PERLUKAH IBU RASA MALU MENYUSU DI TEMPAT AWAM?

KHAS BUAT IBU YANG RASA MALU...

Khas untuk ibu yang selalu bagi alasan rasa malu dan segan untuk menyusukan anak apabila di luar rumah atau di tempat awam sebab ada lelaki, atau pam di tempat kerja sebab ada staf lelaki, percayalah dulu saya pun ada rasa yang sama.

Malu itu fitrah manusia. Tapi biarlah malu bertempat.
Malu menyusu, kelaparan lah anak kita.

Kalau ibu ada rasa malu kerana takut orang nampak atau aurat terbuka, carilah tempat yang selamat. Paling mudah, saya akan pakai baju khas untuk menyusu dan nursing cover adalah  antara benda wajib yang akan saya bawa ke mana-mana bila keluar rumah. Letak sahaja dalam beg.

Memang tidak dapat dinafikan juga suami memainkan peranan yang penting. Suami sebagai pendamping buatkan saya rasa lebih selamat untuk menyusu di mana-mana sahaja tak kira masa. Suami saya pula tak kisah menyusu di tempat awam asalkan anak tak kelaparan. Syukur suami menyokong dan memahami. 😊

Masa saya bekerja dulu pun sebelum ada anak, permandangan staf wanita pam di meja atau workstation itu adalah permandangan biasa dan kami sedikitpun tidak rasa terganggu. Malah cuba memberi kerjasama dan sokongan jika mereka perlukan. Contohnya kedudukan meja agak sedikit jauh dari kedudukan printer, jadi kami akan tolong untuk ambilkan kertas yang telah diprint ketika mereka bekerja sambil pam susu. Ini juga merupakan salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu di tempat kerja.

Tiada yang perlu dimalukan dengan penyusuan ibu. Selagi kita menjaga pembawakan kita tanpa buka aurat dan niat menyusu kerana tanggunggjawab amanah Allah, InsyaAllah akan terpelihara dari pandangan dan fikiran jahat manusia menyusu anak ini perkara memalukan atau lucah.

Saya pernah menyusukan anak sambil berjalan.
Saya pernah berhenti jogging sekejap semata-mata nak susukan anak.
Saya pernah menyusukan anak bersimpuh atas lantai di Mall sebab tiada tempat duduk.

Suami perlulah sokong ibu ye.

Banyak lagi lah kenangan susukan anak ni. Ibu-ibu pun mesti ada jugak kan? 😀

Klik sini untuk baca 6 TIP MENYUSU DI TEMPAT AWAM.




Nak tahu jenis-jenis nursing cover yang cantik dan boleh jadi banyak pilihan ibu-ibu? Klik sini untuk baca JENIS-JENIS NURSING COVER pilihan ibu.

Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

MILK COLLECTOR BUKAN PAM

Assalamualaikum,

Begini kisahnya. Ada seorang ibu mengadu bahawa hasil pam susu sangat sedikit dan mula risau disebabkan takut tak cukup untuk buat stok EBM.

Sebelum saya cadangkan cara untuk bantu selesaikan masalah ibu tersebut, saya akan bertanya dan tanya banyak soalan untuk cari punca kenapa susu ibu sedikit walhal ibu tersebut menyusu bayi secara direct sepanjang dalam tempoh berpantang.

Rupanya ibu tersebut confuse dengan fungsi MILK COLLECTOR dan anggap itu adalah pam.

Saya yakin, ramai ibu keliru fungsi milk collector ini dan ramai juga tukang jual overclaimed milk collector tu adalah sejenis pam yang ringan dan murah. Salah tu.

Milk collector bukan pam, tapi lebih kepada untuk bantu dan memudahkan ibu kumpul atau tadah susu untuk mengelakkan susu terbazir. Nama pun dah jelas COLLECTOR kan? Bukan PUMP.

Biasanya let down reflex (LDR) berlaku apabila breast dirangsang samada ibu sedang susukan anak atau menggunakan single pump. Dan biasanya sebelah lagi pasti susu akan meleleh keluar juga disebabkan LDR berlaku.

Jadi untuk elakkan pembaziran, ibu digalakkan guna milk collector untuk tadah susu tersebut dan boleh disimpan untuk stok EBM.

Tapi kalau sekadar letak dan lekat di payudara, memanglah susu takkan keluar kalau tiada rangsangan atau fungsi yang menyerupai cara bayi menghisap. Penggunaan milk collector bukan pengganti fungsi pam.

Kalau ibu tidak pasti, dapatkan nasihat atau maklumat dari rakan penyusuan atau ibu yang berpengalaman. Kaji dan faham terlebih dahulu setiap fungsi dan tujuan sebelum membeli.

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

9 TANDA BAYI LAPAR

"Wajib ke susukan baby setiap 2 jam?"
"Baby dah nangis, tapi tak cukup 2 jam lagi. Boleh ke bagi susu?"

Ini antara persoalan yang banyak saya terima daripada ibu-ibu menyusu.

Bagi ibu menyusu buat pertama kali, ramai yang tidak tahu sebenarnya bayi memberi isyarat atau tanda awal apabila mereka lapar.

Ramai ibu tersilap bayi akan menangis bila lapar atau tunggu waktu tertentu untuk susukan bayi sehingga abaikan tanda-tanda awal bayi lapar.

"WATCH YOUR BABY, NOT THE CLOCK"

Perhatikan bayi anda dan bukannya jam. Walaupun belum cukup 2 jam, atau baru lepas 30minit susukan bayi, jika bayi tunjukkan tanda-tanda lapar, susukanlah bayi anda. Ini disebabkan susu ibu cepat dihadam.

Jom tengok apa tanda-tanda bayi lapar.

🔸 3 TANDA AWAL- 'Saya lapar'
Bayi akan tunjukkan tanda-tanda ini bila mula rasa lapar. Kadang-kadang ibu tidak perasan tanda awal ini terutamanya bayi sedang tidur.

- Bayi akan gerak-gerakkan kepalanya sedikit
- Bayi akan buka mulut seolah-olah ingin minum
- Jika ibu masih belum susukanya, bayi akan mula memusing kepala ke kiri dan kanan seolah sedang mencari-cari susu. Gerakkan ini dipanggil rooting reflex.

🔸 3 TANDA PERTENGAHAN / AKTIF - 'Saya betul-betul lapar'
Apabila peringkat awal masih tidak mendapat perhatian ibu, bayi akan mula tunjukkan tanda aktif pula yang menunjukkan mereka betul-betul lapar.

- Bayi akan menggeliatkan badan
- Bayi menggerakkan badan lebih kerap
- Bayi akan memasukkan tangan ke dalam mulut atau menghisap

🔸 3 TANDA LEWAT - 'Pujuk saya, kemudian beri saya minum'
Dah sampai tahap merajuk dah ni. Hehe

- Bayi akan mula menangis apabila tanda-tanda awal dan pertengahan tidak mendapat perhatian
- Bayi akan menggerakkan kepala dan badan seolah-olah gelisah
- Daripada menangis sekejap-kejap, lama-kelamaan bayi akan mula menangis dengan kuat dan wajah kemerahan

Kebiasaannya ibu akan mula perasan bila bayi sudahpun menunjukkan tanda lewat iaitu bila bayi menangis dengan kuat dan muka kemerahan.



APA YANG PERLU BUAT BILA BAYI TUNJUK TANDA LEWAT?

Apabila bayi menangis dengan kuat, ibu jangan panik atau terus berikan susu. Anak akan menunjukkan tanda merajuk dan protes serta menolak susu.

Tenangkan bayi dan pujuk terlebih dahulu seperti menepuk lembut, peluk dan bercakap-cakap seolah memujuk seperti "Mama minta maaf. Sorry ye sayang.. "

Bila bayi tenang, baru ibu dapat susukan bayi dengan tenang juga. ❤️

Contoh baby Zharif menunjukkan tanda lapar. Sorry sayang ummi lambat bagi susu. 😄


Semoga bermanfaat :)

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


BAYI YANG MINUM SUSU IBU vs SUSU FORMULA

Ibu-ibu selalu akan ada rasa risau dan sedih apabila melihat perbandingan bayi mereka yang menyusu susu ibu dengan bayi lain yang minum susu formula kerana perbezaan saiz dan berat kadang-kadang agak ketara.

Jom baca 3 point penting di bawah:

🔸 Tumbesaran bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif berbeza dengan bayi yang diberi susu formula.

🔸 Pada 2-3 bulan pertama, peningkatan berat bayi menyusu susu ibu adalah sama ataupun lebih cepat daripada bayi menyusu susu formula.

🔸Selepas itu sehingga setahun, pertambahan berat bayi susu ibu lebih perlahan daripada bayi yang diberi susu formula.


Baca sini kberapa purata berat kenaikkan bayi yang menyusu ibu normal dan sihat? Kenapa bayi yang minum susu formula nampak lebih gebu, comel dan tembam? Klik sini untuk baca-> PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


TANDA-TANDA PEMAKANAN TIDAK SESUAI UNTUK IBU DAN BAYI MENYUSU


Selalu kita dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu menyusu kan? Betul ke ibu menyusu ni perlu berpantang makan semasa menyusu?

"Jangan makan buah ni, sejuk dan berangin. Nanti anak kembung."

"Jangan makan kubis, nanti anak tak cukup susu."

Ibu jadi serba salah dan risau mahu makan kerana takut akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang dan sanggup meninggalkan pemakanan yang seimbang untuk dirinya.

Secara ringkasnya, tiada makanan khusus yang ibu perlu elakkan. Makan apa yang dirasakan sesuai dan perlu.

Ya. Ada bayi mempunyai alahan terhadap makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu.

Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk ibu dan bayi itu TIDAK semestinya tidak sesuai dengan pasangan ibu dan bayi yang lain.

Tidak boleh pukul sama rata untuk semua ibu dan bayi.

Jom kita tengok apa tanda-tanda pemakanan yang tidak sesuai untuk ibu dan bayi menyusu:

1. Bayi menunjukan tanda-tanda alahan seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut.

2. Bayi mungkin juga menunjukkan tanda-tanda seperti sering selsema, lelah dan gatal-gatal kulit.

Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu sepenuhnya, perkara ini jarang berlaku.

Jika ia berlaku, kebiasaannya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibu. Bukan kerana penyusuan ibu. Biasanya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat.

Protein haiwan juga adalah satu penyebab alahan yang biasa berlaku. Ibu perlu cuba elakkan minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau jika ada kesan pada bayi.

Bayi yang minum susu formula memang menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan.

Walau apa pun, bersederhanalah dalam pemakanan dan amalkan pemakanan yang seimbang. 😊



Semoga bermanfaat :)

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


ANAK JAUNDICE. PENGALAMAN BERBEZA SETIAP KELAHIRAN

"Setiap perjalanan yang panjang, dimulakan dengan langkah pertama."

Kenangan bergambar kali kedua check in hospital sehari selepas dicharge bersalin disebabkan anak jaundice. Prolong jaundice pulak tu hampir 2 bulan lamanya.

Penat, rasa ngilu pun belum lagi hilang  tapi perlu bergerak ke sana ke sini sebab anak jaundice. Berpantang sendiri pula jauh dari kampung. Harapkan suami dan saudara terdekat untuk bantu.

Kejayaan penyusuan anak pertama selama 2tahun 9bulan bukan jaminan kejayaan untuk menyusukan anak seterusnya jika hati dan mindset tidak kuat. 

Hari kedua di wad, sy hanya mampu tahan air mata sy dan waktu itu juga rasa ingin giveup disebabkan anak kedua tidak dapat lekap dengan betul.

Lekapan cetek, anak mungkin tak dapat susu secukupnya, sakit bengkak susu dan sakit nipple crack. Tambahan pula, anak jaundice susah untuk berjaga dan buka mulut. Risaunya saya takut jaundince tak menurun tapi berat  yang menurun.

Masa ini saya cuba recall dan apply segala ilmu yang saya belajar selama ini. Tapi keadaan masih sama. Saya tak tahu mana silap saya kenapa anak masih tidak dapat melekap dengan betul. Saya betul-betul lost dah. Emosi tak stabil boleh buatkan kita panik dan lupa. Tambahan penat pula.

Saya mesej guru sy iaitu juga kaunselor laktasi. Saya juga request bantuan LC hospital untuk visit saya di wad. Tapi waktu itu LC agak sibuk kerana perlu visit ibu lain dan keesokkannya tengahari baru beliau dapat visit saya di wad. Saya perlukan seseorang untuk bantu dan dengar masalah sy.

Suami hanya boleh mendengar, tetapi belum tentu boleh dapat memahami dan bantu.

Tuhan sahaja yang tahu bertapa lega hati saya bila dapat bercakap dan mengadu masalah saya pada orang yang betul. Rupa-rupanya walaupun teknik dah betul, tapi memang ada bayi yang awalnya tidak dapat buka mulut dengan luas. Ambil masa untuk biasakan. Apa yang ibu perlu lakukan adalah BERSABAR. 

Ya, selepas 2 minggu akhirnya bayi saya dapat melekap dengan betul. Allah, leganya perasaan tu. Susu pun dapat keluar dengan lancar.

Saya anggap ini adalah ujian permulaan penyusuan saya. Setiap orang akan melalui pengalaman berbeza dan setiap anak juga tidak sama.

2 minggu saya tidak buat apa-apa dan hanya fokus pada penyusuan. Terima kasih pada suami sebab faham kehendak saya iaitu mahu susukan anak sepenuhnya. Beliau faham saya sedang menahan sakit nipple crack. Segala urusan rumah dan pantang beliau bantu. Dan saya hanya fokus bersama anak kecil. Emosi saya perlu dijaga.

Ibu-ibu,
Setiap kebaikkan yang kita ingin lakukan dan kejayaan yang kita mahukan, kita tidak akan lari dari ujian. Samada kita berhenti atau hadapi dan teruskan dengan sabar.

Begitu jugalah dalam perjalanan penyusuan. Setiap ibu akan diuji dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Tapi ingatlah, Allah tidak akan bebankan seseorang diluar kemampuannya. Carilah bantuan dan sokongan jika memerlukan. Sebanyak mana pun ilmu kita di dada, kita masih belum hebat. Kita tidak sempurna. Kita hamba lemah yang saling memerlukan antara satu sama lain. Adakala kita terdetik rasa ingin putus asa.

Ibu-ibu,
Perjuangan susu ibu tidaklah mudah, dan tidak juga susah. Apa yang penting adalah kesungguhan dan mindset yang positif. ❤️

Hampir semua hospital kerajaan adalah rakan bayi dan begitu juga hospital swasta. Mereka mempunyai polisi penyusuan susu ibu dan juga Kaunselor Laktasi (LC) yang bertauliah. Dapatkan juga sokongan dari pembimbing penyusuan. Mereka semua adalah penyokong susu ibu yang bertauliah.

Bak kata omputih, "You will never walk alone ever!". Dapat sokongan dari orang yang betul-betul faham ilmu penyusuan.





Nota kaki: Mak dengan anak terpaksa pakai spek tutup mata dibawah lampu biru. 😁



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


PERLU ATAU TIDAK NURSING PAD / BREAST PAD?

Assalamualaikum,

Pernah nampak tak kotak atau dalam plastik tertulis 'NURSING PAD' ataupun 'BREAST PAD'?

Apa kegunaannya? Perlu ke ada?

Nursing/breast pad adalah salah satu aksesori untuk ibu menyusu.

Fungsinya adalah untuk mengelakkan baju ibu basah dan menyerap lelehan air susu yang keluar tanpa baby.

Jika ibu berada dirumah, itu bukan masalah kerana boleh terus susukan bayi, tetapi tidak bagi ibu yang bekerja atau tanpa baby di sisi.

Nursing pad dipakai di dalam bra dan menutupi bahagian puting, areola dan sekitarnya.

Ada dua jenis nursing pad iaitu sekali pakai (disposable) dan boleh dibasuh pakai berulang kali (washable).

Saiz dan jenis material juga berbeza. Ibu boleh memilih mengikut keselesaan ibu.

PERLU ADA KE NURSING/BREAST PAD NI?

Terpulang kepada ibu.

Untuk ibu yang bekerja dan selalu mengalami masalah breast cepat penuh dan susu keluar tanpa bayi, eloklah pakai untuk keselesaan ibu di tempat kerja.

Pengalaman sy sendiri memang segan bila baju basah lencun di tempat public. 😅
Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU

"Risaunya berat anak tak naik-naik."
"Susu sy tak cukup ke sebab berat anak tak naik?"

Ini antara kerisauan ibu yang menyusu bila melihat pertambahan berat anak yang minum susu ibu perlahan.

Belum lagi faktor persekitaran cakap-cakap orang kata anak tak cukup susu ibu dan perlu tambah susu formula.

Apa yang ibu perlu tahu tentang pertambahan berat anak di awal kelahiran? Jom saya kongsikan. 😊

Pertama, apa yang kita perlu tahu adalah normal pada awal kelahiran, bayi akan kehilangan berat badan 5-7% daripada berat yang dilahirkan. Ini kerana bayi akan banyak membuang mekonium iaitu najis hitam (sebelum najis kuning) dan kehilangan air dalam badan.

Kebanyakkan bayi akan kembali kepada berat badan seperti waktu dilahirkan dalam masa 10-14 hari.

Saya bagi contoh; 
Berat bayi lahir adalah 3.0kg, adalah normal lepas kelahiran berat bayi akan menurun 5-7% iaitu sehingga 2.79kg. Tetapi kebanyakkan bayi akan kembali kepada berat asal dalam masa 2 minggu.

BERAPA PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU?

Kesilapan pertama ibu-ibu yang menyusu adalah membandingkan berat badan dengan anak yang minum susu formula. Ini kerana perkembangan fizikal dan kenaikan berat badan anak menyusu susu ibu dan susu formula adalah BERBEZA.

Ini adalah purata pertambahan berat anak yang minum susu ibu:
🔸 0-4 bulan:  Purata kenaikan berat badan adalah 170g seminggu.  Kadar normal adalah 150-240g. (Min 600g sebulan)

🔸 4-6 bulan: Purata kenaikan berat badan adalah 110-140g seminggu. (Min 440g sebulan)

🔸 6-12 bulan: Purata kenaikan berat badan adalah 60-100g seminggu. (Min 240g sebulan).

Kenapa ibu tidak boleh membandingkan berat badan anak dengan anak orang lain? Ini kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan berat badan termasuklah berat masa lahir.



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT ANAK
🔸 Faktor keturunan dan jenis badan yang berbeza
- Kajian dilakukan menunjukkan faktor keturunan seperti bangsa mempengaruhi berat bayi. Sebagai contoh bayi asia adalah berbeza dengan bayi negara barat. Selain itu, kita juga boleh lihat jenis badan ibu bapa anak.

🔸 Kadar metabolisme badan
- Kadar metabolisme badan berbeza menyebabkan jumlah kalori yang dibakar juga adalah berbeza.
- Bayi yang sangat aktif bergerak lebih banyak membakar kalori berbanding bayi yang kurang aktif dan lebih relaks. Ini menyebabkan kenaikan berat badan bayi kurang aktif lebih cepat berbanding bayi aktif.

🔸 Kekerapan penyusuan susu ibu
- Perlu lihat juga kekerapan bayi minum susu ibu. Sebagai contoh bayi yang kurang menyusu dan hanya diberikan bila breast ibu penuh, bayi akan dapat lebih foremilk (susu cair) berbanding hindmilk yang mengandungi lebih banyak lemak untuk membantu perkembangan dan kenaikan berat bayi.

🔸 Pemakanan anak selepas 6 bulan
- Ibu juga perlu mengambil kira pemakanan bayi selepas 6 bulan. Ini kerana bayi berusia selepas 6 bulan memerlukan makanan yang seimbang selain susu ibu.



Kesimpulannya, ibu-ibu yang menyusu jangan risau jika pertambahan berat anak perlahan. Pastikan kenaikan berat anak seimbang dengan perkembangannya. Ibu boleh merujuk GRAF pertumbuhan yang ada di belakang buku pink/biru anak. Selagi berat vs ketinggian iaitu bmi anak adalah normal, maka ibu tidak perlu risau.



Susu ibu  bagus untuk perkembangan otak, mengandungi antibodi yang sangat hebat dan membekalkan nutrisi secukupnya mengikut usia anak. 

Kajian juga menunjukkan bayi yang diberikan susu ibu akan mudah menerima sayur-sayuran dan kurang memilih makan.

Jangan pernah rasa putus asa berjuang untuk susukan anak tercinta. Yakinlah susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu lain yang ada di dunia ini.

Jika ibu ada kerisauan tentang perkembangan dan pertambahan berat anak, sila berbincang dengan doktor. 

Semoga bermanfaat ya. 😊

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA



SAIZ PERUT BAYI DAN KEPERLUAN SUSU

Assalamualaikum,

Hari-hari awal kelahiran sangat penting terutama ibu yang ingin menyusukan anak. Sebab kebanyakkan MINDSET ibu pada hari awal kelahiran mempengaruhi kejayaan penyusuan ibu.

"Susu tak keluar."
"Susu saya takde."
"Susu sikit sangat. Anak tak kenyang".

Ini yang biasa dengar keluhan ibu lepas bersalin dan masa dalam pantang.

Jom kita baca dan faham betul-betul supaya kita boleh ubah salah faham dan mindset tentang penyusuan awal lepas kelahiran.

🔸 HARI PERTAMA:
Perut bayi sebesar buah ceri atau sebiji guli sahaja. Kecil sangat. Susu yang diperlukan pun sikit dan tak banyak. Hanya sebanyak satu sudu teh.

Ingat tak tentang konsep demand-supply yg sy kongsi tu?
Susu ibu terhasil ikut demand/permintaan anak.

Kalau demand sikit, maka sikitlah susu ibu yg terhasil. Hari pertama, susu ibu berwarna kekuningan pekat yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Susu kolostrum ni sangat penting dan berkhasiat untuk bayi yang baru lahir.

Kalau perah, memang beberapa titik je akan keluar. Jangan risau. Sikit bukan bermakna ibu tiada susu. Sikit tetap susu juga. Bermakna ibu ada susu!

Teruskan menyusu anak seperti biasa dan kerap.

🔸 HARI KETIGA:
Hari ketiga, perut bayi dah makin besar sikit demi sedikit sesuai lah dengan perkembangan mereka. Masa ini perut bayi hanyalah sebesar kacang walnut dan susu yang diperlukan hanyalah 1oz sahaja. Perut masih lagi kecil. Jangan beri lebih dari apa yang diperlukan.

Kadang-kadang anak menangis bukan nak susu semata-mata. Kena jugak check pampers anak. Atau mereka rasa tak selesa dan ingin kita dakap mereka.

Macam mana nak tahu anak cukup susu atau tak? Check tanda-tanda anak kenyang dan cukup susu. Ye la, ibu menyusu mana nampak kuantiti susu kan? Nanti saya akan kongsikan.😊

🔸 SELEPAS SEMINGGU
Saiz perut bayi sebesar buah apricot. Jumlah susu yang diperlukan anggaran 1.5-2 oz sahaja.

Masih lagi kecik ye. Kalau tak boleh nak bayangkan, cari buah apricot. Hehe

🔸 SELEPAS SEBULAN
Saiz perut bayi sebesar sebiji telur! Anggaran susu yang diperlukan adalah 2.5-5 oz.
SAIZ PERUT BAYI DAN KEPERLUAN SUSU

Perut kita  ibarat seperti belon yang boleh mengembang dan mengecut. Kalau kita biasakan anak dengan penggunaan botol dan susu  berlebihan dari apa yang kita mampu, anak akan rasa tak cukup susu dan ibu akan rasa stress sebab tak boleh nak kejar demand anak.

Pengalaman anak pertama saya, setiap kali menyusu jumlah yang diminum adalah 3-3.5 oz sahaja sehinggalah umur 2 tahun. Sikit tapi kerap. Ini secara tidak langsung saya dapat supply mengikut permintaannya.

Jangan rasa sedih, down dan putus asa bila tengok hasil tak sebanyak orang lain. Fokus pada KEPERLUAN anak dan bukannya KUANTITI hasil susu. InsyaAllah susu kita sentiasa CUKUP untuk anak kita dan bukan untuk anak orang. Jadi jangan bandingkan hasil kita dengan orang. 😊

Semoga bermanfaat!

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Assalamualaikum,

Perkara pertama asas sebelum memulakan penyusuan adalah ibu perlu tahu bagaimana susu ibu terhasil. Inilah kehebatan ciptaan Allah yang menjadikan hanya wanita sahaja mampu untuk menghasilkan susu ibu. Yang ini masih ramai keliru atau tidak tahu bagaimana susu ibu terhasil. Meh sini saya kongsikan.

Ada dua organ utama yang diperlukan untuk proses menghasilkan susu ibu iaitu: PAYUDARA dan HIPOTALAMUS iaitu terletak di bahagian otak.

Jom kita tengok proses bermula saat anak mula menghisap.
BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

1. Apabila bayi menghisap payu dara, rangsangan yang ada pada puting ibu akan hantar isyarat dekat bahagian otak iaitu HIPOTALAMUS dan menyebabkan kalenjar pituitari ni merembeskan/melepaskan hormon PROLAKTIN dan OKSITOSIN ke dalam darah.

2. Prolaktin dalam darah mengalir ke kalenjar alveoli payudara menyebabkan susu terhasil. Susu yang terhasil ni perlu dikeluarkan supaya boleh menghasilkan susu seterusnya.
Jika bayi tidak menghisap, ibu perlu mengeluarkan susu tersebut dengan menggunakan pam atau memerah. Jika tidak dikeluarkan atau dibiarkan, boleh menyebabkan bengkak susu dan penghasilan susu akan berkurang.

Fungsi prolaktin yang lain:
- Mencetuskan penghasilan susu
- Buat ibu rasa mengantuk dan tenang
- Melewatkan kedatangan haid
- Menimbulkan perasaan keibuan

3. Oksitosin dalam darah pula bertindak ke atas otot kalenjar susu. Otot tersebut mengecut dan tolak susu keluar. Proses ni dipanggil refleks pancutan susu. Refleks ni penting untuk bayi dapat susu secukupnya.

Bagaimana oksitosin boleh terhasil?
Jika ibu dengar anak menangis atau teringat pada anak pun oksitosin boleh terhasil. Ini menyebabkan susu mengalir keluar.
Jika ibu risau, stress, sakit atau malu, oksitosin sukar untuk dirembeskan dan susu tak dapat keluar dengan lancar. Sebab itu oksitosin dipanggil hormon gembira atau cinta. Ibu menyusu tak boleh risau atau stress!

Antara fungsi lain oksitosin:
- Mengecutkan otot sekeliling kalenjar alveoli dan memancutkan susu keluar dari payudara
- Mengecutkan rahim kembali pada saiz asal
- Kurangkan pendarahan lepas bersalin
- Bantu ibu rasa kasih sayang pada bayi

Banyak lagi saya nak kongsikan proses bagaimana susu ibu terhasil ni. Bila kita tahu dan faham tentang proses dan fungsinya, kita akan enjoy sepanjang proses menyusu. Tak bergantung pada supplement, ubat tambah susu dan sebagainya.

Sekali lagi, susu terhasil bila ada demand dari anak.
Allah dah jadikan wanita sebaik-baik kejadian dan fungsinya. 

Semoga bermanfaat!

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


TIPS BAYI BARU LAHIR DAPAT KOLOSTRUM

Sebelum ni saya kongsikan apa itu susu awal atau kolostrum. Bila dan berapa hari kolustrum terhasil sebelum susu matang. Kenapa kolostrum sangat penting  Dan kenapa ibu perlu tukar mindset pada awal kelahiran.

So bila dah kenal dan tahu kepentingan kolostrum ni, mari kita baca tip-tip yang boleh membantu ibu terutama yang sedang mengandung tunggu masa untuk bersalin nanti. 😊

🔸 Pada hari kelahiran, pastikan skin to skin atau kulit ke kulit dengan bayi sejurus bayi keluar. Biasanya doktor atau nurse akan letakkan bayi pada dada ibu.

🔸 Usahakan untuk bawa bayi ke breast supaya bayi dapat melekap dan menyusu untuk kali pertama. Kalau ibu masih mamai keletihan atau tidak tahu caranya, minta bantuan doktor, bidan atau nurse yang bertugas.

Ini yang sy lakukan  untuk minta tolong betulkan kedudukan bayi pada breast supaya dapat susukan bayi. Alhamdulilah. Masa ini memang mengantuk sangat. Bersalin pukul 1.20 pagi. Pada masa yang sama terus lupakan sakit doktor tengah jahit bila dapat sentuh bayi. 😁

🔸 Ini penting supaya proses stimulasi atau rangsangan dapat berlaku dan susu kolostrum dikeluarkan dengan cara efektif iaitu melalui hisapan bayi.

🔸 Lepas keluar dari labour room, request supaya bayi ada bersama dengan ibu di wad dan elakkan bayi berada di nurseri ketika di hospital supaya ibu dapat susukan bayi dengan kerap. Ini secara tidak langsung membantu penyusuan ibu secara berterusan.

Untuk ibu kali pertama, ubah mindset bahawa susu tiada atau tidak cukup. Susu sedikit tetap susu. Bermakna susu ada dan cukup untuk keperluan perut bayi yang kecil.

Teruskan menyusu dengan kerap supaya susu dapat dihasilkan dan dikeluarkan. Susu bukan automatik banyak ye. Perlu ada rangsangan dan demand dari bayi, baru susu ibu boleh dihasilkan.





Gambar kenangan sejurus lepas melahirkan Abdullah Zharif. 😊

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

Assalamualaikum,

Seringkali kita melihat banyak luahan ibu yang menyusu tentang masalah kenapa susu saya cair? Bagaimana untuk dapatkan susu yang pekat?

Biasanya ada ibu yang risau bila tengok hasil susu cair dan tidak pekat. Adakah susu cair itu tak bagus dan yang pekat tu bagus?

Mari kita sama-sama belajar untuk kenali komposisi susu ibu.

Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu susu kolostrum (awal kelahiran) dan susu matang yang terdiri daripada 'foremilk' dan 'hindmilk'. Kali ni sy nak share tentang susu matang.

FOREMILK
Foremilk ni adalah susu awal yang berada di hadapan breast dan keluar waktu awal-awal mula masa bayi menyusu dan pam.

Rupa foremilk LEBIH CAIR dan mengandungi banyak air. Warnanya pun akan nampak kehijauan atau kebiruan. Tahap laktosa lebih tinggi dalam foremilk penting untuk tenaga, perkembangan dan menghilangkan DAHAGA bayi.

Secara lumrahnya, anak akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, barulah makan.
Jadi, ibu jangan risau bila tengok keadaan susu cair dan tak pekat sebab itu adalah susu awal iaitu foremilk. 

HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu akhir yang berada di belakang breast dan keluar selepas beberapa minit kita pam selepas foremilk habis keluar.

Warna hindmilk LEBIH PEKAT dan kekuningan berbanding foremilk. Hindmilk mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi berfungsi memberi TENAGA kepada bayi, membantu tumbesaran dan buatkan bayi rasa KENYANG.
KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU
Lagi kerap breast dikosongkan, lagi banyak hindmilk dihasilkan. Sebab tu ibu-ibu kena pam dan biarkan anak menyusu atleast 15-20 minit supaya semua susu dapat dikeluarkan.

Kalau anak minum dan pam sekejap-kejap, hasilnya adalah foremilk sahaja. Anak tidak akan dapat hindmilk dan anak akan rasa tidak kenyang dan cepat lapar. Elakkan tukar-tukar breast dalam satu masa kerana takut anak tidak dapat susu di belakang iaitu hindmilk.

Jangan biarkan breast ibu penuh atau bengkak sebab lebih banyak susu cair iaitu foremilk dihasilkan. 
Tak usahlah rasa kecewa atau risau bila tengok hasil susu cair. Memang begitu Tuhan jadikan komposisi susu ibu. Kedua-dua komposisi susu ibu mempunyai fungsi yang tersendiri.

Jangan percaya sebelah breast adalah air, sebelah lagi adalah makanan. Komposisi susu kedua-dua belah breast adalah sama iaitu foremilk & hindmilk. Fokus satu breast pada satu masa untuk penyusuan lengkap.

Dah faham fungsi foremilk & hindmilk? Alhamdulilah.

Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


PENGALAMAN ANAK PROLONG JAUNDICE ATAU KUNING

Anak pertama: Prolong Jaundice
Anak kedua: Prolong Jaundice

Paling mencabar bila anak kedua ni prolong jaundice 57 hari. Hampir genap 2bulan.

Ibu dan anak darah sama. Bukan darah O.

Liver function dan test-test lain ok. Alhamdulilah. Confirm breastfeeding jaundice.

Ada juga doktor sarankan suruh topup FM. Ummi tetap yakin susu ibu terbaik. Bukan  susu takde  atau tak cukup pun. Ada. Lepas tu ramai yang bagi tip dan macam-macam petua. Terima kasih sangat sebab niat untuk tolong kan? 😊

Masa ibu-ibu tengah stress sebab jaundice anak tak turun-turun, mula la ada fikiran negatif  dan bisikan yang cakap susu ibu tak cukup lah, susu ibu tak berkhasiat lah  yang buatkan ibu-ibu rasa nak give up untuk breastfeed anak jaundince.

Hari ke 5 bersalin kena check-in hospital sekali lagi

Penatnya ulang alik ke klinik checkup jaundice :(

Masa ni kalau mental tak kuat, memang boleh koyak mental. Pantang pun boleh hilang mood sebab ulang alik pergi klinik. Bukan penat ke sana kemari, tapi penat menunggu giliran ambil darah dan jumpa doktor. Belum lagi anak kena bermalam bawah lampu biru dekat hospital tu. Hehe.

Sokongan suami dan orang terdekat sangat penting, bukan sekadar sokongan emosi, tetapi dari segala aspek especially tolong jagakan anak yang lain dan uruskan hal rumah.

Ok. Banyak pulak nak cerita pasal pengalaman baby jaundice dan breastfeeding ni sebab ramai ibu-ibu pernah lalui macam ni kan?
Baby Zharif tenang dan tidur je sepanjang masa. 
Kita yang duk risau lebih dekat dia. Haha


Muka pun jelas nampak 'kuning' hehe. Kulit sedikit kusam
selepas beberapa hari berada di bawah lampu biru

Masa ni dah bebas jaundice. Hoooray! Haha

Nanti saya sambung lagi ye. 😊

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


HAI, SAYA MERUPAKAN PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN ANDA!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, lega rasanya bila habis pantang ini walaupun macam takde beza banyak sangat pun dari segi amalan pemakanan semua tu. Semua daku makan je. Haha.

Cuma kali ini perubahan berlaku untuk suaikan diri dan juga dari segi rutin ummi anak dua. Secara tidak langsung, bermula lah perjalanan penyusuan buat kali kedua untuk anakanda Abdullah Zharif. Alhamdulilah, masih mempunyai peluang untuk rasa pengalaman kedua menyusukan anak. Setiap pengalaman itu sangat bermakna kerana ianya pasti tidak akan sama dengan yang pertama.

Jadi, dengan asbab ini, insyaAllah saya akan terus komited dan konsisten berkongsi pengalaman dan ilmu penyusuan sebagai Pembimbing Penyusuan atau Breastfeeding Peer Counselor di bawah Malaysian Breastfeding Peer Counselor Association (Mbfpca).

Rugilah kalau ada ilmu, tapi tidak beramal dan tidak sampaikan pada orang kan? Saya percaya, setiap amalan kita atau apa yang kita lakukan itu akan menjadi mudah bila kita ada ilmu pengetahuan. Begitulah juga dalam penyusuan. Penyusuan ibu bukan perkara magik, tetapi perlu ada usaha secara berterusan dan kesungguhan dari ibu untuk menyusukan anak.

Doakan agar saya terus komited dan konsisten untuk menulis, berkongsi dan membantu lebih ramai ibu untuk menyusukan anak mereka ya. 


Jika anda merupakan seorang ibu yang memerlukan bantuan atau sokongan penyusuan, boleh cari mana-mana pembimbing penyusuan atau kaunselor laktasi yang berdekatan. Atau ibu juga boleh menghubungi saya. 😊


Klik sini untuk baca pengalaman saya menghadiri Kursus Pembimbing Penyusuan pada tahun 2019.

HAI, SAYA MERUPAKAN PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN ANDA! 😉

Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


visit myblog: https://suricergas.blogspot.com/

KEJUTAN SEMPENA TAHUN BARU 2020!

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2020!

Tahun baru, azam baru, semangat baru, cabaran baru, pengalaman baru dan orang baru. Eh! 😂

Apa-apa pun semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan moga Allah permudahkan. InsyaAllah.

Lama rasanya tak update blog kan? Jadi inilah surprise untuk kawan-kawan yang follow blog saya ini. Saya minta maaf banyak-banyak sebab memang sengaja tak share public hal pregnancy ni. Ye lah, nak buat surprise pun ada juga. Hehe.

Mohon doa kalian semoga dipermudahkan sehingga selamat bersalin.

See you next month AZ-2. InsyaAllah baby Az akan lahir pada bulan February nanti. 💓



Okay, since saya dah kongsikan di IG, ada juga sahabat yang tanya kat mana buat scan ni? Sebenarnya sejak first pregnancy lagi buat detail scan di klinik swasta sebab nak tengok muka baby. Dan yang paling penting adalah simpan untuk kenangan.

Untuk second pregnancy kali ini, kami ambil pakej di Klinik MyFamily, lokasi di Ampang. Boleh call atau mesej mereka untuk booking slot. Ada beberapa pakej yang mereka offer, jadi kena rajin juga buka dan follow FB page mereka untuk dapatkan offer terbaru.

Ini antara pakej offer pada waktu itu. Yang latest, kena buka FB diorang ok?