RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY

Assalamualaikum,

Sebelum tidur, mak-mak dah set dalam kepala esok nak masak apa. Tetapi ada kalanya, perancangan tu kelaut juga sebab tak sempat nak fikir. Bila bangun pagi keesokkannya baru kalut nak intai bahan yang ada dekat dapur dan fikir nak masak apa.

Jadi, kali ini ummi nak share salah satu menu resepi anak yang mudah dan ringkas. Bahan-bahan confirm sedia ada dekat dapur iaitu BEGEDIL UNTUK BABY versi ummi Zayd.

Alhamdulilah, Zayd pun berselera makan. Ummi berharap jugak ada yang lebih, boleh ummi makan cicah sos cili . Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-Bahan:
1. Kentang
2. Carrot (tambahan)
3. Isi Ayam
4. Daun sup/bawang
5. Serbuk bilis (Tak letak sebab habis stok)
6. Telur
7. Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Steam atau rebus kentang, carrot dan isi ayam sampai lembut
2. Lenyekkan semuanya sampai hancur.
3. Campur daun sup/bawang
4. Letakkan serbuk bilis (Tak letak)
5. Bentukkan bulat (ummi buat bulat kecil-kecil)
6. Celup telur
7. Goreng dalam minyak panas

Tadaaaa.. Dah siap! Mudah je kan? So far, Zayd memang suka. Ummi sengaja buat lebih untuk kudapan ringan bila lapar 😂😂

RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Bahan-bahan yang simple aje

RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Ummi masukkan semua dalam steamer
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Mudah dan cepat. Cuma set kan timer untuk lembutkan bahan-bahan diatas
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Lenyekkan bahan tersebut sehingga hancur
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Bentukkan bulat kecil supaya anak mudah makan
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Gambar dekat begedil ummi. Haha
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Celup telur sebelum digoreng
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Tadaaaa.. dah siap!
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Ini hasil begedil ummi untuk Zayd
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Nampak tak Zayd berselera makan. Alhamdulilahh
RESEPI BERGEDIL UNTUK BABY
Opsss... lupa nak baca doa makan. Haha

Semoga perkongsian resepi untuk anak ini bermanfaat ye.

Fadzielah Ayub

AKTIVITI PANTAI UNTUK ANAK

Assalamualaikum,

Throwback aktiviti masa cuti raya di kampung. Sebab hari raya kami ni rajin sangat buat photoshoot di pantai, Zayd memang excited la bila jumpa pasir.

Jadi, kami bawa Zayd ke pantai sekali lagi semata-mata nak tunaikan janji pada Zayd untuk main pasir. Haha.

Untuk aktivti di pantai boleh bermain bertemakan TRANSFERRING iaitu scooping sand activity.

Bila sampai dekat pantai, mata ummi sakit apabila tengok sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tak bertanggungjawab. Tempat awam, kebersihan sepatutnya tanggungjawab bersama.

Apa lagi, ummi pun kutip sampah mana yang boleh dipakai. Oklah, ada sudu dan bekas yang boleh Zayd gunakan.

Rezeki Zayd juga  dapat tengok kuda 😄

Tengoklah kusyuk betul Zayd main sampai bila diajak balik, memang nangis-nangis je. Haha.










Nota: Parent boleh bawa play sand box siap-siap dari rumah atau bawa apa-apa bekas dan sudu untuk anak bermain. 😀


TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI

Assalamualaikum,

Untuk #KidActivityChallenge1 kali ini adalah bertemakan 'TRANSFERRING'. Jadi, tak kisahlah apa jenis aktiviti pun asalkan ikut tema.

Untuk aktiviti pertama, ummi sediakan beras berwarna warni supaya lebih menarik. Aktiviti ini adalah salah satu jenis aktiviti montessori yang dapat meningkatkan keupayaan anak untuk melakukan aktiviti harian.

Contohnya, dengan aktiviti ini menggunakan sudu atau tangan, anak akan dapat makan dengan betul dan cermat. Secara tak langsung, masalah makanan tumpah, berselerak dapat diatasi. Alhamdulillah, Zayd dah makin improve bila makan.

Nak tahu cara buat beras berwarna ini? Klik link dibawah.

TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI
Lagi banyak warna, lagi menarik kan?
Bahan & Peralatan:
1. Beras berwarna
2. Bekas
3. Sudu

Cara:
1. Sediakan beras berwarna supaya lebih menarik. (Klik untuk baca cara buat beras berwarna)
2. Minta anak isikan beras dalam bekas dengan menggunakan sudu atau tangan.
3. Bantu anak jika anak kurang mampu pegang sudu dengan sempurna. Dan yang penting, practices make perfect!

Isi beras dalam bekas mengunnakan sudu
TRANSFERRING ACTIVITY MONTESSORI

Nak tengok lagi? Jom tengok video Zayd. 😄

Fadzielah Ayub
AbdulllahZayd - 21months

DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI

Assalamualaikum,

Hari ini ummi nak share resepi homemade atau DIY coloured rice iaitu beras warna-warni. Anak-anak memang suka main beras kan?

Jadi, apa kata kali ini kita warnakan beras ala-ala macam warna rainbow untuk nampak lebih menarik! 

Jom tengok cara buat beras warna warni ini. 😄

Bahan-bahan:
1. Beras
2. Cuka makan
3. Pewarna makanan

Cara-cara:
1. Letakkan sedikit  atau satu sudu besar cuka kemudian titiskan pewarna makanan.
2. Masukkan beras dan gaul sebati.
3. Biarkan seketika sehingga beras kering.
4. Simpan dalam bekas kedap udara

Nota: Cuka digunakan untuk memastikan beras tahan lama. Kali ini ummi hanya buatkan 2 warna sahaja. Next time kena beli pewarna lain pula.

DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Bahan yang dah tersedia ada di dapur
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Letakkan cuka dan beberapa titis pewarna makanan
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Masukkan beras dan gaul sehingga sekata
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Biarkan seketika sehingga kering
DIY COLOURED RICE- BERAS WARNA WARNI
Tadaaaa... Dah siap!
Haa.. nampak tak Zayd seronok bermain?
Untuk lebih seronok dan menarik, pelbagaikan jenis warna. 😊


Klik untuk baca TRANSFERRING ACTIVITY COLOURED RICE

Fadzielah Ayub

RESEPI SAMBAL KICAP SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum,

Hari ini ummi nak kongsikan resepi sambal kicap yang sedap dan mudah. Resepi ini diajar sendiri oleh bapak. Biasalah, orang johor sinonim amat dengan sambal kicap ini. Ibarat orang pantai timur dengan sambal belacan dan budu tidak boleh berpisah.

Kata abah Zayd, lepas kahwin baru biasa makan sambal kicap ini. Lagi-lagi dengan menu sup atau ikan bakar. Alhamdulilah, sekarang pun dah jadi feveret abah Zayd. Haha. Jadim setiap kali ummi masakkan sup ayam atau ikan bakar, wajib ada sambal kicap ini.

Jom tengok resepi mudah sambal kicap versi ummi.

Bahan-bahan:
Cili merah kecil
Garam
Gula
1 biji bawang putih
Kicap

Cara-cara:
Tumbukkan kesemua bahan diatas sampai lumat atau hancur
Letakkan kicap (kepekatan ikut citarasa)





Selamat mencuba!~

Fadzielah Ayub

POST RAYA 2018

Assalamualaikum,

Agaknya ini adalah post raya pertama dalam blog ini. Jadi, kalau boleh ummi taknak lepaskan peluang share untuk kenangan pada masa akan datang.

Raya tahun ini, kami 5 beradik berpeluang sambut bersama. Macam biasalah, tahun lepas kami dah beraya sebelah abah Zayd, jadi tahun ini kena ikut giliran beraya sebelah ummi pula. Manakala, adik ummi Faez dan isteri Nabila pun sambut raya pertama di Terengganu. Oyeahh! Seronok jugak bila semua balik ni.

Adakalanya, raya kami tidak sempurna ataupun cukup ahli disebabkan tuntutan tugas contohnya kakak yang bertugas di hospital dan bapak pula 'on-call' bergantung pada kes.

Raya kali ini meriah sikit sebab buat sekali dengan kenduri kesyukuran sempena Majlis Pertunangan kakak pada hari raya ke-3.

Macam biasa, menu wajib pada pagi raya pertama ketupat nasi homemade yang dianyam sendiri oleh bapak, rendang daging mak, sayur lodeh bapak, sambal bilis mak, lemang, ketupat daun palas. Barulah rasa suasana raya.

Alhamdulilah. Cukup 10 orang ahli keluarga kami
Tahun ini, bajet kuih raya dikurangkan untuk elakkan pembaziran. Jadi tahun ini memang takde lah kuih raya premium tart nanas (feveret ummi), almond london dan lain-lain. Mengidam jugak nak makan kuih raya feveret ummi iaitu tart nanas. 



Faez & Nabila pertama kali beraya as husband-wife
Lelaki dalam keluarga ADZ
Macam biasa, seusai solat raya, kami semua berkumpul sarapan pagi dan bergambar dengan ahli keluarga. Selepas selesai beraya sesama ahli keluarga, kami pun keluar beraya ke rumah saudara yang terdekat dalam kampung. 😃

Boleh tahan panas cuaca di Terengganu. Haha
Bergambar dengan Nenek Saudara kami. Satu-satunya orang tua yang kami ada selain
bapa dan mak saudara. Terubat rindu kat arwah We (nenek) kami.😔
Petang raya pertama pula, abah Zayd ajak ke pantai. Katanya photoshoot raya. Haha. Alhamdulilah berjaya merakam moment raya bertiga tahun 2018. Alhamdulilah. Dah boleh buat photoshoot tepi pantai setiap tahun ni. 😁


Zayd seronok bermain pasir pantai.



Ummi & Zayd
Bukan senang nak capture Zayd pandang kamera

Ummi & Abah Zayd

Alhamdulilah.. Sekian coretan Post-Raya 2018 kami di Terengganu. Semoga dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan dan Syawal tahun 2019 pula. Ameen.


Fadzielah Ayub



RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS

Assalamualaikum,

Tahun ini ummi rajin sikit dan berkesempatan siapkan beberapa jenis kuih raya feveret ummi. Salah satunya adalah choc chip. Biasalah, budak-budak suka biskut coklat ini. Tambahan pula lagi menjimatkan kalau biskut raya buat sendiri je. Google je resepi mana yang berkenan di hati.

Bila kira kos, harga biskut raya sekarang hampir cecah 50sen sebiji. Makan 2biji dan RM1 dah. Kita pun rasa berkira-kira nak belikan banyak untuk hidang dekat tetamu. Bila buat sendiri ini, tak rasa sangat kos mahal. Cuma perlukan masa, kesabaran dan keikhlasan untuk menggembirakan hati tetamu. 

Bayangkan, bila orang makan hasil air tangan kita, kepuasan yang terbit di hati tu tak tergambar dengan kata-kata.

Jom tengok resepi Choc Chip seakan Famous Amos yang mudah, sedap dan menjadi ini. 

Disclaimer: Resepi ini ummi ambil dari Azie Kitchen.

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Bahan B

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Bahan A

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Kacau sebati bahan A

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Campurkan bahan A & B

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Kacau sebati bahan A & B

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS
Masukkan kacang dan choc chips

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS

RESEPI CHOC CHIP FAMOUS AMOS

Tadaaaaa... Alhamdulilah. Ummi sangat berpuas hati dengan resepi ini. Jadi, raya tahun depan wajib buat lagi biskut ini. 😄


Fadzielah Ayub