MY TM6 STORY: BILA JR. MANAGER MSG MACAM WAKE-UP CALL!!

Assalamualaikum,

Just nak share la perasaan bila dapat mesej dari my Jr. Team Manager ni. Dalam team advisor thermomix, ada rank junior team manager, team manager, branch manager dan sebagainya. So, saya beruntung sebab berada direct bawah junior team manager. Kelebihan bila kita duduk dalam group kecil yang ada jr. team manager, you akan dapat personal touch dan info directly dengan cepat.

Masa hari Jumaat hari tu, my leader ni whatsapp saya congratulate to me sebab buat sale kan. Alhamdulilah syukur. Tak sangka pula diam-diam dia duk perhati je kita kan? Haha. Actually segan pun ada juga, ye la sebab belum lagi closing capai target. hehe

Somehow, tengah mesej tu dia tanya saya ada tak Qualified Recruit? saya jawab belum ada lagi setakat ini. Then dia pun tanya la taknak ke fokus untuk rekrut pula? Qualified Recruit (QR) ini adalah dimana kita rekrut advisor baru di bawah kita. Maksudnya kita lead advisor baru di bawah kita dan bantu mereka untuk closing dalam New Advisor Earning Program (NAEP) 90 hari itu. Bila dia tanya macam tu, rasa macam kena karen renjatan elektrik tu. Barulah tiba-tiba rasa macam dapat satu hidayah baru untuk start recruit. hahaha

Sejujurnya la kan, sebelum ini memang ada jugaklah niat nak recruit, tapi dalam hati takpela dulu.. takpelah dulu.. mantapkan diri dulu belajar buat sale dan skill as a Thermomix Advisor.

Sedar tak sedar dari user thermomix bulan Jun 2021, kemudian daftar sebagai advisor hujung bulan Ogos (2021), then closed NAEP pada bulan Disember (2021).. tup tup dah masuk tahun baru dah pun (Jan 2022). So masih juga takde strategi dan tindakan untuk recruit.

Alhamdulilah closed NAEP dapat 2nd thermomix

Apa gunanya dah closed NAEP, boleh buat sale setiap bulan tapi tak bantu orang lain untuk enjoy sekali manfaat dan kelebihan jadi Thermomix Advisor ni kan?


Apa gunanya kalau sebenarnya  you boleh bantu orang, tapi pilih untuk fokus pada diri sendiri je? Tak baik selfish orang kata.

So kat situlah saya macam dapat kesedaran dan mesej dari Jr Team Manager saya tu ibarat satu wake-up call untuk saya. "WAKE-UP FADZIELAHHH!!! GO TO HELP THE OTHER PERSON AND GIVE BACKK!!"- haaaa, begitu rasanya macam ada orang jerit rapat kat telinga. Rasa macam kena petir pun ada haa. haha

Jadi malam tu saya tak dapat nak tidur. Otak berfikir je apa yang saya kena buat. Idea dah ada. Tapi strategi dan plan kena susun supaya tahu apa first step yang perlu buat dulu.

Alhamdulilah, selepas pillow talk dengan suami.. rasa macam lega sedikit. Begitulah saya. Bila banyak benda dalam kepala, saya akan keluarkan dengan menulis atau bercerita supaya tak banyak atau semua benda tu duk berpusing je dalam kepala.

Here we go...

Finally saya dah ada nama team untuk group advisor bawah saya iaitu MAESTRO COOK. Nama ini saya tumpang atau pinjam dari nama team suami saya dimana beliau pun merupakan seorang leader kepada financial advisor di bawah beliau.
MAESTRO ini adalah perkataan dari Italy yang bermaksud master or teacher. Iaitu orang yang ada pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu. Maestro Cook-bermaksud team dimana advisornya merupakan orang yang berpengetahuan, pakar dan terlatih dalam thermomix dari segi penggunaan dan sebagainya.

Visi saya adalah untuk membantu dan melahirkan lebih ramai Thermomix Advisor yang berkualiti dan bersemangat untuk sama-sama grow dalam career thermomix ini. Sama-sama belajar dengan saya macam mana untuk grow dan sustain dalam bisnes terutamanya thermomix. Kita akan belajar sama-sama personal branding, marketing, management dan sebagainya. Ini adalah visi saya dalam thermomix.

Macam poyo je kan?

Tapi itulah orang kata, start small, finish big. Tak perlu nak dengar atau fikir apa orang akan kata. Tapi fokus dan jalan terus untuk capai misi dan visi kita.



This is just the beginning. Jauh lagi perjalanan saya dalam Thermomix dan saya sangat positif dengan thermomix. Rasa macam salah satu doa saya Allah jawab dengan gerakkan hati saya untuk bersama-sama dalam thermomix. InsyaAllah, it will great a great journey to success. 😊

Kenapa saya share dekat sini? Supaya bila saya berada di atas suatu hari nanti, saya tak lupa dimana saya bermula. Nanti boleh tengok balik My TM6 Story ini.

Untuk sahabat-sahabat dan pembaca yang berminat untuk tahu lebih lanjut peluang career thermomix, jangan segan silu untuk mesej ya! :)

Saya dah start VLOG! ini pun salah satu azam tahun 2022 iaitu untuk keluar dari comfort zone dan pecah tembok malu untuk bercakap. 😊
It is your turn untuk keluar dari comfort zone and try something new!
Why not kan?


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI SAYUR CAMPUR GORENG THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan resepi sayur campur goreng menggunakan thermomix. Selalunya selain masak nasi dan lauk, wajib ada side dish seperti sayur. Nak senang, campak-campak je 2-3 jenis sayur untuk sekali masak. Kubis, carrot dan kacang buncis ini antara sayur yang wajib ada dalam peti sebab tahan lama berbanding sayur lembut yang berdaun hijau. Biasanya kalau sayur berdaun tu seperti kangkung, bayam atau sawi kena terus masak cepat-cepat untuk elakkan rosak. hehe

Jom kita resepi dan cara masak sayur campur menggunakan thermomi.

RESEPI SAYUR CAMPUR GORENG THERMOMIX

Bahan A:
10g minyak masak
1 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang merah dihiris
1 cili besar dihiris
Sedikit ikan bilis (optional)- tak letak

Bahan B:
200-300g sayur campur 
- Carrot
- Kubis
- Kacang buncis
1/2 sk garam halus
Sedikit sos tiram (optional) - tak letak

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan tumis [3min/120'C/sp.1]
2. Masukkan Bahan B dan masak [4min/120'C/reverse,spoon]

Note/tip: tak perlu tambah air kerana sayur yang dibasuh dah basah. 
Sayur yang dimasak dengan menggunakan thermomix biasanya rasa sedap kerana dimasak pada suhu dan masa yang betul. Sayur juga tak terlebih masak.

Selamat mencuba~ 😊
Seriously sayur yang masak dengan thermomix sedap. Nampak segar je kan sebab tak overcook

carrot tu nampak je keras, tapi lembut dan macam crunchy.
ehhh tak reti nak explain rasa macam mana. haha


Mula-mula letak dulu Bahan A

Yang ni selepas siap tumis

Kemudian masukkan semua sayur ke dalam mixing bowl

Tadaaaa dah siap!

Tonton video penuh cara memasak di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI AYAM MASAK BALI THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kalau ikutkan ini resepi rekod sejak tahun lepas lagi. Baru berkesempatan untuk upload dan berkongsi. hehe. Ayam masak bali ni cara masaknya lebih kurang hampir sama kita buat ayam masak merah. Cuma yang membezakan adalah beberapa bahan tambahan.

Kalau makan dengan putih panas-panas ataupun suam, fuhhhhh memang boleh bertambah! sebab ini juga salah satu lauk kegemaran saya. Ok jom kita tengok resepi dan cara masak ayam bali menggunakan thermomix.

RESEPI AYAM MASAK BALI THERMOMIX
Bahan A:
500-800g ayam
2sk serbuk kunyit
1sk garam

Bahan B:
6-7 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
1-2" halia

Bahan C:
80g minyak masak
30g cili kisar
4-5 batang serai diketuk
2 tangkai daun kari
Daun limau purut (optional)

Bahan D:
30g sos cili
30g sos tomato
20g sos tiram
1/2 sb nissang/gula melaka
1sk garam
50g kicap manis
Sedikit air untuk berkuah
Ayam goreng

Cara-cara:
1. Gaulkan Bahan A dan goreng. Kemudian ketepikan seketika.
2. Masukkan Bahan B ke dalam mixing bowl dan blend [10sec/sp.10]
3. Masukkan Bahan C dan tumis [8min/120'C/reverse, sp.1]
4. Masukkan Bahan D dan masak [5min/varoma/reverse, spoon]

Olahan dari resepi asal oleh Fiey Ahmad.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊




Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI KARI DAGING THERMOMIX TM6

 
Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan resepi kari daging menggunakan thermomix. Sangat sesuai untuk makan sebagai lauk atau kuah nasi beriani. Lauk kari ini antara lauk kegemaran suami saya. Jadi memang kerap jugaklah saya ulang buat lauk kari ini. hehe

Resepi dan cara ini boleh juga digantikan dengan ayam. Basically cara dan stepnya sama sahaja kecuali tempoh masa memasak lebih cepat berbanding daging. Jom kita tengok resepi dan cara untuk masak kari daging thermomix. 😊

RESEPI KARI DAGING THERMOMIX

Bahan A:
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1-2" halia

Bahan B:
60g minyak masak
Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 pek serbuk kari
Sedikit air

Bahan C:
1sk pes asam jawa dibancuh sedikit air
1-2 tangkai daun kari

Bahan D:
500g daging
300-400g air

Bahan E:
70-80g santan pekat (kotak)
Kentang yang dipotong
1sk garam secukup rasa
Gula/nissang (optional) secukup rasa - sy tak letak

Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan blend [10sec/sp.10]
2. Masukkan Bahan B dan tumis [10min/120'C/sp.1]
3. Buka MC dan masukkan Bahan C.
4. Masukkan Bahan D dan masak [30min/100'C/reverse, spoon]
5. Masukkan Bahan E dan masak lagi [10min/varoma/reverse,spoon].

Selamat mencuba~ 😊

Nota: Ada yang tanya dan komen, adakah daging itu perlu direbus terlebih dahulu sebelum masak? 
Jawapannya, saya terus masukkan daging dalam step-4 dan masak dulu daging selama 30 minit. Kemudian baru saya masukkan santan, kentang dan masak lagi selama 10 minit dalam step-5. Total masa masak daging adalah 40 minit. Biasanya dah cukup dan daging akan lembut. Tambah masa jika perlu ya.
Nampak tak elok je pecah minyak tu lepas tumis?
Untuk mak yang busy, boleh simpan dan buat stok pes kari.
Next time nak masak, just masukkan daging, air dan santan je. Lagi jimat masa kan?

Dah siap masak. Yeay!
Bayangkan kita tak perlu nak berdiri kacau daging tu.
Kita hanya perlu masukkan bahan dan Thermomix je yang tolong masakkan.

Daging dan kentang takkan hancur walaupun ada blade di dalam bowl.

Sedia untuk dihidangkan

Bagi saya, memang sedap dan cukup rasa. Lagi best tengok suami makan bertambah
sampai jilat jari. haha

Selamat mencuba ye! :)

Tonton video penuh cara memasak di sini :)


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor


RESEPI NASI BERIANI THERMOMIX TM6 (RICE COOKER MODE)

 
Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pula cara untuk masak nasi beriani menggunakan thermomix iaitu rice cooker mode. Basically nak masak nasi dengan thermomix ini ada 2 cara iaitu:
1. Menggunakan simmering basket dengan cara kukus. Cara ini lebih sihat kerana kurang kanji.
2. Masak nasi dalam mixing bowl menggunakan function 'rice cooker' mode. Caranya sama seperti kita memasak nasi dalam normal rice cooker.

Bagi saya, memasak nasi beriani menggunakan thermomix ini amatlah mudah kerana proses dari menumis sehinggalah masak nasi hanya dalam bowl yang sama. Jika perlu blend sekali pun, boleh dilakukan dalam bowl yang sama. Tak perlu aksesori tambahan lain seperti blender dan sebagainya. Jadi, proses nak memasak akan jadi mudah dan kurang juga perkakas yang perlu dicuci.

Ok jomm kita tengok resepi dan cara-cara masak nasi beriani thermomix.

RESEPI NASI BERIANI THERMOMIX TM6 (RICE COOKER MODE)
Bahan A:
3-4 sudu mentega/minyak sapi
1 ulas bawang besar dihiris
1 inci halia
Rempah 3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
 
Bahan B:
550g air (1.5 x 2.5 cup nasi)
1 pek pes nasi beriani brand Maggi

Bahan C:
330g (2.5cup) beras basmathi 
1-2 ketul isi ayam

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan tumis [5min/120'C/sp.1]
2. Masukkan bahan B dan panaskan air [6min/100'C/sp.1]
3. Masukkan bahan C dan kacau.
4. Pilih function 'Rice Cooker' dan tunggu sehingga nasi masak.
5. Nasi mungkin kelihatan sedikit basah dan lembik. Tunggu dan biarkan 10-15minit dalam mixing bowl.

Tip/nota: Sukatan kuantiti air adalah bergantung kepada beras yang digunakan. Contohnya beras basmathi biasanya sukatan air 1.5 x cup beras. Anda juga boleh menggunakan mana-mana pes nasi beriani atau rempah sendiri ya.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😊

Kali ini saya gunakan pes nasi beriani brand Maggi

Selepas siap menumis

Masukkan pes nasi beriani

Masukkan beras selepas air dipanaskan

Nasi yang dah siap masak akan nampak sedikit basah dan lembik. Tunggu 10-15 minit sebelum angkat

Walaupun ada blade di bahagian bawah itu, nasi tetap elok dan tak hancur

Keluarkan nasi dengan membuka mixing bowl dan blade

Paling best, tiada kerak nasi di bahagian bawah bowl

Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba :)

Tonton video penuh cara memasak di sini :)
Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor

RESEPI UDANG KAMHEONG THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan pengalama pertama saya makan dan masak sendiri udang kam heong ni. Resepi ni memang sedia ada dalam guided cooking iaitu Cookidoo. 

Ini antara kenapa saya rasa sangat berbaloi guna thermomix adalah saya dapat banyak pengalaman dan peluang untuk mecuba dan memasak sendiri pelbagai jenis masakan yang saya tak pernah rasa sebelum ini. Kalau takde thermomix ini, memang tak pernah dengar dan merasa lah udang kamheong ini. hehe.

Tapi mujurlah resepinya sedia ada dalam Cookidoo. Seriously memang sedap dan mudah sangat cara penyediannya.  Paling seronok, suami puji berkali-kali dan request lagi untuk buat udang kamheong ini.

Just follow step by step dalam Cookidoo ye. 😊

RESEPI UDANG KAMHEONG THERMOMIX TM6
Bahan A:
10g minyak masak

Bahan B:
250g udang

Bahan C:
1-2 ulas bawang putih
30g bawang merah
15g halia 
1 tangkai cili merah
10g udang kering

Bahan D:
30g minyak masak
1-2 batang serai diketuk
1sb serbuk kari
1 tangkai daun kari

Bahan E:
Udang goreng
1sb kicap 
1sk gula
1/2sk garam

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Kam Heong (Golder Fragrance) Prawns'.
2. Masukkan bahan A dan panaskan [3min/120'C/sp.1]
3. Masukkan bahan B dan masak pada suhu 'high temperature' (guided cooking only). Letakkan splash guard diatas penutup.
4. Tapis udang dan biarkan seketika.
5. Masukkan bahan C dan blend [5sec/sp.6]
6. Masukkan bahan D dan tumis [6min/120'C/sp.1]
7. Masukkan bahan E dan masak [2min/120'C/reverse,spoon]

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊

Masak udang dalam thermomix
Elok dan cantik je udang yang digoreng dalam thermomix kan?
Ini pula selepas siap tumis. Elok cantik je pecah minyak
Dah siap masak. Semudah ABC je
Sedia untuk dihidangkan



Selamat mencuba ye :)

Tonton video penuh cara memasak di sini :)

Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor