga bersih.
6. Masukkan bahan D dan masak [18min/90'C/sp.2]. Buka measuring cup dan letakkan simmering basket diatas penutup.
7. Masukkan bahan E dan mix [1min/sp.2]

Link Cookidoo:
https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r364760

Sedia untuk dihidangkan. Sedap diminum ketika suap dan juga sejuk. Selamat mencuba~ 😊

Ini kacang soya yang telah direndam. Saya buang kulit soya terlebih
dahulu sebelum blend.
Fresh and warm soy milk by thermomix
Homemade soy milk. Sedap diminum ketika suam atau sejuk
Sedia untuk dihidangkan


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI DONUT QUIN MUDAH DENGAN THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak tunjukkan cara dan resepi buat donut tanpa tunggu doh kembang dengan mudah menggunakan thermomix.

Donut ini memang kegemaran anak-anak. Bila ada thermomix memang memudahkan saya untuk buat donut dan kali pertama saya mencuba resepi ini, hasilnya memang menakjubkan. Seronok betul saya. Jom kita tengok resepi dan video cara membuatnya.😊

 RESEPI DONUT QUIN THERMOMIX

Bahan A:
200g air masak
11g yis segera
50g butter/marjerin
20g shortening (tak letak)
30g gula 
30g susu pekat
1biji telur

Bahan B:
500g tepung gandum
1/2sk garam halus

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan mix [2min/37'C/sp.2]
2. Masukkan bahan B dan uli [dough/3min]
3. Keluarkan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Saya timbang doh 40g/each. 
4. Bentukkan bulat dan boleh terus goreng tanpa rehatkan doh.
5. Untuk buat stok frozen, goreng separuh masak dan simpan dalam peti.

Selamat mencuba~😉
Kredit resepi: Puan Quin

Memang cantik betul kejadian donut ni. 

Nampak sangat gebu kan?

Paling penting, donut sangat lembut.

Lebihan tu kita simpan buat stok. Goreng seketika dan tunggu 
sejuk sebelum simpan dalam bekas dan letak dalam peti. Bila nak makan,
keluarkan dan terus goreng. Mudah sangattt aih. :)


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya.

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI KEK PISANG THERMOMIX TM6 GUNA SUKATAN CAWAN

 

RESEPI KEK PISANG THERMOMIX GUNA SUKATAN CAWAN
Bahan A:
3 biji telur
1 cawan gula kastor (sy kurangkan 3/4 cawan)
1 cawan minyak masak
1sk esen vanila
Bahan B:
4 biji pisang berangan atau 8 biji pisang emas atau yang kecil. Taknak lenyekkan pun takpe.
(Nak effect kek gelap, lenyekkan dan biarkan seketika)
Bahan C:
2 cawan tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
Cara-cara:
1. Panaskan oven dahulu selama 10 min, suhu 160'C, api atas bawah.
2. Masukkan butterfly whisk ke dalam mixing bowl.
3. Masukkan Bahan A dan mix [5min/sp.3.5]
4. Remove butterfly whisk. Masukkan Bahan B dan mix [15sec/sp.5]
5. Masukkan Bahan C dan mix [45sec/sp.3]
6. Masukkan dalam bekas dan bakar selama 40-60min, suhu 160'C. Masa bergantung kepada oven.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😊
#tm6withfadzielah
#thermomixmalaysia
#thermomixadvisor
#tm6withfadzielah_video









IKON PENYUSUAN SUSU IBU 2021


Alhamdulilah. Thank you for this opportunity. Sempena Bulan Penyusuan 2021.

Sebenarnya tak expect apa-apa pun. Dapat berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai ibu menyusu dan breastfeeding peer counselor dalam interview pun sudah bermakna bagi saya. Saya percaya, ada ramai lagi yang lebih hebat berjuang dalam membantu ibu-ibu lain menyusu.

Dipendekkan, saya hanyalah seorang ibu biasa. yang pertama kali mengandung dan bersalin pada tahun 2016. Tapi saya dapat pendedahan breastfeeding awal dari ibu-ibu di office saya. Dari situ saya mula buat persediaan dengan membaca.

Disangka mudah, tapi sebenarnya penuh onak duri dengan air mata. Tapi gagahkan diri juga demi anak tercinta. Alhamdulilah anak pertama berjaya susukan sehingga 2y9m. Terima kasih pada suami saya yang banyak juga bagi sokongan.

Macam-macam ujian dan cabaran saya hadapi. Nampak mudah, tapi tak. Sakitnya, peritnya Tuhan sahaja yang tahu dan saya pasti ibu-ibu lain juga pasti memahaminya. Setiap ibu dan anak akan lalui ujian yang berbeza. Dan semua ibu yang berjuang dan berusaha untuk susukan anak adalah hebat. Rezeki dan ujian etiap orang juga berbeza.

Saya pernah alami mastitis teruk, anak prolong jaundice hampir 2bulan lamanya, menyusu anak ketika positif c0v1d, anak confuse serta reject df dan sebagainya. Setiap ujian pasti ada hikmahnya bukan?

Sokongan dari sahabat dan ibu-ibu yang banyak respon membuatkan saya bersemangat untuk bantu ibu-ibu lain yang sama macam saya.

Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar guru-guru dan mentor dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. Saya akan pikul amanah itu untuk terus bantu dan bimbing ibu lain sampai bila-bila meskipun saya tidak lagi menyusukan anak saya.

Dengan ilmu,bimbingan dan sokongan, saya percaya setiap ibu boleh menjayakan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya dalam waktu pantang dan 6 bulan pertama.

Fadzielah Ayub
Pejuang susu ibu
Ibu kepada 2 anak kandung, 5 anak susuan

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

RESEPI BURNT CHEESE CAKE KHAIRUL AMING THERMOMIX TM6 YANG MUDAH


Walaupun dalam cookidoo dah ada resepi burnt cheese cake, tapi kali ini saya buat secara manual ikut resepi khairul aming. Memang mudah sangat okeh. 😊

BURNT CHEESE CAKE THERMOMIX 
resepi Khairul Aming

Bahan-bahan:
-250g cream cheese 
-200g whipping cream 
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-1 biji kuning telur
-2 sudu besar tepung gandum
-1sk esen vanila
-Secubit garam

Cara-cara:
1-Masukkan semua bahan dalam mixing bowl. Blend [20sec/sp.6]
2-Tuang dalam loyang.
3-Bakar guna api atas bawah, dengan suhu 180°c selama 40minit. Ikut oven masing-masing.  Kemudian 5 minit api atas sahaja.
4-Rasa dah hangus permukaan kek tu, boleh turn off oven. Biar sekejap. 
Sedap bila makan sejuk yang dikeluarkan dari peti. 😊



Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor








JOM BUAT TEH TARIK THERMOMIX


Ini antara yang paling femes dan menu pertama wajib cuba bila thermomix sampai. haha

Banyak bagi feedback rasa teh tarik tm6 sedap macam mamak punya! Fuhh.

Saya sendiri dah try dan memang repeat buat especially untuk minum pagi. Memang sedap! Balance teh tarik tu simpan dalam peti sejuk lagi sedap! Haha

Ada 2 cara ye untuk buat teh tarik ni. Samada guna serbuk teh atau boleh guna jugak uncang teh. Dalam video ini saya ganti susu cair guna susu kotak barista. Habis pulak susu cair. 😆

Boleh check resepi teh tarik thermomix dari cookidoo:

RESEPI TEH TARIK THERMOMIX from Cookidoo:
Ingredients:
4 tbsp black tea leaves or 12 black tea bags (see Tips)
1000 g water
120 g evaporated milk
150 - 230 g sweetened condensed milk (see Tips)

Preparations:
1. Place tea and water into mixing bowl and heat 7 min/90°C//speed 1. Using a fine-mesh sieve, strain into a jug (see Tips). Rinse mixing bowl.

2. Place tea, evaporated milk and condensed milk into mixing bowl and blend 10 sec/speed 8. Divide between glasses and serve hot.

Selamat mencuba ya 😊


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

Cooking Show Ep.10: 10 Menu 1 Jam


 Hooray! Weekend datang lagi!

Maksudnya apa?
Macam biasa, rancangan memasak bersama team no1 di Malaysia bersiaran kembali.
Minggu ni special skit sebab saya sendiri pun macam tak percaya.

10 MENU DALAM MASA SATU JAM JERR? WHAT?!!!

Ye.. Itu kata mereka lah. Saya pun tak sabar nak tengok. Possible ke tak?

Jomm!! siapa nak join boleh komen kat bawah. Open to all samada dah ada atau belum ada thermomix lagi.

Rugi tak join sebab pasti akan dapat belajar tip & trick memasak gaya chef dengan masa yang singkat. Best kan?

Jomm! Tekan link whatsapp saya segera. 😊


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

APA AKAN JADI KALAU KITA GAGAL?

Kenapa ada orang takut nak gagal?
Eh, ikutkan saya sendiri pun takut gagal.

APA AKAN JADI KALAU KITA GAGAL?

Kalau kita gagal sekali pun,
Kalau kita kena bermula sekali pun,
Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman dan pengajaran.
Kita dah pernah buat dan kita tahu mana silap kita.
Jika kita bermula sekali lagi,
Kali kedua takkan sama dengan kali pertama.
Jika kita bermula sekali lagi,
Kali ketiga pasti tidak akan sama dengan kali kedua.

JANGAN TAKUT.

Yang perlu kita takut adalah, 
KITA TIDAK BELAJAR DARI KEGAGALAN.


Note to self.

PENGALAMAN INTERVIEW CALON IKON PENYUSUAN SUSU IBU 2021

Alhamdulilah.

Pengalaman kali pertama interview sebagai calon ikon penyusuan. Dapat tak dapat tu lain cerita, yang paling penting saya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya sebagai ibu menyusu dan juga breastfeeding peer counselor.

Kalau nak cerita pengalaman dan perjalananan menyusu ni memang panjang. Penuh suka dan duka.

Saya pasti, semua ibu menyusu pun begitu. Boleh tersenyum dan mengalir air mata kenang kembali saat susah payah nak susukan anak ni.

Setiap orang, ada cabaran dan rezeki masing-masing. Tak perlu bersaing atau membanding-bandingkan satu sama lain.

Bila kita jadi ibu. Kita semua sama.

Semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Doakan saya dapat bantu lebih ramai lagi ibu-ibu menyusu di luar sana ya.

Kesian budak kecik ni, nangis teresak-esak dah tak jumpa ummi beberapa minit. haha.

Terima kasih Zayd sebab jagakan adik. Siap mintak upah kartun lagi tuu. adoii



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA