9 TANDA BAYI LAPAR

"Wajib ke susukan baby setiap 2 jam?"
"Baby dah nangis, tapi tak cukup 2 jam lagi. Boleh ke bagi susu?"

Ini antara persoalan yang banyak saya terima daripada ibu-ibu menyusu.

Bagi ibu menyusu buat pertama kali, ramai yang tidak tahu sebenarnya bayi memberi isyarat atau tanda awal apabila mereka lapar.

Ramai ibu tersilap bayi akan menangis bila lapar atau tunggu waktu tertentu untuk susukan bayi sehingga abaikan tanda-tanda awal bayi lapar.

"WATCH YOUR BABY, NOT THE CLOCK"

Perhatikan bayi anda dan bukannya jam. Walaupun belum cukup 2 jam, atau baru lepas 30minit susukan bayi, jika bayi tunjukkan tanda-tanda lapar, susukanlah bayi anda. Ini disebabkan susu ibu cepat dihadam.

Jom tengok apa tanda-tanda bayi lapar.

🔸 3 TANDA AWAL- 'Saya lapar'
Bayi akan tunjukkan tanda-tanda ini bila mula rasa lapar. Kadang-kadang ibu tidak perasan tanda awal ini terutamanya bayi sedang tidur.

- Bayi akan gerak-gerakkan kepalanya sedikit
- Bayi akan buka mulut seolah-olah ingin minum
- Jika ibu masih belum susukanya, bayi akan mula memusing kepala ke kiri dan kanan seolah sedang mencari-cari susu. Gerakkan ini dipanggil rooting reflex.

🔸 3 TANDA PERTENGAHAN / AKTIF - 'Saya betul-betul lapar'
Apabila peringkat awal masih tidak mendapat perhatian ibu, bayi akan mula tunjukkan tanda aktif pula yang menunjukkan mereka betul-betul lapar.

- Bayi akan menggeliatkan badan
- Bayi menggerakkan badan lebih kerap
- Bayi akan memasukkan tangan ke dalam mulut atau menghisap

🔸 3 TANDA LEWAT - 'Pujuk saya, kemudian beri saya minum'
Dah sampai tahap merajuk dah ni. Hehe

- Bayi akan mula menangis apabila tanda-tanda awal dan pertengahan tidak mendapat perhatian
- Bayi akan menggerakkan kepala dan badan seolah-olah gelisah
- Daripada menangis sekejap-kejap, lama-kelamaan bayi akan mula menangis dengan kuat dan wajah kemerahan

Kebiasaannya ibu akan mula perasan bila bayi sudahpun menunjukkan tanda lewat iaitu bila bayi menangis dengan kuat dan muka kemerahan.



APA YANG PERLU BUAT BILA BAYI TUNJUK TANDA LEWAT?

Apabila bayi menangis dengan kuat, ibu jangan panik atau terus berikan susu. Anak akan menunjukkan tanda merajuk dan protes serta menolak susu.

Tenangkan bayi dan pujuk terlebih dahulu seperti menepuk lembut, peluk dan bercakap-cakap seolah memujuk seperti "Mama minta maaf. Sorry ye sayang.. "

Bila bayi tenang, baru ibu dapat susukan bayi dengan tenang juga. ❤️

Contoh baby Zharif menunjukkan tanda lapar. Sorry sayang ummi lambat bagi susu. 😄


Semoga bermanfaat :)

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA