TM6: CALAMANSI DRINK | JUS LIMAU KASTURI THERMOMIX


Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsikan salah satu minuman feveret saya selain lemonade iaitu Calamansi Drink ataupun jus limau limau kasturi.

Pendek kata, sejak ada thermomix memang banyak buat homemade jus darpada pelbagai jenis buah sebab sangat mudah dan cepat. Saya tak perlukan juice processor ataupun blender.

Jom kita tengok cara-cara untuk buat jus limau kasturi ini.

CALAMANSI DRINK | JUS LIMAU KASTURI
Bahan A:
90g gula batu/biasa
3 biji asam boi (tak letak)

Bahan B:
900g air sejuk
200g limau kasturi

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Limau Kasturi Asam Boi (Sour Plum Calamansi adrink) https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r17581
2. Masukkan bahan A dan grind [turbo/2sec]. 1x-gula biasa, 2x-gula batu.
3. Masukkan bahan B dan blend [turbo/2sec] 1x
4. Gunakan simmering basket sebagai penapis dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba~

Mula-mula sediakan limau kasturi ini (lebih kurang 200g)

Masukkan gula batu atau gula pasir. Saya gunakan gula pasir biasa. Anda juga boleh gantikan gula organik atau skip this step jika taknak letak gula

Hasil turbo/2sec. Yess. selama 2 saat sahaja gula tadi bertukar menjadi halus seperti icing sugar.
Jika anda gunakan gula batu, ulang step ini [turbo/2sec] selama 2 kali.
Tujuannya adalah supaya gula mudah larut dalam air sejuk nanti.

Masukkan air sejuk dan limau. Kemudian blend lagi selama [turbo/2sec] satu kali

tadaaaaa... inilah hasilnya selepas blend turbo selama 2 saat. Yess.. 2 SAAT sahaja blend limau bersama kulitnya. Tak perlu perah satu persatu dengan tangan. Secara tidak langsung, kita pun dapat khasiat dari kulit limau ini. mudah kan?😉

Gunakan simmering basket ini sebagai penapis dan tuangkan ke dalam bekas

Ini pula kulit limau yang telah diblend.
Anda boleh nampak kan kulit dan biji limau tu tidak hancur sepenuhnya.
Jangan risau, air tu takkan rasa pahit pun. 😀

Nyaman betul tekak bila dapat minum fresh juice ni.
Tak caya, cubalah buat. hehe

Anda juga boleh letakkan asam boi.
ok sedia untuk dihidangkan.

Tonton video penuh cara memasak di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor