CABARAN POST-QUARANTINE SELEPAS POSITIF COVID-19

Cabaran post-quarantine bagi ibu menyusu adalah apabila anak mengalami nipple confuse. Sepanjang 10 hari terpisah dan minum botol setiap waktu menyusu.


Semalam lepas potong gelang rasa seronok sebab dah bebas boleh jumpa dan sentuh anak-anak. Tetapi bercampur jugak sedih bila anak seolah menolak dan tak pernah direct feed. Kejap main-main, kejap menolak, kejap nak dan cuba untuk direct feed. Muka pun buat pelik.


Tapi ummi rasa sakit. Poor latch atau lekapan tidak betul boleh menyebabkan ibu rasa sakit dan luka seperti melecet dan sebagainya. Sekali sekala menahan air mata keluar melihat anak di riba yang masih tidak putus asa untuk mencuba.


Banyak kali mencuba, terdetik juga ingin putus asa sambil menahan rasa sakit.


“Abang, bagi botol ye. Saya dah tak tahan sakit.” Rasa kecewanya saya waktu Tuhan sahaja yang tahu.


Suami saya pun tolong sediakan botol dan saya ambil masa untuk memujuk diri. Mencari balik kekuatan dan semangat supaya saya dapat terus menyusukan anak secara direct. Bukan senang nak pujuk diri bila sakit.


It really means a lot to us.Menyusukan anak bukan sekadar tunaikan tanggungjawab untuk pastikan anak kenyang, tapi lebih dari itu.


Bukan sekadar bonding time tapi ada satu rasa kuat yang tak boleh nak gambarkan. Hanya ibu yang faham perasaan itu.


Kebanyakkan ibu menyusu sangat sedih apabila ingin wean off atau cerai susu anak mereka.


Saya belum bersedia. Target saya biarlah semua anak-anak saya dapat menyusu sehingga mereka 2 tahun. 


Saya berdoa. Andai ujian kesakitan demi kesakitan yang terpaksa dilalui adalah asbab untuk menghapus dosa-dosa saya, berilah saya kekuatan agar saya tidak berputus asa.


Lewat petang semalam, saya mencuba lagi. Saya tekad, saya akan teruskan. Beri anak masa beberapa hari. Cuba untuk tidak beri botol atau hanya cup feeding jika perlu.


I know, we will get through this together, son. InsyaAllah. 💪


Setiap ibu diuji dengan cabaran berbeza. Semoga Allah

kurniakan kekuatan kepada semua ibu-ibu. ❤️



#Covidstory_fa

#breastfeeding_fa

BERKONGSI DUKA COVID-19


Tak pernah nak post muka huduh begini.

Tak pernah juga nangis sungguh-sungguh begini lepas positif.


Tapi hari ini lepas solat maghrib saya tak dapat tahan. Saya buat solat hajat sujud lama-lama. Azabnya Tuhan sahaja yang tahu sebab rasa sesak macam tak cukup nafas. Rasa tak cukup masa lagi nak meminta. Banyak yang saya nak mintak dengan Tuhan.


Saya bangun dari sujud sambil teresak-esak dah. Tak tahu kenapa sedih sangat. Tiba-tiba teringat dekat mak dan bapak dekat kampung. Dah 6 bulan lebih tak balik. Masa rasa sesak tu duk fikir macam mana kalau aku tak boleh jumpa mereka lagi? Allah. Lagi laju air mata keluar sampailah lepas bagi salam.


Sepanjang kuarantin tak dapat peluk anak-anak, memang boleh tahan lagi sebab masih boleh dengar suara dan intai mereka dari kamar.


Tapi.. mak dengan pak.. Rindu sangat. Lagi sakit menahan rindu sebenarnya. 😭😭

Saya nampak je ok. Bila mari terfikir mak dan bapak, memang tak kuat rasa.

Allah. Sebak. Sebak sangat rasa.


Agaknya ini pun effect covid jugak rasanya. Lama sangat berkurung dalam bilik. 


InsyaAllah, saya okay.


Saja nak bercerita berkongsi duka. Esok-esok sy deletelah gambar ni.


#Covidstory_fa

APA ITU LONG COVID SYNDROME

 Bukan nak menakut-nakutkan. Tapi ini realiti yang korang kena tahu.


Sebelum tu, mari kita fahamkan dahulu jangkitan covid ni ada 5 kategori:

Kategori 1: positif tapi takde gejala

Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru

Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru

Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan

Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ


Paling membimbangkan adalah pesakit yang berada dalam kategori 2,3,4 dan 5, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang dipanggil sebagai LONG COVID! Dan saya sendiri berada dalam kategori 2.


Kenapa dipanggil Long Covid?

Mudah cerita begini. Pesakit covid yang dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.


Post covid effect atau long covid is not a joke.


No wonderlah kalau kena dekat orang tua dan kanak-kanak, atau orang yang ada imuniti rendah dan berpenyakit tu memang risiko tinggi. Sebab tu KKM selalu ingatkan mereka adalah golongan 'fragile' yang perlu dilindungi dari terkena.


Hatta kalau korang sihat dan sembuh sekali pun, takkan sama macam sebelum ini. Beza effect dia tu sikit atau banyak bergantung pada ketahanan badan orang itu.


Macam saya sendiri dalam kategori stabil dan akan 'sembuh' actually bukan takde apa-apa langsung tau. ADA. Tetap ada effect dia. Sendiri boleh rasa before and after tu. Tak best pun. So please take care.


It will be very  longgg effect yang kita tak tahu sampai bila kita akan rasa.


Sebab tu pencegahan lebih baik. Jangan tolak vaksin. Vaksin tak jamin kita takkan dapat jangkitan, tetapi vaksin bantu KURANGKAN risiko effect andai terkena jangkitan tu.


Saya punya simptom long covid ni macam alahan orang mengandung. Setiap masa rasa loya dan pening kepala. Cepat mengah dan penat macam orang yang dah sarat mengandung. Cakap pun tak boleh laju-laju. Tapi kalau check upt, confirm negatif. Senang bagi contoh orang mengandung sebab masih segar pengalaman mengandung tahun lepas.


Sampai bila? Boleh jadi berbulan-bulan atau sampai bila-bila.


Saya doakan kalian tak perlu nak lalui ini semua. Take care everyone!

#covidstory_fa

visit myblog: https://suricergas.blogspot.com/

PAKAI GELANG KHAS KETIKA KUARANTIN COVID-19



Hari ni staf KKM datang ke rumah untuk hantarkan gelang kuarantin. Dan saya pula perlu pergi ke CAC yang berdekatan untuk pemeriksaan Covid dan dipakaikan gelang.


Esok suami dan anak-anak akan repeat lagi swab test. Harap-harap negatif sahaja. Setakat ini mereka tidak bergejala.


Dan untuk pesakit yang positif covid, tidak perlu repeat test lagi kerana kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih kekal menunjukkan keputusan yang positif dalam jangka masa yang panjang meskipun apabila mereka telah sembuh.


Tak perlu risau sebab kebolehjangkitan rendah selepas 7 hari dan tempoh kuarantin yang disarankan 10-14 hari.


Vaksin pula boleh diambil selepas 3 bulan atau sekurang-kurangnya 90 hari dijangkiti covid19.


Take care everyone!


Sumber:

https://www.google.com/.../www.../ampArticle/87502

#covidstory_fa

HARI KE-5 KUARANTIN POSITIF COVID-19

 

Priceless.

Muka kerinduan pada ummi.  Sabar ye kesayangan semua! 😊


Saya tanya suami, abang ok ke? Jawab suami saya, abang ok. Anak-anak mudah dijaga dan tak banyak meragam. Tak sangka Allah bagi peluang jadi sura rumah sepenuh masa kecuali bab masak surrender awal-awal. Allah bagi spend masa lebih banyak dengan anak-anak.


Alhamdulilah. Kami semua baik-baik sahaja. Ramai kawan-kawan yang doakan kami. Ramai kawan-kawan, jiran, saudara dah ahli keluarga tawarkan bantuan sepanjang tempoh kuarantin. Terima kasih semua.  Hanya Allah yang mampu membalasnya.❤️


Untuk saya sendiri, saya terima dengan hati yang lapang. Saya anggap ini cara Allah nak makbulkan doa-doa saya yang saya minta selama ini. Jadi saya perlu guna peluang ini sebaik mungkin untuk saya siapkan thesis saya yang hanya berbaki sikit sahaja lagi. InsyaAllah.


Kalau nak reflect balik bagaimana saya boleh dapat covid ni, tak tercapai akal juga. Saya lockdown di rumah 2-3hingga minggu dan keluar hanya sekali sekadar untuk jejak tanah dan ambil angin lihat dunia luar untuk recharge 2 hari sebelum full lockdown. Itupun dekat-dekat sahaja.  Maklumlah duduk di rumah kayangan kan. 


Kalau nak ikutkan, suami saya lebih kerap keluar beli barang keperluan semua.  Saya dah pakai double mask, hand sanitizer, balik rumah terus basuh tangan dan tukar baju. Keluar pun awal pagi sama waktu kedai bukak. Yakin sangat dah jaga sop dan penjarakan. Tapi siapalah kita untuk menidakkan kuasa Tuhan. Kalau Dia izinkan, memang kita tak boleh nak lari. Lagi-lagi penularan covid boleh berlaku secara sporadik.


Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. insyaAllah🌹


Take care everyone!


#AbdullahZayd #4y9m #AbdullahZharif #1y4m

#covidstory_fa

HARI KE-4 KUARANTIN POSITIF COVID-19

 



Bila teringat anak-anak ni, boleh datang sebak jugaklah. Lagi-lagi Zharif anak PKP ni memang tak pernah berenggang dengan ummi. Tidur malam wajib sebelah ummi. Menangis panggil mama mama mama (tak boleh sebut ummi lagi. bunyi macam umeeyy or mek je 😂).


Pada awalnya memang reject botol. tapi lama kelamaan terima juga minum susu ummi dalam botol. Alhamdulilah. Tidur malam ada la berjaga 2-3kali bila waktu minum dia. Ummi dengar anak nangis terus kalut nak susukan. Ehh lupa anak dalam bilik sebelah. Pastu sambung tidur je. Pandai lah abahnya uruskan. hehe


Masuk hari ke-3 semalam, dah jarang dengar menangis panggil ummi. Tapi kalau ummi intai panggil pun macam taknak layan ummi dah. Samada dia buat keras je, tunduk bawah atau berpaling. Tapi bila ummi tutup pintu, baru dengar suara nangis. Part ni kena kuat sikit tahan sebak. Merajuk agaknya. hehe


Hari ini ummi intai lagi tengok zharif main. Ok je dia berhenti main dan pandang ummi. Muka still keras lagi. Slow-slow ummi nak tutup pintu baru laju datang meluru dekat ummi. Hah, cepat-cepat abah pun kejar nak tangkap dia dan ummi tutup pintu. hehe



Sabar ye anak-anak. 😊❤️❤️


So far Alhamdulilah anak-anak ok dengan abahnya. Siang hari dan lepas maghrib zharif aktif main dengan Zayd. Kejap main gelak, kejap nangis. Zayd suka sakat adik dia. Dengar suara anak pun dah terubat rindu. hehe


Malam-malam abah takde masalah nak tidurkan anak-anak sebab dah terbiasa rutin. On time sampai masa tidur automatik diorang tu rasa mengantuk. Bab makan pula, semua jenis tak memilih. Perut nasi belaka. Makan apa yang kami makan je. Cuma abah tak dapat masaklah sebab jaga dua orang ni. Tapi tak apelah. Syukur sangat dah dipermudahkan bab ni. hehe


#AbdullahZharif #1y4m

#CovidStory_FA

TIP SWAB TEST COVID-19 UNTUK KANAK-KANAK

 


Ok nak cerita pengalaman persediaan sebelum swab test. Untuk kali pertama, mesti ada rasa takut dan berdebar kan? Untuk kita yang dewasa ni, redah sahajalah. Tapi untuk anak-anak, bagi saya eloklah kita buat preparation.


Ini yang saya lakukan sebelum kami ke klinik. Saya explain pada  anak sulung kami, Zayd yang berumur 4 tahun 9 bulan yang kami akan ke klinik dan doktor akan pakai baju putih macam coverall.  Nanti doktor nak check hidung dan mulut ummi, abah, Zayd dan adik. Boleh ke tak boleh? Dia pun jawab boleh.


Kemudian saya berikan dia pegang putik kapas. Saya explain prosedur swab test sambil tunjuk video kanak-kanak lain yang ok. (Janganlah tunjuk contoh video kanak-kanak yang melawan atau menangis kesakitan pula 😅). Saya tunjuk lagi cara-cara atau prosedur tersebut dengan menggunakan putik kapas dan explain sekali lagi doktor akan guna yang lebih panjang sebab nak masuk dalam hidung. Yang pendek ni untuk masuk dalam telinga je. Yang ni ummi guna untuk buat apa? - Korek telinga jawabnya.😄. Ok dia faham.


Zayd dah ready? - Dah.

Kami pun siap-siap untuk ke klinik bersama.


Ini penting untuk persediaan emosi dia.


Alhamdulilah, sepanjang proses swab test berjalan dengan lancar. Anak tak menolak mahupun meragam kecuali sikecil Zharif tu, abahnya kena tolong pegangkan. hehe. Lepas kena jolok hidung tu, zayd tak menangis tapi keluarlah jugak air mata dia.


Semasa proses, ibu bapa boleh pegang dan biarkan anak duduk atas riba penjaga. Tapi jika anak dah besar, biarkan sahaja mereka duduk dengan tenang. Untuk Zayd, dia duduk sendiri atas kerusi dan abah pegang tangan disisi. hehe


Semoga tip ni membantu untuk ibu bapa jika anak terpaksa melalui prosedur swab test ni. Kesakitan secara paksaan boleh menyebabkan trauma kepada kanak-kanak. Bantu mereka untuk fahami situasi yang perlu mereka lalui.


Semoga bermanfaat! Take care everyone!❤️

#covidstory_fa


BOLEHKAH IBU POSITIF COVID-19 MENYUSUKAN BAYI?

Assalamualaikum,

Ramai ibu menyusu takut untuk menyusukan anak bila tak sihat kan? Lagi-lagi kalau dah ada simptom atau pun telah disahkan positif. Boleh ke tidak sebenarnya menyusukan anak?


Kalau ikut saranan dan panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ibu digalakkan untuk meneruskan penyusuan ibu  biarpun ibu menghidap simptom COVID-19 atau disahkan positif. Ini kerana setakat ini masih belum ada kajian yang membuktikan penularan virus melalui susu ibu atau boleh dijangkiti melalui susu ibu.


Untuk saya, saya sendiri memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu kerana saya yakin susu ibu adalah yang terbaik dan saya masih mampu untuk membekalkan susu ibu kepada anak saya iaitu Zharif yang berumur 1 tahun 3 bulan.


Pastikan patuhi sop dan jaga kebersihan ketika memerah susu ibu ya. Cuci tangan dan pakai topeng tu wajib walaupun sorang-sorang dalam bilik.





Pada awalnya  Zharif hanya minum susu dari cawan. Tapi setelah beberapa kali, akhirnya pasrah dan terima juga botol. Alhamdulilah, ummi pun lega sangat. Sekurang-kurangnya adalah jugak pengganti dan boleh minum sambil berbaring. Kebetulan botol susu tu memang dah sedia ada sejak dari lahir lagi sebab saya suka buat preparation untuk kebarangkalian any situation. Jadi tak jadi itu lain kira, yang penting saya dah bersedia. Hehe. So abah gunakan botol yang baru ini untuk train Zharif. Susu tepung pun dah standby jugak just incase saya tak mampu nak supply susu dah. hehe

Good Job sayang! :)

Apa pun, kami berharap saya dapat teruskan kuarantin di rumah. Sekurang-kurangnya selesa la sikit di rumah sendiri, boleh buat kerja dan dengar suara anak-anak main walaupun dari dalam bilik sahaja. Paling penting juga, Zharif boleh minum susu ummi. 😊


Hari masih panjang. Semoga dipermudahkan hari-hari mendatang dan Allah berikan kekuatan untuk abah uruskan anak-anak. Walaupun mungkin tak setabah atau sekuat ummi jaga anak-anak, i know u can do it abah! ❤️


Hari-hari order kat luar dan tak masak pun takpe.Rumah tak nak kemas pun takpe, baju tak berlipat pun takpe. Nak bukak tv untuk anak-anak pun takpe. As long as u okay! 🤗


Kadang-kadang terbayang begini lah agakya keadaan pasangan dan anak-anak bila isteri/ibu meninggal secara tiba-tiba. Nak taknak yang hidup kena teruskan hidup juga walaupun rasa susah. Cuma bezanya kali ini, ini perpisahan sementara dan ummi masih hidup. 😁

Hari ke-2 kuarantin, masih menunggu call dari KKM.


Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


PENGALAMAN POSITIF COVID-19

Assalamualaikum,

Dah lama tak update di sini.  Petang tadi apa yang ditunggu-tunggukan tiba juga. Tipulah kalau tak berdebar langsung. Feeling tu sama macam tunggu result exam spm penentu masa depan. hehe. Tunggu apa tu? Result swab test. 


Apa pun, pertama sekalu saya bersyukur sangat sebab result pcr swab test untuk suami dan anak-anak saya  negatif. As expected, "I AM POSITIVE".

Bagaimana boleh positif?

Kalau ikut checklist dalam MySejahtera tu, saya ada hampir kesemua simptom atau gejala covid-19 sehinggalah lepas dah hampir sihat semua barulah mengalami simptom hilang deria rasa dan bau. Kalau tengok dalam checklist tu, hari pertama (Selasa, 1/6/2021) saya mula mengalami demam dan selsema diikuti rasa kesejukan, sakit kepala, sakit keseluruhan badan, rasa penat tak bermaya dan tak boleh fokus untuk buat kerja. Sekali sekala datang angin sejuk menyucuk sampai ke tulang dan sampai menggigil satu badan. Bila dah rasa sakit kepala, memang rasa loya tu ada. Simptom sama seakan alahan ibu mengandung. Hehe




Lucu juga kalau nak ingatkan balik macam mana boleh yakin bergejala tu kisahnya macam biasa pagi ahad nak siapkan breakfast untuk semua. Abah request teh tarik. Hah, berlambak jugaklah susu pekat letak tapi still takde rasa. so tawakal je la hidang atas meja, kata abah "uishh manis air teh pagi ni." hah! manis sangat-sangat ke? Cuba pula makan roti canai cicah kari, plain je rasa. Botol belacan pun takdak bau apa. Gula garam semua rilek je kemam. hehe


Apa perlu buat bila anda syak mengalami gejala Covid-19?

First step apabila anda rasa disyaki bergejala, sila bertenang dan cari klinik atau pusat untuk buat swab test dengan segera. Nak walk-in ke hospital atau KK pun boleh. Tapi disebabkan waktu itu adalah hari hujung minggu, kami buat keputusan untuk cari klinik swasta. Result pun lebih cepat. Kes kami banyak klinik tak buat pada hari Ahad. Ye la, hujung minggu kan. Jadi kami kena tunggu keesokkannya. Terus itu juga start self-quarantine dari ahli keluarga lain sehingga dapat result. If bergejala, terus lakukan pcr test kerana accuracy lebih tinggi berbanding hanya rtk. Ralatnya dari kesilapan saya sendiri mulanya ingat hanya demam biasa-biasa je.


Apa pun, mohon doa sahabat-sahabat semua semoga dipermudahkan ujian kami sekeluarga. insyaAllah, Allah juga sebaik-baik penjaga dan penolong. ❤️

Next, sabar menanti panggilan KKM untuk tindakan selanjutnya. Apa pun, keep and stay positive because i am 'positive'! 💪

Doakan abah Ahmad Zakwan Abd Rahman  sabar jaga anak-anak tanpa ummi.  Terima kasih dan hanya Allah yang dapat membalasnya. hehe

Take care everyone! 

#CovidStory_FA