HOW TO UPDATE SOFTWARE 3.2 FOR TM6 (FEB 2022)

 
Baru-baru ini kalau anda perasan keluar notification pada skrin thermomix untuk latest software update iaitu 3.2.

Apa yang terbaru untuk software update kali ini?

Kali ini anda boleh access new digital recipe collection iaitu 'Get Started with Modes' yang mengandungi 30 guided cooking modes recipes automatically download and save into your thermomix.

Maksudnya, kalau sebelum ini kita nak masak dengan special modes seperti High Temperature atau Sugar Stages, kena ada internet dan access Cookidoo dulu baru boleh masak.

Tapi selepas ini, kalau takde internet pun kita boleh access special modes guided cooking ini. Best kan? 😉


Bagi yang belum update, cepat-cepat update ya. Bagi yang dah update pula, jangan lupa untuk perform 'Factory Reset' di bahagian Settings. Selepas tu, baru anda akan dapat lihat folder 'Get Started With Modes' di bahgian Saved Collections.


How to update Software 3.2:
1. Under ‘Settings’, click Thermomix® version and updates and update the software to version 3.2.
2. Go to ‘Settings’ and click on ‘Factory Reset’
3. Select ‘English’ as Language and Select ‘Malaysia’ as Country
4. Go to My Recipes, select Saved Collections – you should be able to see the new Get Started with Modes digital recipe collection stored here.


Kalau ada tidak faham atau ada sebarang pertanyaan berkenaan software update ini, boleh rujuk kepada advisor anda ya. 😉


Tonton video penuh cara update di sini :)


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI SAYUR BAYAM MASAK AIR THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan lauk sayur kegemaran saya iaitu bayam. Cuma bezanya kita buat sayur bayam ni berkuah sedikit.

Jom kita tengok resepi dan cara masak bayam masak air menggunakan thermomix.😃

RESEPI SAYUR BAYAM MASAK AIR THERMOMIX
Bahan A:
10g minyak masak
1 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Sedikit ikan bilis
*1 tangkai cili jika ingin pedas

Bahan B:
Carrot yang dipotong
1 ikat bayam hijau
80-100g air
1/2 sk garam secukup rasa
1 sb sos tiram
*fish ball/fishcake (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan tumis [3min/120'C/sp.1]
2. Masukkan Bahan B dan masak [4-5min/120'C/reverse,spoon]

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊





Tonton video penuh cara memasak di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor
Klik Sini Untuk Pertanyaan Thermomix
http://www.wasap.my/60139729482/

RESEPI AYAM MASAK KURMA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pula resepi dan cara-cara masak ayam kurma menggunakan thermomix. Ini antara salah satu lauk feveret saya sekeluarga. Kalau makan dengan sambal belacan, memang boleh bertambah jadinya.😊

RESEPI AYAM MASAK KURMA THERMOMIX
Bahan A:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia

Bahan B:
50g minyak masak
Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 pek rempah kari (~20g)
35g air
1-2 tangkai daun kari

Bahan C:
500g ayam
350-400g air

Bahan D:
*1/2 btg carrot dipotong (optional)
2 biji kentang dipotong
*1 biji bawang sederhana besar potong dua optional)
100-150g santan (ikut kepekatan yang suka)
1 sk garam secukup rasa
1 sk gula/gula melaka secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan blend [10sec/sp.10]
2. Masukkan Bahan B dan tumis [10min/120'C/reverse,sp.1]
3. Masukkan Bahan C dan masak [10min/100'C/reverse,spoon]
4. Masukkan Bahan D dan masak lagi [10min/98'C/revese,spoon]
5. Tambah masa [2-3min/varoma/reverse,spoon] jika kentang belum lembut atau nak pekatkan kuah.

Selamat mencuba~ 😊








Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA THERMOMIX TM6


Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pula masak ikan siakap 3 rasa menggunakan thermomix. Sebenarnya dah lama tak makan kat luar. Kalau makan dekat luar dengan family, ini andalah antara menu wajib order dan tambah pula dengan tomyam, telur dadar dan sayur kailan. Fuhhh!

Bila tak dapat nak makan luar, why not kita masak dan buat sendiri je la kan? lagipun ada thermomix mudah sikit nak masak. Kita pun dapat jimat banyak secara langsung. Boleh letak bahan-bahan sesuka hati sampai puas makan. 😃

Jom kita tengok resepi dan cara-cara nak masak ikan siakap 3 rasa ini menggunakan thermomix.

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA THERMOMIX
Bahan A:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Bahan B:
40g minyak masak
1/2 biji bawang holand dipotong dadu
1" halia dihiris memanjang
1 btg serai diketuk/dipotong
1-5 tangkai cili merah/hijau dipotong kecil (ikut kepedasan)

Bahan C:
50g sos tomato
50g sos cili
25g sos tiram
3 sb sos ikan
~30g air

Bahan D:
1 bj tomato dipotong dadu
1-2 keping nanas dipotong kecil
2-3 helai daun limau purut
*1 sk gula secukup rasa 
*1/2-1 sk garam secukup rasa 
*Sedikit air jika perlu atau ingin berkuah

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan blend [5sec/sp.5]
2. Masukkan Bahan B dan tumis [4min/120'C/reverse, sp 0.5]
3. Masukkan Bahan C dah masak [3min/120'C/reverse, sp 0.5]
4. Masukkan Bahan D dan masak [3min/120'C/reverse, spoon]
5. Tuangkan sos ke atas ikan yang digoreng.

Bahan-bahan untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap
3 sb tepung jagung
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam

Cara-cara:
1. Cuci dan kelar ikan siakap.
2. Sapukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam sehingga rata.
3. Goreng sehingga masak dalam minyak panas.

Kredit resepi asal by Che Nom. Bagi saya, rasa lebih sedap dari kebanyakkan kedai. Selamat mencuba~ 😊











 Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

JOM UNBOXING BLADE COVER & PEELER THERMOMIX TM6


Hai, Assalamualaikum,

Kalau sebelum ni hanya ada aksesori blade cover sahaja. Dan yang latest blade  adalah cover sekali dengan peeler. 😍
Sebab konsep thermomix kalau boleh nak memudahkan orang di dapur. Siapa yang suka berdiri lama atau spend masa kat dapur untuk kupas kulit buah atau sayur kan? 

So thermomix keluarkan aksesori tambahan iaitu blade cover & peeler dalam satu item dan function 'peeler' dalam thermomix.

Apa lagi fungsi BCP ni?

Kita boleh letak BCP dalam bowl untuk cover blade especially kalau nak buat slow cooking atau sous vide. So masa blade pusing tu takdelah kena bahan-bahan yang sensitif sebab kita dah cover blade tu. Boleh tengok video details di bawah nanti ya! Hehe

Kalau perasan, permukaan BCP tu tak tajam pun. Nampak tak selamba je saya gosok-gosok? Tak sakit atau  luka pun.

Jadi design BCP pun memang selamat digunakan sebab tak tajam macam peeler biasa tu agak tajam juga macam pisau kan?

Macam mana nak dapatkan BCP ni? Ask your advisor atau boleh tanya saya ye. Sekarang hanya boleh preorder from advisor sahaja. Belum available dekat club thermomix lagi untuk belian online. 😊

Tak sabarrrr nak guna. Yeay!

Jom kita tengok unbxoing blade cover and peeler ni,







Tonton video penuh unboxing di sini :)

Tonton video kegunaan Blade Cover and Peeler di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI AYAM MASAK MERAH/TOMATO THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan resepi ayam masak merah menggunakan thermomix. Sejak covid melanda ini, memang susahlah nak dapat jemputan ke majlis kahwin dan sebagainya. Rindu nak makan nasi dan lauk kenduri. Jadi caranya, kita masak sendiri je lah ye. 

Ayam masak merah ni sebenarnya ada banyak versi dan resepi. Jadi, saya pun tak tahu nak panggil ini ayam masak merah atau ayam masak tomato. Apa pun, cara masaknya mudah sangat dan sedap. Jom kita tengok resepi dan cara-cara masak ayam masak merah. 😄

RESEPI AYAM MASAK MERAH/TOMATO THERMOMIX
Bahan A:
500g ayam
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam halus

Bahan B:
8 ulas bawang merah /1 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia

Bahan C:
40g minyak masak
Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
3-4 sb cili kisar
1 serai diketuk

Bahan D:
4 sb (~50g) sos tomato
4 sb (~50g) sos cili
40g air
Ayam goreng
1 bj bawang besar dihiris bulat
1 sk Nissang/gula secukup rasa 
Garam secukup rasa (tak letak)

Cara-cara:
1. Gaul sebati Bahan A, kemudian goreng dan ketepikan. Boleh juga gunakan air fryer.
2. Masukkan Bahan B dan blend [10sec/sp.10]
3. Masukkan Bahan C dan tumis [4min/120'C/sp.1]
4. Masukkan Bahan D dan masak [4min/120'C/reverse, spoon]

Sedia untuk dihidangkan. Kalau makan dengan nasi minyak atau hujan panas pun sedap. Selamat mencuba~ 😊










Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor