ANAK JAUNDICE. PENGALAMAN BERBEZA SETIAP KELAHIRAN

"Setiap perjalanan yang panjang, dimulakan dengan langkah pertama."

Kenangan bergambar kali kedua check in hospital sehari selepas dicharge bersalin disebabkan anak jaundice. Prolong jaundice pulak tu hampir 2 bulan lamanya.

Penat, rasa ngilu pun belum lagi hilang  tapi perlu bergerak ke sana ke sini sebab anak jaundice. Berpantang sendiri pula jauh dari kampung. Harapkan suami dan saudara terdekat untuk bantu.

Kejayaan penyusuan anak pertama selama 2tahun 9bulan bukan jaminan kejayaan untuk menyusukan anak seterusnya jika hati dan mindset tidak kuat. 

Hari kedua di wad, sy hanya mampu tahan air mata sy dan waktu itu juga rasa ingin giveup disebabkan anak kedua tidak dapat lekap dengan betul.

Lekapan cetek, anak mungkin tak dapat susu secukupnya, sakit bengkak susu dan sakit nipple crack. Tambahan pula, anak jaundice susah untuk berjaga dan buka mulut. Risaunya saya takut jaundince tak menurun tapi berat  yang menurun.

Masa ini saya cuba recall dan apply segala ilmu yang saya belajar selama ini. Tapi keadaan masih sama. Saya tak tahu mana silap saya kenapa anak masih tidak dapat melekap dengan betul. Saya betul-betul lost dah. Emosi tak stabil boleh buatkan kita panik dan lupa. Tambahan penat pula.

Saya mesej guru sy iaitu juga kaunselor laktasi. Saya juga request bantuan LC hospital untuk visit saya di wad. Tapi waktu itu LC agak sibuk kerana perlu visit ibu lain dan keesokkannya tengahari baru beliau dapat visit saya di wad. Saya perlukan seseorang untuk bantu dan dengar masalah sy.

Suami hanya boleh mendengar, tetapi belum tentu boleh dapat memahami dan bantu.

Tuhan sahaja yang tahu bertapa lega hati saya bila dapat bercakap dan mengadu masalah saya pada orang yang betul. Rupa-rupanya walaupun teknik dah betul, tapi memang ada bayi yang awalnya tidak dapat buka mulut dengan luas. Ambil masa untuk biasakan. Apa yang ibu perlu lakukan adalah BERSABAR. 

Ya, selepas 2 minggu akhirnya bayi saya dapat melekap dengan betul. Allah, leganya perasaan tu. Susu pun dapat keluar dengan lancar.

Saya anggap ini adalah ujian permulaan penyusuan saya. Setiap orang akan melalui pengalaman berbeza dan setiap anak juga tidak sama.

2 minggu saya tidak buat apa-apa dan hanya fokus pada penyusuan. Terima kasih pada suami sebab faham kehendak saya iaitu mahu susukan anak sepenuhnya. Beliau faham saya sedang menahan sakit nipple crack. Segala urusan rumah dan pantang beliau bantu. Dan saya hanya fokus bersama anak kecil. Emosi saya perlu dijaga.

Ibu-ibu,
Setiap kebaikkan yang kita ingin lakukan dan kejayaan yang kita mahukan, kita tidak akan lari dari ujian. Samada kita berhenti atau hadapi dan teruskan dengan sabar.

Begitu jugalah dalam perjalanan penyusuan. Setiap ibu akan diuji dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Tapi ingatlah, Allah tidak akan bebankan seseorang diluar kemampuannya. Carilah bantuan dan sokongan jika memerlukan. Sebanyak mana pun ilmu kita di dada, kita masih belum hebat. Kita tidak sempurna. Kita hamba lemah yang saling memerlukan antara satu sama lain. Adakala kita terdetik rasa ingin putus asa.

Ibu-ibu,
Perjuangan susu ibu tidaklah mudah, dan tidak juga susah. Apa yang penting adalah kesungguhan dan mindset yang positif. ❤️

Hampir semua hospital kerajaan adalah rakan bayi dan begitu juga hospital swasta. Mereka mempunyai polisi penyusuan susu ibu dan juga Kaunselor Laktasi (LC) yang bertauliah. Dapatkan juga sokongan dari pembimbing penyusuan. Mereka semua adalah penyokong susu ibu yang bertauliah.

Bak kata omputih, "You will never walk alone ever!". Dapat sokongan dari orang yang betul-betul faham ilmu penyusuan.





Nota kaki: Mak dengan anak terpaksa pakai spek tutup mata dibawah lampu biru. 😁



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


PERLU ATAU TIDAK NURSING PAD / BREAST PAD?

Assalamualaikum,

Pernah nampak tak kotak atau dalam plastik tertulis 'NURSING PAD' ataupun 'BREAST PAD'?

Apa kegunaannya? Perlu ke ada?

Nursing/breast pad adalah salah satu aksesori untuk ibu menyusu.

Fungsinya adalah untuk mengelakkan baju ibu basah dan menyerap lelehan air susu yang keluar tanpa baby.

Jika ibu berada dirumah, itu bukan masalah kerana boleh terus susukan bayi, tetapi tidak bagi ibu yang bekerja atau tanpa baby di sisi.

Nursing pad dipakai di dalam bra dan menutupi bahagian puting, areola dan sekitarnya.

Ada dua jenis nursing pad iaitu sekali pakai (disposable) dan boleh dibasuh pakai berulang kali (washable).

Saiz dan jenis material juga berbeza. Ibu boleh memilih mengikut keselesaan ibu.

PERLU ADA KE NURSING/BREAST PAD NI?

Terpulang kepada ibu.

Untuk ibu yang bekerja dan selalu mengalami masalah breast cepat penuh dan susu keluar tanpa bayi, eloklah pakai untuk keselesaan ibu di tempat kerja.

Pengalaman sy sendiri memang segan bila baju basah lencun di tempat public. 😅
Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU

"Risaunya berat anak tak naik-naik."
"Susu sy tak cukup ke sebab berat anak tak naik?"

Ini antara kerisauan ibu yang menyusu bila melihat pertambahan berat anak yang minum susu ibu perlahan.

Belum lagi faktor persekitaran cakap-cakap orang kata anak tak cukup susu ibu dan perlu tambah susu formula.

Apa yang ibu perlu tahu tentang pertambahan berat anak di awal kelahiran? Jom saya kongsikan. 😊

Pertama, apa yang kita perlu tahu adalah normal pada awal kelahiran, bayi akan kehilangan berat badan 5-7% daripada berat yang dilahirkan. Ini kerana bayi akan banyak membuang mekonium iaitu najis hitam (sebelum najis kuning) dan kehilangan air dalam badan.

Kebanyakkan bayi akan kembali kepada berat badan seperti waktu dilahirkan dalam masa 10-14 hari.

Saya bagi contoh; 
Berat bayi lahir adalah 3.0kg, adalah normal lepas kelahiran berat bayi akan menurun 5-7% iaitu sehingga 2.79kg. Tetapi kebanyakkan bayi akan kembali kepada berat asal dalam masa 2 minggu.

BERAPA PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU?

Kesilapan pertama ibu-ibu yang menyusu adalah membandingkan berat badan dengan anak yang minum susu formula. Ini kerana perkembangan fizikal dan kenaikan berat badan anak menyusu susu ibu dan susu formula adalah BERBEZA.

Ini adalah purata pertambahan berat anak yang minum susu ibu:
🔸 0-4 bulan:  Purata kenaikan berat badan adalah 170g seminggu.  Kadar normal adalah 150-240g. (Min 600g sebulan)

🔸 4-6 bulan: Purata kenaikan berat badan adalah 110-140g seminggu. (Min 440g sebulan)

🔸 6-12 bulan: Purata kenaikan berat badan adalah 60-100g seminggu. (Min 240g sebulan).

Kenapa ibu tidak boleh membandingkan berat badan anak dengan anak orang lain? Ini kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan berat badan termasuklah berat masa lahir.



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT ANAK
🔸 Faktor keturunan dan jenis badan yang berbeza
- Kajian dilakukan menunjukkan faktor keturunan seperti bangsa mempengaruhi berat bayi. Sebagai contoh bayi asia adalah berbeza dengan bayi negara barat. Selain itu, kita juga boleh lihat jenis badan ibu bapa anak.

🔸 Kadar metabolisme badan
- Kadar metabolisme badan berbeza menyebabkan jumlah kalori yang dibakar juga adalah berbeza.
- Bayi yang sangat aktif bergerak lebih banyak membakar kalori berbanding bayi yang kurang aktif dan lebih relaks. Ini menyebabkan kenaikan berat badan bayi kurang aktif lebih cepat berbanding bayi aktif.

🔸 Kekerapan penyusuan susu ibu
- Perlu lihat juga kekerapan bayi minum susu ibu. Sebagai contoh bayi yang kurang menyusu dan hanya diberikan bila breast ibu penuh, bayi akan dapat lebih foremilk (susu cair) berbanding hindmilk yang mengandungi lebih banyak lemak untuk membantu perkembangan dan kenaikan berat bayi.

🔸 Pemakanan anak selepas 6 bulan
- Ibu juga perlu mengambil kira pemakanan bayi selepas 6 bulan. Ini kerana bayi berusia selepas 6 bulan memerlukan makanan yang seimbang selain susu ibu.



Kesimpulannya, ibu-ibu yang menyusu jangan risau jika pertambahan berat anak perlahan. Pastikan kenaikan berat anak seimbang dengan perkembangannya. Ibu boleh merujuk GRAF pertumbuhan yang ada di belakang buku pink/biru anak. Selagi berat vs ketinggian iaitu bmi anak adalah normal, maka ibu tidak perlu risau.



Susu ibu  bagus untuk perkembangan otak, mengandungi antibodi yang sangat hebat dan membekalkan nutrisi secukupnya mengikut usia anak. 

Kajian juga menunjukkan bayi yang diberikan susu ibu akan mudah menerima sayur-sayuran dan kurang memilih makan.

Jangan pernah rasa putus asa berjuang untuk susukan anak tercinta. Yakinlah susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu lain yang ada di dunia ini.

Jika ibu ada kerisauan tentang perkembangan dan pertambahan berat anak, sila berbincang dengan doktor. 

Semoga bermanfaat ya. 😊

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA



SAIZ PERUT BAYI DAN KEPERLUAN SUSU

Assalamualaikum,

Hari-hari awal kelahiran sangat penting terutama ibu yang ingin menyusukan anak. Sebab kebanyakkan MINDSET ibu pada hari awal kelahiran mempengaruhi kejayaan penyusuan ibu.

"Susu tak keluar."
"Susu saya takde."
"Susu sikit sangat. Anak tak kenyang".

Ini yang biasa dengar keluhan ibu lepas bersalin dan masa dalam pantang.

Jom kita baca dan faham betul-betul supaya kita boleh ubah salah faham dan mindset tentang penyusuan awal lepas kelahiran.

🔸 HARI PERTAMA:
Perut bayi sebesar buah ceri atau sebiji guli sahaja. Kecil sangat. Susu yang diperlukan pun sikit dan tak banyak. Hanya sebanyak satu sudu teh.

Ingat tak tentang konsep demand-supply yg sy kongsi tu?
Susu ibu terhasil ikut demand/permintaan anak.

Kalau demand sikit, maka sikitlah susu ibu yg terhasil. Hari pertama, susu ibu berwarna kekuningan pekat yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Susu kolostrum ni sangat penting dan berkhasiat untuk bayi yang baru lahir.

Kalau perah, memang beberapa titik je akan keluar. Jangan risau. Sikit bukan bermakna ibu tiada susu. Sikit tetap susu juga. Bermakna ibu ada susu!

Teruskan menyusu anak seperti biasa dan kerap.

🔸 HARI KETIGA:
Hari ketiga, perut bayi dah makin besar sikit demi sedikit sesuai lah dengan perkembangan mereka. Masa ini perut bayi hanyalah sebesar kacang walnut dan susu yang diperlukan hanyalah 1oz sahaja. Perut masih lagi kecil. Jangan beri lebih dari apa yang diperlukan.

Kadang-kadang anak menangis bukan nak susu semata-mata. Kena jugak check pampers anak. Atau mereka rasa tak selesa dan ingin kita dakap mereka.

Macam mana nak tahu anak cukup susu atau tak? Check tanda-tanda anak kenyang dan cukup susu. Ye la, ibu menyusu mana nampak kuantiti susu kan? Nanti saya akan kongsikan.😊

🔸 SELEPAS SEMINGGU
Saiz perut bayi sebesar buah apricot. Jumlah susu yang diperlukan anggaran 1.5-2 oz sahaja.

Masih lagi kecik ye. Kalau tak boleh nak bayangkan, cari buah apricot. Hehe

🔸 SELEPAS SEBULAN
Saiz perut bayi sebesar sebiji telur! Anggaran susu yang diperlukan adalah 2.5-5 oz.
SAIZ PERUT BAYI DAN KEPERLUAN SUSU

Perut kita  ibarat seperti belon yang boleh mengembang dan mengecut. Kalau kita biasakan anak dengan penggunaan botol dan susu  berlebihan dari apa yang kita mampu, anak akan rasa tak cukup susu dan ibu akan rasa stress sebab tak boleh nak kejar demand anak.

Pengalaman anak pertama saya, setiap kali menyusu jumlah yang diminum adalah 3-3.5 oz sahaja sehinggalah umur 2 tahun. Sikit tapi kerap. Ini secara tidak langsung saya dapat supply mengikut permintaannya.

Jangan rasa sedih, down dan putus asa bila tengok hasil tak sebanyak orang lain. Fokus pada KEPERLUAN anak dan bukannya KUANTITI hasil susu. InsyaAllah susu kita sentiasa CUKUP untuk anak kita dan bukan untuk anak orang. Jadi jangan bandingkan hasil kita dengan orang. 😊

Semoga bermanfaat!

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Assalamualaikum,

Perkara pertama asas sebelum memulakan penyusuan adalah ibu perlu tahu bagaimana susu ibu terhasil. Inilah kehebatan ciptaan Allah yang menjadikan hanya wanita sahaja mampu untuk menghasilkan susu ibu. Yang ini masih ramai keliru atau tidak tahu bagaimana susu ibu terhasil. Meh sini saya kongsikan.

Ada dua organ utama yang diperlukan untuk proses menghasilkan susu ibu iaitu: PAYUDARA dan HIPOTALAMUS iaitu terletak di bahagian otak.

Jom kita tengok proses bermula saat anak mula menghisap.
BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

1. Apabila bayi menghisap payu dara, rangsangan yang ada pada puting ibu akan hantar isyarat dekat bahagian otak iaitu HIPOTALAMUS dan menyebabkan kalenjar pituitari ni merembeskan/melepaskan hormon PROLAKTIN dan OKSITOSIN ke dalam darah.

2. Prolaktin dalam darah mengalir ke kalenjar alveoli payudara menyebabkan susu terhasil. Susu yang terhasil ni perlu dikeluarkan supaya boleh menghasilkan susu seterusnya.
Jika bayi tidak menghisap, ibu perlu mengeluarkan susu tersebut dengan menggunakan pam atau memerah. Jika tidak dikeluarkan atau dibiarkan, boleh menyebabkan bengkak susu dan penghasilan susu akan berkurang.

Fungsi prolaktin yang lain:
- Mencetuskan penghasilan susu
- Buat ibu rasa mengantuk dan tenang
- Melewatkan kedatangan haid
- Menimbulkan perasaan keibuan

3. Oksitosin dalam darah pula bertindak ke atas otot kalenjar susu. Otot tersebut mengecut dan tolak susu keluar. Proses ni dipanggil refleks pancutan susu. Refleks ni penting untuk bayi dapat susu secukupnya.

Bagaimana oksitosin boleh terhasil?
Jika ibu dengar anak menangis atau teringat pada anak pun oksitosin boleh terhasil. Ini menyebabkan susu mengalir keluar.
Jika ibu risau, stress, sakit atau malu, oksitosin sukar untuk dirembeskan dan susu tak dapat keluar dengan lancar. Sebab itu oksitosin dipanggil hormon gembira atau cinta. Ibu menyusu tak boleh risau atau stress!

Antara fungsi lain oksitosin:
- Mengecutkan otot sekeliling kalenjar alveoli dan memancutkan susu keluar dari payudara
- Mengecutkan rahim kembali pada saiz asal
- Kurangkan pendarahan lepas bersalin
- Bantu ibu rasa kasih sayang pada bayi

Banyak lagi saya nak kongsikan proses bagaimana susu ibu terhasil ni. Bila kita tahu dan faham tentang proses dan fungsinya, kita akan enjoy sepanjang proses menyusu. Tak bergantung pada supplement, ubat tambah susu dan sebagainya.

Sekali lagi, susu terhasil bila ada demand dari anak.
Allah dah jadikan wanita sebaik-baik kejadian dan fungsinya. 

Semoga bermanfaat!

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


TIPS BAYI BARU LAHIR DAPAT KOLOSTRUM

Sebelum ni saya kongsikan apa itu susu awal atau kolostrum. Bila dan berapa hari kolustrum terhasil sebelum susu matang. Kenapa kolostrum sangat penting  Dan kenapa ibu perlu tukar mindset pada awal kelahiran.

So bila dah kenal dan tahu kepentingan kolostrum ni, mari kita baca tip-tip yang boleh membantu ibu terutama yang sedang mengandung tunggu masa untuk bersalin nanti. 😊

🔸 Pada hari kelahiran, pastikan skin to skin atau kulit ke kulit dengan bayi sejurus bayi keluar. Biasanya doktor atau nurse akan letakkan bayi pada dada ibu.

🔸 Usahakan untuk bawa bayi ke breast supaya bayi dapat melekap dan menyusu untuk kali pertama. Kalau ibu masih mamai keletihan atau tidak tahu caranya, minta bantuan doktor, bidan atau nurse yang bertugas.

Ini yang sy lakukan  untuk minta tolong betulkan kedudukan bayi pada breast supaya dapat susukan bayi. Alhamdulilah. Masa ini memang mengantuk sangat. Bersalin pukul 1.20 pagi. Pada masa yang sama terus lupakan sakit doktor tengah jahit bila dapat sentuh bayi. 😁

🔸 Ini penting supaya proses stimulasi atau rangsangan dapat berlaku dan susu kolostrum dikeluarkan dengan cara efektif iaitu melalui hisapan bayi.

🔸 Lepas keluar dari labour room, request supaya bayi ada bersama dengan ibu di wad dan elakkan bayi berada di nurseri ketika di hospital supaya ibu dapat susukan bayi dengan kerap. Ini secara tidak langsung membantu penyusuan ibu secara berterusan.

Untuk ibu kali pertama, ubah mindset bahawa susu tiada atau tidak cukup. Susu sedikit tetap susu. Bermakna susu ada dan cukup untuk keperluan perut bayi yang kecil.

Teruskan menyusu dengan kerap supaya susu dapat dihasilkan dan dikeluarkan. Susu bukan automatik banyak ye. Perlu ada rangsangan dan demand dari bayi, baru susu ibu boleh dihasilkan.





Gambar kenangan sejurus lepas melahirkan Abdullah Zharif. 😊

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

Assalamualaikum,

Seringkali kita melihat banyak luahan ibu yang menyusu tentang masalah kenapa susu saya cair? Bagaimana untuk dapatkan susu yang pekat?

Biasanya ada ibu yang risau bila tengok hasil susu cair dan tidak pekat. Adakah susu cair itu tak bagus dan yang pekat tu bagus?

Mari kita sama-sama belajar untuk kenali komposisi susu ibu.

Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu susu kolostrum (awal kelahiran) dan susu matang yang terdiri daripada 'foremilk' dan 'hindmilk'. Kali ni sy nak share tentang susu matang.

FOREMILK
Foremilk ni adalah susu awal yang berada di hadapan breast dan keluar waktu awal-awal mula masa bayi menyusu dan pam.

Rupa foremilk LEBIH CAIR dan mengandungi banyak air. Warnanya pun akan nampak kehijauan atau kebiruan. Tahap laktosa lebih tinggi dalam foremilk penting untuk tenaga, perkembangan dan menghilangkan DAHAGA bayi.

Secara lumrahnya, anak akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, barulah makan.
Jadi, ibu jangan risau bila tengok keadaan susu cair dan tak pekat sebab itu adalah susu awal iaitu foremilk. 

HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu akhir yang berada di belakang breast dan keluar selepas beberapa minit kita pam selepas foremilk habis keluar.

Warna hindmilk LEBIH PEKAT dan kekuningan berbanding foremilk. Hindmilk mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi berfungsi memberi TENAGA kepada bayi, membantu tumbesaran dan buatkan bayi rasa KENYANG.
KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU
Lagi kerap breast dikosongkan, lagi banyak hindmilk dihasilkan. Sebab tu ibu-ibu kena pam dan biarkan anak menyusu atleast 15-20 minit supaya semua susu dapat dikeluarkan.

Kalau anak minum dan pam sekejap-kejap, hasilnya adalah foremilk sahaja. Anak tidak akan dapat hindmilk dan anak akan rasa tidak kenyang dan cepat lapar. Elakkan tukar-tukar breast dalam satu masa kerana takut anak tidak dapat susu di belakang iaitu hindmilk.

Jangan biarkan breast ibu penuh atau bengkak sebab lebih banyak susu cair iaitu foremilk dihasilkan. 
Tak usahlah rasa kecewa atau risau bila tengok hasil susu cair. Memang begitu Tuhan jadikan komposisi susu ibu. Kedua-dua komposisi susu ibu mempunyai fungsi yang tersendiri.

Jangan percaya sebelah breast adalah air, sebelah lagi adalah makanan. Komposisi susu kedua-dua belah breast adalah sama iaitu foremilk & hindmilk. Fokus satu breast pada satu masa untuk penyusuan lengkap.

Dah faham fungsi foremilk & hindmilk? Alhamdulilah.

Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA