CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share resepi homemade playdoh yang sangat mudah dan simple. Kita guna bahan-bahan yang ada dekat dapur sahaja.

Aktiviti ni sesuai dan selamat untuk Zayd yang baru masuk 8bulan masa itu (May 2017).

Kelebihan bermain dengan playdoh ni dapat meransang kemahiran motor halus anak (fine motor skills) sebab melibatkan aktiviti tekan, menarik, menguli, dan menggelek playdoh. Anak-anak bebas bermain ikut imaginasi mereka buat pelbagai bentuk.

RESEPI MUDAH HOMEMADE PLAYDOUGH

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak/zaitun
2 sudu besar krim tartar (optional. saya tak letak sebab tak available kat rumah)
2 sudu kecil pewarna makanan
1/4 cawan garam

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kemudian gaul sampai sebati. Sebaiknya guna jer periuk nok-stick supaya tak melekat.

2. Masak dan kacau sehingga sebati atas api yang sederhana. Jangan besar sangat takut hangusss.

3. Asingkan kepada 2 bahagian (saya guna 2 warna sahaja) dan titiskan pewarna makanan. Ada orang campur pewarna sebelum masak. Terpulang cara masing-masing. Sebab saya malas banyak kali masak, jadi pewarna letak kemudian.

4. Sejukkan dan uli sehingga sebati. Kalau rasa lembik, jangan panik. Tambah sedikit demi sedikit tepung sampai dapat tekstur yang cantik.

Mudah kan?

Saya balutkan playdoh guna wrapping plastic sebab waktu itu Zayd masih kecil. Walaupun berbalut, masih lagi boleh tekan-tekan buat bentuk.

Nampak seronok jerr Zayd main tekan-tekan tu.

Tips nak tahan lama: Simpan dalam peti.

Semoga bermanfaat.

CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT

CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT
CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT

CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT

CARA BUAT HOMEMADE PLAYDOUGH SELAMAT




RESEPI HOMEMADE APAM BALIK

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan Resepi Apam Balik yang mudah dan boleh sediakan dari rumah sahaja. Kadang-kadang tekak teringin jugak nak rasa makan apam balik dekat pasar malam tu, tapi maklumlah bila dah ada anak kecil, saya jarang bawa anak kecil keluar ke tempat awam yang ramai orang. Bila rasa nak makan, terus tiba-tiba ummi Zayd ni jadi rajin.

Okay, jom tengok bahan-bahan dan cara masak yang simple.

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1biji telur
1/4 atau 1/2 cawan gula (ikut tahap manis)
1 1/2 cawan air
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.

2. Pukul telur dan gula guna wisk/garfu sehingga sebati dan kemudian masukkan air, garam dan sedikit pewarna teruskan kacau sehingga sebati.

3. Masukan tepung dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tak berketul. Guna penapis senang nak gaul.

Bahan inti:
Kacang tanah di blend (goreng dulu sebelum diblend)
1 tin jagung
Planta
Gula secukupnya

Cara masak:

1. Kalau pakai kuali nonstick, tak perlu letak planta. Kalau kuali jenis melekat, letak sedikit planta supaya tak melekat.

2. Bila dah macam gelembung dan ada lubang-lubang, boleh letakkan sedikit planta, taburkan kacang dan gula.

3. Lipat dua dan angkat bila sudah masak.

Nota: 
Untuk Zayd, saya buatkan apam balik yang tidak bergula. Elakkan makanan manis untuk anak-anak ye.


Bila buat homemade apam balik ni, kos pun jimat dan yang penting tak terlalu manis. Cukup-cukup rasa je untuk elak kencing manis nanti. Berpada-pada tabur gula tu jangan berlebihan pulak ye.




JENIS AKTIVITI UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum, 

Sesetengah ibu bapa sering bagi alasan TAK TAHU NAK BAGI ANAK MAIN APA. Lalu, dihulur dan diberikan sahaja gajet pada anak asalkan anak duduk diam dan tidak menganggu kita buat kerja. 

Mulanya saya juga ada persoalan yang sama. Selalu buntu dengan soalan NAK BAGI ANAK MAIN APA YE? Soalan dia lebih kurang sama susah dengan NAK MAKAN KAT MANA YE? Haha.. 

Okay, saya nak berkongsi jenis dan kategori aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama dengan anak. Persoalannya, TUJUAN sebelum melakukan sesuatu aktiviti itu sangat penting supaya kita boleh mencapai objektifnya. Supaya apa yang anak main itu dapat membantu perkembangan dan skill mereka. 

APA ITU SENSORY PLAY, FINE MOTOR SKILL & GROSS MOTOR SKILL?


SENSORY PLAY (Aktiviti Ransangan)

Sensory play ni adalah aktiviti untuk meransang dan membantu perkembangan deria anak-anak kita. Aktiviti ni melibatkan deria sentuh, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran. 

Kebiasaannya, sensory play boleh mula seawal 3-6 bulan dan pilih permainan mengikut kesesuaian anak kita. 


APA ITU MOTOR SKILL (Kemahiran Motor)? 

Motor skill ni terbahagi kepada dua iaitu Fine Motor Skill dan Gross Motor Skill. Maksud motor skill ni adalah kebolehan bergerak apabila otak, sistem saraf dan otot berfungsi serentak.


FINE MOTOR SKILL (Kemahiran Motor Halus)

Merupakan pergerakan kecil seperti pegang sudu, kutip barang yang biasanya gerakan otot kecil anggota tubuh yang melibatkan jari kaki, jari tangan, mulut, lidah, mata dab sebagainya.


GROSS MOTOR SKILL (Kemahiran Motor Kasar)

Merupakan pergerakan besar yang melibatkan otot besar di seluruh anggota tubuh terutama tangan dan kaki. Contohnya merangkak, berdiri, berlari, berjalan, melompat, duduk, tepuk tangan dan sebagainya. 

Bila dah tahu skill yang perlu diransang untuk anak-anak, kita pun takde lah kering idea nak main apa dengan anak kan? Kita letakkan tujuan dan kemudian fikirkan aktiviti yang sesuai dengan tujuan itu. 

Contohnya, aktiviti hari ini adalah untuk Gross Motor Skill, maka kita boleh bawa anak ke playground atau biarkan anak bermain sepak bola walaupun di dalam rumah. 

Harap-harap perkongsian saya ni bermanfaat ye. Semoga kita menjadi ibu bapa yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Nak tahu aktiviti Zayd? Boleh klik KID ACTIVITIES untuk perkongsian saya aktiviti Zayd. 



HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI

Assalamualaikum,

Bila anak dah makin besar kan, mesti kita tak sabar nak masak macam-macam makanan untuk anak kan? Saya pun macam tu la, excited nak cuba resepi baru untuk Zayd. 

Kalau nak masak untuk suami, memang kalau boleh nak masak yang sedap-sedap dan CUKUP RASA. Tapi untuk anak atau bayi pula, seeloknya kita ELAKKAN gula dan garam dalam masakan anak-anak. Boleh gantikan garam dengan serbuk ikan bilis untuk sedikit ada rasa masin. 

Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4jam untuk pastikan 95% sodium iaitu garam daripada ikan bilis larut. 

Kita ganti air rendaman tu supaya hilang rasa masin garam. Lepas tu tapis air dan sangai atas kuali. Tak perlu gunakan minyak. 

Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. 

Kemudian sejukkan dan blend sampai hancur. 

Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. 

Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak. 😉 


Nota:

Kenapa perlu rendam dulu? Sebab proses keringkan ikan bilis dari laut sama macam buat ikan kering. Garam digunakan sebagai bahan pengawet. 

Semoga bermanfaat untuk mommiess.  Caranya sama juga jika untuk buat serbuk ayam. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan.

Boleh tengok gambar dan video yang saya kongsikan.

HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI
Sangai sampai garing tanpa minyak

HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI
Lepas sanggai, tunggu sehingga sejuk sebelum blend.

HADIAH UNTUK DIRI SEMPENA RAMADHAN 2018



Masa ummi dekat kampung, saje rajin pulak nak jenguk rak buku. Lepas tu terpandang alquran lama ummi lebih 20 tahun lepas. Warna coklat, kulit pun dah tertanggal dari isi.

Rasanya dah lebih 10 tahun tak bukak alquran tu sejak ada mini alquran tafsir warna merah. Lepas masuk UTP, hanya mini tafsir alquran jadi teman, sebab senang nak bawak.

Ummi amik wudhuk, terus capai alquran tu. Bukak satu persatu helaian. Allahu.. rindunya zaman kanak-kanak dulu.  Lidi batang sate pun masih ada terselit di celah helaian muka surat kalamullah itu. 😊

Masa kanak-kanak dulu, kami berlumba kayuh basikal pergi pondok mengaji. Berlumba-lumba nak alih ayat dengan kawan-kawan dan sepupu. Balik rumah mengaji lagi, berharap esok lancar baca depan tok guru, boleh alih ayat baru lagi. Satu kejayaan untuk diri sendiri.

Tak sabar-sabar nak cepat khatam alquran sebab nak makan pulut kuning. Orang kampung memang begitu. Khatam alquran tu kira kejayaan besar bagi anak, terus kenduri buat pulut kuning, belanja tok guru sekali.  Tanda syukur anak pandai mengaji. 😊

Alhamdulilah. 20 tahun lepas umur 9 tahun boleh khatam alquran dah. Rasa nak menangis bila ingat balik.

Sekarang, dah makin hampir ramadhan. Apa persiapan yang dah buat? Sejujurnya, macam takde.

Ummi ajak adik keluar. 'Jom teman kaklah cari barang skit.' - Adik setuju.
.
Puas pusing akhirnya jumpa jugak alquran baru lebih kurang sama dengan alquran dulu. Feeling-feeling rasa mengaji depan tok guru pun ada. Terubat rindu. Semoga Allah rahmati tok guru, We Nik.

Entahla, rasa lain. Inilah hadiah terbesar untuk diri sendiri untuk ramadhan tahun ini. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Ummi tinggalkan alquran lama di rumah, sebab banyak kenangan kami masa kecil semua tersimpan di rumah tu. Biarlah..

Semoga kita sempat menjemput ramadhan tahun ini. Ameen.

FadzielahAyub @ Ummi Zayd
Tetiba teringat zaman manis kanak-kanak dulu.

DETIK MAGIK #1

Detik Magik Fadzielah Ayub
Abdullah Zayd bin Ahmad Zakwan
15months, Dec2017

RESEPI KEK BUTTER GEBU

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak  nak share resepi kek butter gebu yang sangat mudah dan simple. Tapi sedap sangat bila makan bersama teh o suam untuk minum petang bersama keluarga. Kek ini memang kegemaran saya sejak dulu lagi. Bila rasa nak makan je, terus masuk dapur dan buat.

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan buttercup / marjerin
3/4 cawan gula kastor / gula halus
2 cawan tepung penaik diayak
2 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

*Boleh tambah 2-3 sudu besar sunquick dan parut kulit oren untuk perasa
*perwarna kalau nak colourful

Cara-caranya:
1. Pukul butter bersama gula kastor sampai kembang
2. Kemudian masukkan telur satu persatu
3. Pukul adunan sampai sebati dan kembang
4. Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis
5. Masukkan tepung penaik yang telah diayak dan pukul sampai sebati
6. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu butter / marjerin dan dialas kertas
7. Bakar selama 40 minit pada suhu 180darjah sehingga masak (suhu bergantung pada oven masing-masing)

Hasilnya sangat sedap, gebu dan sesuai untuk hidangan bersama keluarga. 

RESEPI KEK BUTTER GEBU

RESEPI KEK BUTTER GEBU

RESEPI KEK BUTTER GEBU






TIP TAK SEMPAT NAK LIPAT BAJU

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak share tip tak sempat nak lipat baju yang berbakul-bakul dekat rumah. Tak kisahlah suri rumah ke, yang bekerja ke, kadang-kadang kekangan masa, anak kacau lagi yang buatkan kita tak sempat nak lipat baju. Bukan SENGAJA taknak lipat atau malas. Haaa, jangan salah faham pulak ye.

Tapi atas sebab saya prihatin sangat masalah baju tak berlipat ni, makin hari makin bertambah pulak tu, apa salahnya kalau kita senangkan hati suami bila nak cari baju nak pakai kan? Suami memang takkan komplen depan isteri seba faham isteri pun sibuk bekerja dan jaga anak.

Taknak lipat, atleast  kita asingkan siap-siap mana baju suami, mana baju ibu, mana baju anak. Kan senang bila nak cari kan? kan? Tak payah nak pening kepala.

Kalau tak, time nak pakaije jadi stresss sebab cari baju dalam bakul tak jumpa. Ibarat cari jarum dalam jerami. 

Opsss.. bakul saya sentiasa kosong. Kekadang tu jerr ada jugak tak sempat naklipat. haha

Nota:
Bakul sama supaya senang nak susun dan jimat ruang bila kosong 😁

Semoga bermanfaat. 

Labelkan bakul. Kalau taknak label, tengok isi dalam bakul dah tahu baju siapa kan?


Perkongsian saya ini pernah dishare oleh Mingguan Wanita

KENAPA MULA MENULIS BLOG?

Assalamualaikum,

Rasanya susah juga nak menjawab soalan KENAPA MULA MENULIS BLOG SEKARANG? Kenapa tak mula dari dulu lagi?

Sejujurnya, saya dah lama terdetik nak menulis dan ada blog peribadi sendiri. Kawan-kawan saya  ramai dah mula menulis blog sejak dari zaman student lagi. Bila tengok, seronok je diorang capture dan share setiap momen dalam blog masing-masing. Namun, disebabkan kekangan masa dan tiada semangat bersungguh-sungguh tu, niat untuk menulis blog jadi terkubur begitu sahaja.

Jadi, salah satu azam tahun 2018 adalah ingin konsisten menulis blog iaitu Journal Ummi ini. Sebelum ini saya banyak kongsikan cerita, pengalaman dan tips dalam Facebook dan Instagram sahaja. Namun saya sedar risiko kedua-dua platform itu bila-bila masa sahaja akaun saya akan hilang. Berbeza dengan blog, ianya lebih selamat dan menjadi 'hak milik' kita sepenuhnya.

Blog lebih mudah untuk saya menulis dan berkongsi gambar. Saya bayangkan 10 tahun akan datang, saya tidak perlu recall balik aktiviti saya dengan anak-anak sambil bukak folder album gambar di komputer. Saya hanya perlu bukak blog dari handphone pun boleh untuk recall perjalanan saya sebagai seorang ibu. Pasti waktu itu saya tersenyum sambil membaca Journal Ummi ini.

Secara tidak langsung, saya berharap segala perkongsian saya walaupun berbentuk peribadi boleh memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Niat saya bukan untuk menunjuk atau mempertontonkan kehidupan saya sebagai seorang ibu, tetapi lebih kepada ingin berkongsi dan menjadi kenangan untuk saya apabila saya sudah tua nanti.

Doakan saya rajin dan konsisten untuk menulis ya! Walaupun bakat menulis tu perlu diasah, lebih baik kita mencuba daripada tidak mencuba langsung kan? Maafkan saya kalau ayat saya ni tak best untuk dibaca. #SisCuba Hehe




KENAPA BUAT DETIK MAGIK?

Assalamualaikum,

Apa maksud detik magik? Sebenarnya saya secara tidak langsung berminat dengan aktiviti photographer Puan MinMohd di IG untuk berkongsi detik magik selama 365 hari dan 52 minggu. 

Sedar atau tidak, dalam hidup kita ada sesuatu yang berlaku dinamakan 'detik magik' untuk mengingatkan kita sentiasa bersyukur apabila melihat 'detik itu'. Dan detik terindah yang berada di depan mata saya adalah keluarga dan anugerah anak yang sedang membesar.

Secara tidak langsung, hobi merakam detik magik ni dapat menjadikan saya seorang suri yang bahagia berada di rumahnya sambil membesarkan anak-anaknya sendiri. Siapa yang nak jadi suri rumah yang tidak bersemangat, tidak bermotivasi, putus asa, rasa rendah diri? Carilah sebab untuk rasa bahagia dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain.

Jadi, saya pun ingin abadikan dan dokumenkan detik magik saya dalam Journal Ummi ini. Lagipun minat saya pada photography sudah lama, cuma tidak diasah sahaja lepas tamat belajar disebabkan kesibukkan bekerja. Lepas ni boleh la jadi photographer pulak ye. Haha

'So I guess my main motivation of documenting everyday is because
I don't want to forget. 
I don't want to forget the tiny details, those precious time spent at home, 
watching my son grow taller each and everyday, 
noticing the imperfect but perfect mundane life because 
it's all that I ever have and cherish forver.' - MinMohd

My Inspiration to capure my detik magik, 
Abdullah Zayd 😊

Detik Magik Abdullah Zayd



RESEPI OMELLETE ATAU TELUR CHEESE UNTUK BAYI

Bila mak-mak takde idea nak masak apa, mesti buka tutup peti tengok apa bahan yang ada kan? Kali ini saya nak share resepi mudah dan cepat untuk anak yang saya sediakan untuk Zayd. Kita guna bahan apa yang ada dalam peti je.

Umur berapa sesuai untuk bayi?

Once ibu-ibu dah intro atau perkenalkan telur pada anak, maka resepi ini sesuai la untuk dihidangkan pada anak. Boleh juga makan dengan roti ala-ala macam sandwich kan.

Resepi Omelette atau Telur Cheese Mudah Versi Ummi Zayd

Bahan-bahan:
- 1 biji telur
- Tomato yang dipotong kecil
-  Daun sup dipotong halus (untuk ada bau dan perasa
- ½ keeping cheese dipotong kecil

Cara-cara:
- Pecahkan telur dalam mangkuk
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk
- Goreng atas non-stick pan untuk mengelakkan melekat

Kemudian, boleh hidang dekat anak! Cheese jugak bagus untuk menaikkan berat badan anak.

RESEPI OMELLETE ATAU TELUR CHEESE UNTUK BAYI
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk

RESEPI OMELLETE ATAU TELUR CHEESE UNTUK BAYI
Pecahkan telur dan kacau 

RESEPI OMELLETE ATAU TELUR CHEESE UNTUK BAYI
Goreng tanpa minyak atas non-stick pan. Nak letak minyak sikit pun boleh

RESEPI OMELLETE ATAU TELUR CHEESE UNTUK BAYI
Hancurkan masa goreng dan siap untuk dihidang


Nampak Zayd pun berselera makan tau. Hehe


SOAPY FOAM BUBBLE ACTIVITY

Assalamualaikum, 

Hari ini saya nak kongsikan contoh aktiviti Zayd pada waktu lapang iaitu Bubble Acitivity! Biasanya saya bagi Zayd main air atau bubble waktu petang. Bila basah, senang terus mandikan dia tak payah nak tukar baju dan pampers semata-mata. Hehe 

First time Zayd main, gigih pulak dia kutip buih-buih tu nak letak dalam pinggan. Sampai malam pun tak habis kot. Haha 

Cara-caranya: 

Isikan sabun dalam bekas (saya guna sabun mandi Zayd), kemudian isikan air sampai penuh. Nak banyak buih, sembur air guna paip getah supaya cepat berbuih. Hehe 

Kemudian letak mainan favourite anak. Lepas tu dia sendiri akan excited nak explore dan kutip mainan dia tu. Mudah je kan? Yang penting anak seronok, kita pun rasa seronok. 

Saya belikan alas tikar getah khas untuk tempat anak bermain dan alas tuala supaya senang nak lap air. 

Kelebihan Aktiviti:
- Aktiviti ini adalah salah satu sensory activiti atau aktiviti yang berbentuk ransangan anak.
- Membantu mengembangkan visual skill kanak-kanak.
- Kemahiran visual  tidak berlaku secara semulajadi, tetapi perlu dilatih dan dirangsang melalui proses pembelajaran.

Nota:
Aktiviti ini sesuai umur anak seawal 11-12 bulan. Ibu bapa perlu memerhati anak untuk mengelakkan anak memasukkan buih ke dalam mulut. Banyakkan berkomunikasi dengan anak semasa anak bermain.

Semoga bermanfaat and have fun!

Zayd baru nak explore masukkan tangan dia

Nampak tak seronok je Zayd tu dapat main? hehe
JOM LAYAN VIDEO PULAK

-ABDULLAH ZAYD-
12months, Sept17


RESEPI FINGER FOOD POTATO UNTUK BABY

Kali ini saya nak kongsikan resepi paling mudah untuk kudapan anak terutama waktu sarapan pagi atau minum petang. InsyaAllah makanan yang disediakan oleh ibu adalah yang terbaik, sihat dan berkhasiat. Yang penting anak pun berselera makan air tangan ibu kan?

Bahan-bahan:
- 1 atau 2 biji ubi kentang
- Tepung beras
- Tepung jagung
- Daun parshley kering (untuk tambah perasa)

Cara-caranya:
1. Potong kentang memanjang, lepas tu rebus sampai lembut tapi jangan sampai hancur.
2. Angkat dan salut je dengan tepung beras yang dicampur dengan tepung jagung.
3. Saya campurkan sedikit daun parsley untuk tambah perasa.
4. Lepas tu goreng seperti biasa dengan sedikit minyak.

Tadaaa.. dah siap fingerfood potato untuk Zayd. Alhamdulilah berselera Zayd bila makan lepas penat bermain.

Okay, umur berapa anak sesuai makan fingerfood ni? Seeloknya bila anak dah start tumbuh gigi boleh la bagi fingerfood. Jangan risau sebab kentang memang dah lembut sebab direbus dulu. Jadi ibu tak perlu risau takut anak tercekik ke apa.

Resepi ini paling mudah, cepat dan memang sedia ada dekat dapur. Biasanya lepas bangun tidur atau main confirm Zayd akan rasa lapar. Sama lah macam kita kan, bangun tidur terus masuk dapur cari makanan.

Biasanya Zayd akan makan heavy meal 3kali sehari termasuk sarapan pagi, tengahari, makan malam. In between, Zayd akan makan yang ringan-ringan bergantung kerajinan ummi Zayd. Kalau malas, nak senang potong buah je.

Yang penting, kalau Zayd tak habis makan, ummi boleh tolong habiskan. Itu kan salah satu tugas wajib seorang ibu kena habiskan makanan anak-anak untuk elak membazir. Haha

Semoga bermanfaat ye.

Lepas rebus kentang, sejatkan air dan terus celup ke dalam tepung
yang dicampur dengan daun parshley. Kalau tak letak pun takpe.
Lepas tu goreng dengan sedikit minyak sahaja. Jangan letak banyak minyak okay?
Nak guna butter pun boleh untuk gantikan minyak.

Tadaaa... dah siap hidang dalam bekas untuk anak makan.





TIP BEKERJA DARI RUMAH

Assalamualaikum..

Hari ini saya terdetik untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang membuat bisnes dengan anak kecil. Bayangkan saya mula terjun dalam bidang bisnes ketika dalam pantang sampailah sekarang umur anak saya hampir 2 tahun dan saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Memang tak dinafikan, bukannya mudah untuk menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah dan pada masa yang sama menjaga anak kecil 24 jam sehari. Namun... perlu kita ingat bahawa anak bukan sesekali satu penghalang untuk kita untuk kita bekerja dari rumah. Cuma, apa yang penting adalah teknik PENGURUSAN MASA YANG BETUL.

Saya ingin berkongsi beberapa tip PENGURUSAN MASA sebagai seorang suri yang bekerja dari rumah serta mempunyai anak kecil.

1. Senaraikan List-To-Do
Buat jadual rutin dan masukkan segala aktiviti harian yang perlu dilakukan pada hari tersebut seperti membasuh kain, melipat kain dan memasak. Dan senaraikan pula untuk aktiviti bisnes yang perlu diselesaikan.

2. Pilih Waktu Bekerja
Selepas senaraikan List-To-Do, pilih waktu bekerja yang paling sesuai. Seperti saya, saya akan fokus untuk buat tugasan kerja seperti update blog, update facebook dan follow up customer ketika anak saya tidur. Dan saya pilih pada waktu pagi sebelum anak saya bangun dari tidur untuk update blog manakala pada waktu malam pula selepas anak tidur, saya akan fokus untuk buat marketing contents. Buat pilihan waktu bekerja anda sendiri asalkan anda boleh bekerja dengan fokus dengan idea yang mencurah-curah.

3. Buat Jadual Harian
Selepas anda membuat senarai List-To-Do dan tetapkan waktu untuk bekerja, susun jadual untuk menyiapkan tugasan dengan masa yang tertentu. Ini adalah contoh jadual harian saya:

5.00  am: Bangun pagi, solat sunat dan siapkan masak lunchbox (termasuk lunch saya)
6.15  am: Solat subuh berjemaah
7.00  am: Bersihkan diri, basuh baju dan sediakan breakfast untuk anak
8.00  am: Mandikan anak, teman anak breakfast, solat dhuha dan teman anak bermain
10.00 am: Tidurkan anak, update facebook, IG dan blog
11.30 am: Masak lunch untuk anak
12.00 pm: Lunch
1.00  pm: Mandikan anak, solat zohor
2.00  pm: Tidurkan anak, follow up customer, update facebook, IG atau blog
4.00  pm: Bermain dengan anak (sambil lipat baju atau buat kerja rumah)
6.00  pm: Teman anak dinner
6.30  pm: Mandikan anak
7.30 pm: Solat Magrib
8.00 pm: Siapkan Dinner
8.45  pm: Solat Isyak
9.00  pm: Dinner dan main dengan anak
9.30  pm: Tidurkan anak
10.00 pm: Update facebook, IG dan siapkan content marketing untuk keesokkannya

4. Jadual Membersihkan Rumah
Jadual ini penting untuk memastikan rumah kita sentiasa kelihatan bersih dan kemas walaupun tidak sempurna kerana ada anak kecil yang aktif. Namun, itu bukan alasan untuk kita pastikan rumah kita sentiasa selesa. Saya asingkan jadual membersih rumah mengikut harian dan juga mingguan.

Contoh rutin harian:
- Buang Sampah (Setiap pagi sebelum suami pergi kerja)
- Kemas Dapur (Selepas memasak pada waktu pagi)
- Menyapu rumah (2 hari sekali bergilir dengan basuh baju)
- Basuh baju (2 hari sekali bergilir dengan menyapu rumah)

Contoh rutin mingguan (biasanya pada hujung minggu):
- Cuci toilet 
- Pergi pasar beli barang dapur 
- Mop lantai
- Cuci dan kemas peti

5. Tip Memasak
Untuk mempercepatkan penyediaan makanan, saya sediakan menu mingguan dan pastikan bahan basah cukup untuk satu minggu. Kebiasaannya saya akan bersihkan dan sediakan bahan masak pada hujung minggu.

6. Minta Pertolongan
Walaupun kita sebagai seorang suri rumah tak bermakna kita perlu lakukan semua perkara seorang diri. Jika rasa stress, penat dan tidak sihat, minta pertolongan suami untuk menolong uruskan kerja rumah. Yang paling penting adalah saling menolong dan bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Jangan Abaikan Diri
Saya faham, tugas sebagai suri rumah bukanlah semudah yang disangka yang menjadi idaman setiap wanita. Namun, jangan sesekali abaikan kesihatan dan penampilan diri sebagai suri rumah. Ada banyak cara untuk membuatkan diri kita begitu berharga seperti memberi ganjaran pada diri sendiri, sesekali pergi spa, makan di luar atau mengambil supplement untuk kesihatan diri.

8. Ibadah
Jangan jadikan alasan sibuk dengan kerja rumah dan anak-anak membuatkan kita kurang masa untuk beribadah. Seharusnya kita perlu bijak menggunakan masa untuk aktiviti kerohanian bersama anak-anak dan keluarga seperti solat berjemaah, membaca alquran dan berzikir. Secara tidak langsung dapat membuatkan diri kita sentiasa tenang dan lapang.

Nak tahu saya buat bisnes apa? Boleh la klik SuriCergas

Saya tertarik dengan kata-kata ini;
Orang yang berjaya, adalah orang yang bijak merancang
Orang yang gagal, adalah orang tidak pernah merancang

Oleh sebab itu, saya sudah dilatih untuk merancang apa yang saya perlu dan akan buat terlebih awal. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan saya rasa stress apabila banyak kerja tertangguh. Hehe

Semoga bermanfaat ye! Setiap hari, tanamkan azam untuk buat lebih terbaik daripada semalam.





ADAT TETAMU BUANG PAMPERS

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang.

Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.

Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangat tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. ummi dah lupa zayd makan apa.

Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.

Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah gilerrr. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan​.

Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak 'tumpang' tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan 'buah tangan' dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?

Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang otw balik rumah.

Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap2, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.

Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. kita taknak orang mengata buruk pasal kita. ini bukan pasal betul atau salah.

Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.

Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.

Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.

Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.

Bungkus pampers dalam plastiki untuk dibuang atau dibawa balik
Buang dalam tong sampah untuk mengelakkan bau
Plastik ni murah jerr.. Nak jimat, recycle plastik barang yang beli kat kedai

Status saya yang pernah dishare di facebook




RESEPI HOMEMADE CHICKEN BONE BROTH UNTUK BAYI

Sebelum ini saya pernah kongsikan di facebook, tapi kali ini saya nak kongsikan di blog pula supaya senang untuk dirujuk pada masa akan datang. Homemade Chicken Stock atau Bone Broth (BB) sebenarnya adalah air tulang atau sup tulang ayam.

Sekurang-kurang sebulan 1 hingga 2 kali saya akan buat stok BB untuk Zayd. Bila nak masak bubur atau lauk, mudah sangat dan hanya perlu campurkan stok BB. Jadi, saya nak kongsikan resepi yang paling mudah untuk ibu-ibu.

Kelebihan Chicken Bone Broth (BB):

Kelebihan BB ini dapat menguatkan system imun badan anak dan dapat elakkan daripada demam, batuk dan selsema. Antara khasiat BB kaya dengan protein, gelatin semulajadi dan mineral seperti kalsium dan fosforus. Jadi, ianya memang sesuai untuk bayi kerana selamat dan tanpa bahan perasa tambahan!

Bila boleh kenalkan Chicken Bone Broth pada bayi?

Saya mula kenalkan BB pada Zayd ketika Zayd umur 8 bulan dan campur dalam masakkan bubur. Rasanya sedap sama seperti sup ayam.

Bahan-bahan:

- Bahagian tulang ayam (buang kulit atau isi ayam yang tebal)
- 1 biji bawang besar / holand dihiris
- 4/5 ulas bawang putih dihiris
- Halia dihiris
- Rempah 4 beradik
- 1 batang seleri dipotong kecil
- 1 batang carrot dipotong kecil
- Tomato
- Sup bunjut (optional sebab dah letak rempah 4beradik)

Nota Tambahan: 
- Saya lebih suka beli bahagian tulang sahaja untuk lebih jimat. Jadi, tak perlulah tinggalkan bahagian isi ayam sahaja untuk ummi dan abah Zayd makan. Hehe

- Pastikan masak dalam periuk yang sedikit besar dan isi air hampir penuh. Nanti air akan mengering. Jika periuk kecil dan asyik tambah air untuk elak air kering, rasa bone broth tu akan berkurang dan tak pekat seperti air asal. Ini adalah pengalaman saya.

Cara-caranya:

- Letakkan kesemua bahan-bahan dalam periuk
- Isikan air hampir penuh
- Rebus atau renehkan dengan api yang perlahan selama 5-8 jam.
- Kemudian tapis dan simpan air rebusan stok ayam tu.
- Masukkan dalam bekas kecil.
- Tunggu sehingga sejuk sebelum disimpan dalam peti ais dibahagian beku.

Tempoh penyimpanan dalam peti lebih kurang sama macam stok EBM iaitu sehingga 1 bulan. Tetapi saya lebih buat stok untuk seminggu supaya tidak terlalu lama dalam peti. InsyaAllah nanti saya kongsikan resepi mudah menggunakan homemade chicken bone broth ya.


resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Untuk lebih jimat, saya suka beli bahagian tulang ayam sahaja. 


resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Campurkan semua dalam periuk. Tak perlu tumis dan terus reneh.

resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Masukkan dalam bekas kecil, sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam peti.