BAYI YANG MINUM SUSU IBU vs SUSU FORMULA

Ibu-ibu selalu akan ada rasa risau dan sedih apabila melihat perbandingan bayi mereka yang menyusu susu ibu dengan bayi lain yang minum susu formula kerana perbezaan saiz dan berat kadang-kadang agak ketara.

Jom baca 3 point penting di bawah:

🔸 Tumbesaran bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif berbeza dengan bayi yang diberi susu formula.

🔸 Pada 2-3 bulan pertama, peningkatan berat bayi menyusu susu ibu adalah sama ataupun lebih cepat daripada bayi menyusu susu formula.

🔸Selepas itu sehingga setahun, pertambahan berat bayi susu ibu lebih perlahan daripada bayi yang diberi susu formula.


Baca sini kberapa purata berat kenaikkan bayi yang menyusu ibu normal dan sihat? Kenapa bayi yang minum susu formula nampak lebih gebu, comel dan tembam? Klik sini untuk baca-> PURATA PERTAMBAHAN BERAT ANAK MINUM SUSU IBU



Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


TANDA-TANDA PEMAKANAN TIDAK SESUAI UNTUK IBU DAN BAYI MENYUSU


Selalu kita dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu menyusu kan? Betul ke ibu menyusu ni perlu berpantang makan semasa menyusu?

"Jangan makan buah ni, sejuk dan berangin. Nanti anak kembung."

"Jangan makan kubis, nanti anak tak cukup susu."

Ibu jadi serba salah dan risau mahu makan kerana takut akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang dan sanggup meninggalkan pemakanan yang seimbang untuk dirinya.

Secara ringkasnya, tiada makanan khusus yang ibu perlu elakkan. Makan apa yang dirasakan sesuai dan perlu.

Ya. Ada bayi mempunyai alahan terhadap makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu.

Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk ibu dan bayi itu TIDAK semestinya tidak sesuai dengan pasangan ibu dan bayi yang lain.

Tidak boleh pukul sama rata untuk semua ibu dan bayi.

Jom kita tengok apa tanda-tanda pemakanan yang tidak sesuai untuk ibu dan bayi menyusu:

1. Bayi menunjukan tanda-tanda alahan seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut.

2. Bayi mungkin juga menunjukkan tanda-tanda seperti sering selsema, lelah dan gatal-gatal kulit.

Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu sepenuhnya, perkara ini jarang berlaku.

Jika ia berlaku, kebiasaannya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibu. Bukan kerana penyusuan ibu. Biasanya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat.

Protein haiwan juga adalah satu penyebab alahan yang biasa berlaku. Ibu perlu cuba elakkan minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau jika ada kesan pada bayi.

Bayi yang minum susu formula memang menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan.

Walau apa pun, bersederhanalah dalam pemakanan dan amalkan pemakanan yang seimbang. 😊



Semoga bermanfaat :)

Salam Penyusuan dari saya,

FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA